Monday, August 7, 2017

Facebook dan Auranya

Facebook ni, kalau bukan sebab nak guna untuk bisnes, memang saya dah lama deactivate. Sebab rasa boring!

Paling tak suka bila pepagi dah terbaca orang share benda-benda yang menyedihkan, menakutkan, membebel-bebel, sindir-sindir, troll, dan ehh apa-apa jer la yang boleh bawak negative vibes.

Kekadang, the whole day saya boleh terbayang atau teringat-ingat benda tu. Contoh macam kes mati sebab jatuh dari bangunan ke, budak kena langgar dengan keta bila bapaknya terundur tak perasan laa huhuuu. 

Benda ni bukan sebab saya takut mati ke apa, tapi sebab rasa sedih tu ikut terasa, walaupun pun aku tak kenal pun. Lagi-lagi kalau ada dok share gambar sekali. Aduhaiii!

Apelah kan. Zaman sekarang ni, semua nak share. Sampai tahap jenazah berkapan pun nak tunjuk. Hmmm, memang dasat betul penangan social media ni.

Sebelum ni friendlist saya sikit lagi nak capai 5k, which is very good la untuk social proof di fb for business. Tapi, skang tinggal dalam 3k jer. Lantok ler sesaper nak unfriend saya kan haha, sebab saya pun memang suka unfriend orang.

Haa, sesaper yang suka share atau up status berbaur negatif, memang laju jer aku tekan Unfriend! Kalau orang saya kenal, saya akan Unfollow dulu. Kalau tak kenal tu, memang selamat di unfriend la. Buat apa nak simpan jenis macam tu, buat tambah dosa kering haku jer hehehe.

Saya jugak tak Like page-page newspaper atau berita. Sebab macam banyaknya benda-benda boleh bawak negative vibes kat situ. Nizam selalu cakap, LIKE la page Harian Metro ke, Berita Harian ke, dapat la tau berita semasa.

Sebabnya dia boring, bila dia nak ajak gossip pasal sesatu benda, saya tatau hahhaa. Pastu sibuk nak pinjam HP dia nak baca kat fb dia hehhehe.

Bukan apa, macam saya cakap kat atas tadi la, bila baca benda camtu saya rasa sedih dan terbawak-bawak. Macam hari Jumaat lepas, ternampak kawan share di fb dari harian metro online, budak kampung saya meninggal kena gigit tebuan. Saya memang la kenal atuk nenek arwah. Bapaknya arwah saya tak kenal pun, sebab dia peringkat bawah-bawah dari umur saya. Kalau abang dan kakak dia kenal la sebab mengaji dan sekolah sama. 

Itu pun, sampai hari ni teringat-ingat lagi. Huhuuuu. Ni cuma tak berkesempatan lagi nak call Nenek Jah nak bergossip tanya. Nanti panjang la cerita Nenek Jah hehheee,

Yang saya rasa scary gilaaaa nak czer kali ketiga hari tu, sebab selalu ternampak orang share cerita, gambar dan video bersalin czer.

Aduiii padahal aku scroll laju-laju pun still nampak kannnn. Mana aku tak takutttt. Berbeza sangat dengan zaman bersalin dania dan alish dulu. Sebab saya tak tau apa pun, so macam rileks la sikit kan, walaupun still takut. Gila ngko tak tau perut kena belah haahhaa.

Tapi yang bersalin Ayra ni, saya siap boleh bayangkan apa doktor tengah buat. Dah la aku ni bab berangan dan imaginasi memang diluar kotak melampau-lampau hehhehe. Sampai boleh saya tanya doktor, lambat lagi ke siap, saya dah stress ni. Ko mampu tanya doktor camtu? Ayu mampu okey hahahhaa

Wah, tetiba panjang membebel lepas seminggu private-kan blog. I busy la uols nak update blog ni. Rasa nak tutup jer blog ni terus huhuuuu. Ni sempat la update kejap sementara Ayra tidur. Tak tau nak buat apa, update blog lah kejap. EH, kain menimbun ada nak kena lipat, tapi tunggu la dulu hehehe. Malas betul lipat kain huhuuu.

Till then, selamat bekerja buat korang semua. Kurangkan stress seminima mungkin, sebab sekarang banyak penyakit berpunca dari stress huhhuuu. Kalau rasa banyak sangat beban yang kita tanggung, baliklah pada DIA. DIA cuma mintak kita sabar dan solat.

Ewah, tetiba ustajah jadian pulak hahaha. Kbye, nanti bebel lagi yer

Buat Along Sunita, go gooo caiyokkkk. Ni blog dah public, buleh la baca sambil tunggu masa nak timang baby. Semoga dipermudahkan, semua selamat. InsyaAllah raya haji jumpa baby baru. Cucu sedara makin bertambah, maknanya makin tua la kita hahahha.


No comments: