Friday, August 18, 2017

Dryer: Keperluan atau Kehendak?

Last week kat FB saya nampak ada member share pasal dryer. Bila baca tu, dan-dan rasa nak. Dasar sangat kannn, pantang nampak apa jer melintas, mula laaa napsu ni melantun naik. Macamlah kaya macam Mak Mah tu kannnnn :P

Source: Google Image


Bukan apa, sejak mesin basuh dah letak beranda, iaitu lepas jer abes pantang Ayra lebih kurang, salur air keluar sumbat sampai air melimpah naik atas. Since then, keje membasuh jadik renyah gila. Stress rasanya. 

Dengan nak kena angkut pakaian kotor bawak keluar, nak sambung plug (dari tepi sofa membawak keluar, guna extension), nak menyidai tu pulak kena berpanas sidai kat luar (sebab bila mesin basuh kat dapur, saya sangkut baju kat hanger masa masih kat dapur, just angkat bawak sidai, sangkut jer kat penyidai), so takde la berlama-lama kena panas kannn.



Pastu, masa tu Ara & anak dia 6 ekor tu bersepah-sepah kat luar. Jadi macam ehhhh, malasnya aku nak membasuh. Membasuh is no longer fun okey, ewahhh! Dah la saya ni membasuh 2x sehari. Pagi dan malam. Paling suka membasuh malam, sebab esoknya selalunya dah tak membasuh dah. So, dah setel 1 keje esok paginya. 

Bila time Ayra meragam, time tu jugak la mesin dah siap membasuh, kena pulak kuar sidai kain. Apa lagi, melalak la dia tengok mama berjauhan 4 kangkang kera dari dia tuuu. Dah la pintu sliding ni asik problem jer, jadi ketat gila. Seksanya lahai nak bukak-tutup tu. Dah la ada bunyi pulak tu masa tarik tu. Elok-elok Ayra tidur, kekadang boleh terjaga. Grrrr, tensennya aku dok umah ni, memacam masalah tau!

So, bila nampak jer pasal dryer tu... haaa, terus rasa nak beli. Harga pun still affordable la untuk beli cash. Sebab kitorang tak suka hutang. Kalu mampu beli, tak mampu kumpul duit, atau diam-diam sudah, mereput la ko berangan kat situ hahahhaa.

Bila bagitau nizam, keistimewaan dan kelebihan guna dryer ni, dia kata ok, beli la nanti. Kira hadiah anniversary, tapi mama la bayar. Ehhh ehhhh, gituuuuu! Tak kesah la saper bayar tu kan, sebab yang nak guna pun saya. Nak jimatkan masa dan kerja.

TAPI... bila tengok ruang dapur tu, alahaiii... mana aku nak letak kalau beli dryer tu? Memang la boleh gantung kat dinding, tapiii ehhh tak berkenan la gantung kat dinding. Kalu beli, mesti semakk gila kat dapur. Dah la sediada dah penuh barang, tatau nak letak mana dah. Toyogo baju wajib dok kat situ laa, sebab malas nak naik atas hehehhehe.

So, impian nak beli drayer di-stop-kan dulu. 


Ni la sumbat minggu lepas tu. Dah takleh tahan kali ni
Nanti citer dalam entry lain yer hehehe
Since, salur yang sumbat pun dah repair awal minggu aritu, hari ni atau esok dah boleh bawak masuk semula washing machine kat dapur. Ni tak bawak masuk lagi sebab tukang rumah yang buat tu dia buat lubang salur air keluar dari mesin basuh ke salur paip tu jenis tinggi. So, nizam nak kena beli tapak untuk letak mesin basuh, baru ok.

Alahai, ber-tapak-tapak bagai ni tak suka. Saya takut kat bawah tu nanti ada 'benda' ke menumpang (nauzubillah). Pastu, bila ada ruang bawah camtu, mesti habuk pun masuk. Nak kena sapu dan menten jugak tu. Hmmmmm, ada lagi yang tak kenanya. Stress makcik.

Impian nak ada dryer tu, kita tunggu pindah rumah la yer. Memang berharap sangat akan pindah dari rumah ni. Tapi nizam dah cakap awal-awal dah.

"Kita... kalu pindah kali ni papa kene sewa kontena atau lori besar tnb, penuh barang. Sofa ni tinggal jer sini, beli baru"

Amboiiii, kemahennn sofa nak tinggal sini, ingat beli sofa tu dengan daun ke? Tapi memang pun, macam dia tau-tau jer, bini dia dah berangan dah. Kalau pindah rumah, sofa ni nak let go jer, pastu nak beli sofa baru. 3 seater minimalist sudah. Kita deco ala scandinavian pulak yer hahaa

Wah, rajin menaip. Bye!

No comments: