Thursday, August 17, 2017

Lagi entry gambar tak keluar

Pagi tadi masa update blog, mata ni terjeling tengok kat Popular Post.
Huhuuuu, ada lagi entry yang gambar tak keluar
The most wanted popular entry yang orang search kat blog ni
Entry yang banyak naikkan rating statistik blog ni

Idea Deko| Dilema Rumah Sempit?

Ni gambar rumah masa baru kawen
Baru lepas cat, beli perabot, deko-deko
Baru rasa zaman hidup berdua
Umah sentiasa kemas dan bersih
Yelah, duduk berdua jer kan
Rumah pun kecik jer (flat), senang nak maintain

Pastu, bab deko ke apa, semua saya konker haha
Beli perabot pun kekadang tak ajak nizam
Pegi dengan opismate jer, pakai duit sendiri
Pastu, nizam balik keje... ehh sepraiss, ada perabot baru
Haaa, gitu... sebab kalau ajak dia kena tazkirah dulu
Membazir katanya. Sampailah sekarang, begitulah dia
Tapi bini tetaplah degil, tak dapat pegi ngan dia, beli online
Ala, perabot dan barang murah jer pun
Takder la ribu-ribu punya kan, still affordable

Gambar-gambar dari entry ni saya ambik dari album di Fotopages
Masa tu, dalam tahun 2005 kan blog belom meletops lagi
Tu zaman ber-fotopages
Dan zaman tu jugak, baru ada digital camera
Transfer gambar dari camera, masuk pc then masuk fp
Guna pun pc opis dan internet hahahaaa
Masa tu manada beli pc or laptop lagi kannn
Dan, masa tu zaman jahiliyah
Manada pikir pasal guna harta benda syarikat untuk urusan selain kerja
Adalah tidak boleh.
Tak berkat rezeki keje dulu hhuuuhuuu
Insapppp ok!

Nasib baik la dah tak keje kannn
Kalu keje, rasanya nak berbisnes online pun tak berani
Sebab takutttt terguna waktu keja untuk urusan bisnes atau lain
Yang boleh jadi lagha daripada jalankan tugas diamanahkan

Well, seiring masa, kita pun nak berubah kan
Dulu tak tau, sekarang dah tau

Pasal entry tu, alahai macam mana yer
Nak kena try recall balik password fotopages
Rasa macam dah lost laaa
Banyak gambar dalam tu
Sayangggg, especially gambar dania masa dia baby dulu
Sebab blog dania dah gone
Saya edit dan tertekan apa ntah, hilang terus
Takleh recover langsung
Banyaknyaa kenangan dalam tu huhuuuuu

Aduhai, sedihnya bila gambar dalam entry ni dah takder
Gambar dalam phsical album ada la
Tak berkerajinan la daku nak scan, walaupun ada scanner kat umah
Tu namanya gigih melampau batas
Dah macam ada berlambak keje lain, tapi tu ko nak buat
Ohh... memang tak laaaa
Dah la Ayra nak perhatian 24/7
Haaaa, kang gambar ke mana, scanner ke mana, aku ke mana
Hehheheehe.

The point is, setiap gambar ada kenangan
Mungkin ada gambar yang dah lenyap
Tapi kenangan yang kita simpan dalam hati tak boleh lenyap
Jika ingatan tu dah samar sebab terlalu lama dah berlalu
Just pejamkan mata, berusaha bayangkan, ingat semula
What a 'lempar belakang' sangat kan hehehe

Inilah kehidupan.
Takder yang kekal, satu hari ia akan hilang atau pergi
Kita kenang kenangan yang lalu, tanpa abaikan apa yang ada sekarang
Kerana, bila dah takder baru kita rasa menyesal

Kesian visitor yang nak baca entry tu
Saya cuba carik balik dan tepek semula gambar-gambar tu
INSYAALLAH (haa capslock ngkooo)

No comments: