Last Minutes, Pastu Melopong :P

Sepatutnya petang semalam kitorang dah ke melaka bercuti sempena anniversary esok. Tapi, tak jadi sebab dania nak peksa. Pagi ni, melintas kat wall fb timeline memories, tahun lepas kitorang kat The Pines Melaka. Masa tu, baru ngandung Ayra. Tengah mabuk gilaaaaa. Tapi sampai sana elok-elok jer aahha. Dah balik rumah, sambung balik mabuk. Woww sangat kan? Hihihi.

Pagi semalam, nizam pegi opis kat KL Sentral. Pastu dia wa suh check hotel area PD. Kalau ada yang ok, esok pagi kita ke sana. Dapat 1 malam jadik ler. Sebab kalau nak ke Melaka, jauh jugak tu. Takat 1 malam, PD still ok.

Then, saya check kat booking.com. Semua hotel best dan affordable dah sold out. Malas pulak nak carik kat website lain, sebab saya biasa guna booking.com jer. 

Saya try carik area Selangor dan KL, menarik jugak. Tapi, nizam pulak nak PD jugak. Alahai, cerewet la dia tu, nak carik sendiri malas. Dah la last minutes, memang susah la nak dapat tempat kita nak kan. 

Then, ada la Selesa Beach Resort. Not bad laaa. Sebab pernah dok situ masa kursus zaman kerja Unisel dulu. Tapi, bila saya tanya nizam, bila dia akan ke Kuantan?  Katernya Ahad malam.

Ek elehhhh... dah sampai rumah konfem petang kan. Pastu malam tu dia dah nak terus ke Kuantan. Taknak akuuuu. Penat tak abes, pastu nak kena urus anak sesorang. Baik tak payah ke mana-mana, dok rumah jer la. 

Kita tangguh jer jejalan ni, lain kali. Sentiasa ada next time jika diizinkan Allah. 

Tu yang hari ni dok rumah jer. Dapat la update blog, transfer gambar dari hp ke laptop (baru nak transfer gambar dari sebelum raya tu hahaha, punyelah malas). 


Kalau rajin, petang ni nak sambung kemas bilik. Semalam dah kemas bilik dania aka SOHO tu. Baru sedap mata mandang. Kalau nak jejalan, dah sah-sah kepenatan nak packing barang kan?

Dah la minggu depan nak balik kampung atau ke JB (tak sure lagi plan mana menjadik). So, kenalah ambik mood dulu. Lagi pun, sejak 2 minggu lepas letih sangat sebab Ayra meragam jer. Kelmarin baru start ok sikit-sikit. Cuma malam jer, bila dia tidur dia akan asik terperanjat-terperanjat sambil menanges macam takut.


Ke ada 'sesuatu' nak main dengan dia ni... ehh, seram pulak aku huhu

Ok, nanti dah boleh share gambar deko-deko yang tertangguh. Gambar dah transfer, tinggal rajin ke tidak jer nak update blog heheehee.

Till then, hepi wiken!

Comments

Popular posts from this blog

De'Xandra Perfume: Top 10 Selling

Idea Deko| Dilema Rumah Sempit?

Resepi Solok Lada Original Terengganu