Entry Lapor


Hi korang! 

Weekend & school break, bestnya lahai dok rumah. Dah la dari semalam hujan, pastu dalam kul 3am tadi pun hujan, haaa sejuk ngkooo. Dah lama tak merasa tidur berebut selimut ngan husband hehee. Biasa manjang panas, sejuk pun takat sejuk kipas, mana ada feel.


Pagi ni, rajin sikit. Goreng mihun buat sarapan merangkap lunch terus. Petang ni kalau jadi, plan nak pegi area Bangi Sentral & Bangi Gateway nak beli baju suar tudung untuk saya dan dania. Ya Allah, dah gemuk sangat saya ni sejak lepas bersalin Ayra

Sebelum ni tak perasan pun dah gemuk camni skali. Tapi, last week masa our 12th Anniversary, try la baju-baju dan seluar lama nak pakai untuk kuar makan malam. Sekali, takder selai pun ok! Semua dah sendat. Wawaaaa, kegemukan apakah ini?

So, nak taknak kena jugak beli selai dua pakaian buat pakai jalan. Takkan la sepanjang masa berjalan nak pakai jubah dan baju kurung kan. Wanita lindungan kaabah sangat ko ayu hahahha. Then, balik Besut nanti nak ajak nizam gi Kamdar, carik kain nak tempah buat blouse paras lutut. Dapat buat dalam 4 lai jadik ler. Boleh la takat nak buat basahan jalan yang lebih sopan gitew :)

Lately ni, tak tau la apa yang di-stress kan. Asik nak makannn ajer. Kekadang takder benda nak buat, saya isi masa dengan makan. Makan jer la apa yang ada kat umah ni. Pastu nizam pulak keje KL jer, tetiap malam dia tapau makan malam. Haaa, makan lagi. Pastu berangan nak kurus. Kata nak start diet bulan Ogos, ehhh rupanya yang terjadi bulan Ogos ni pulak semakin menjadik-jadik napsu makan ku :P

Takpe, kita tunggu September, lepas raya haji kita diet, okehhhh? Yelah tuuuu. 

Ni entry hari minggu macam ni, sementara Ayra tidur lena sangat ni, nizam pulak sedap landing atas sopaku, abesss laaa lenyekkk. Pastu, dania alish pulak dari pagi kat atas, tak tau la belaja ke tengok tv yang lebih. Bukan buleh caya sangat tu budak berdua tu hahhaha. Sunyi jer kat bawah ni, dengan gelapnya.

So, menyambil la saya transfer gambar dari hp ke laptop, tengok gambar makanan masa makan malam on our anniversary Ahad lepas (20/8/17). Kan anniversary kalini kami dok rumah jer dengan tabah, so malam tu just kuar makan kat Pizza Hut Semenyih jer. 


Muncung jer dania, sebab dia nak makan kat Secret Recipe. Tapi, mak bapaknya taknak ke situ, sebab situ seat dia limited giler dan sempit. Sangat tak selesa untuk kami yang beranak tiga ni, sebab siap pakej bawak stroller skali msuk kedai! So, Pizza Hut sini lapang giler dan environment dia pun best. Jadi dania muncung jer hahaha. Tapi dah dapat aiskrim dan muffin tu, ehh suka kemahen dia. Macam la besday dia kan, nak kena ikut selera dia nak makan mana hehehe. 

Ni jer kitorang makan. 

Anak-anak dah besar, kenalah order 2. Kalau makan pizza spageti bolognese ciken ni wajib untuk dania dan alish



 Ciken finger ni sedap sangat



Feveret saya dan nizam



Hariz, selalu ajak makan kat pizza hut sebab nak makan ayam ni



Terasa nak makan pizza tuna. Tapi sikit pun tak makan, bawak balik rumah jer
Esoknya panaskan buat sarapan


Ini sedap!
Uikkss terasa-rasa kat tekak


 Bila eskrem dah mula mencair tu... bergabung pulak dengan coklat muffin tu
Perghhh... rasa macam damainya tekak :P



Hariz, kalau bergambar... pandai betul buat pose poyo!

Wahh.. laparr... laparrrr. Petang ni kalau pegi Bangi teringin nak cuba mc flurry mcD. Yang durian punya tu. Nampak ramai nau dok share cakap sedap, terasa-rasa duriannya. Apa lagi, terus tergoda nak try. Napsu apekah ini, membela saka ke apaaaa?

Till then, bye!

Comments

Popular posts from this blog

De'Xandra Perfume: Top 10 Selling

Idea Deko| Dilema Rumah Sempit?

Resepi Solok Lada Original Terengganu