Tuesday, August 1, 2017

Pengalaman Pembedahan Caesarean Section - Part 1

Amboii, nak jugak tu ber-part by part. Konon nak sambung-menyambung, macam lah tak bizi macam sebelum ada baby kan? Entry Dropship pun ter-stop sampai Entry ke-9 ajer, ni nak pulak bercerita pasal beranak belah perut. Wah wahhh sangat ni.


Well, terasa nak share sebab 3 kali saya bersalin c-section, pengalaman tu berbeza-beza dan macam mana saya overcome sakit tu dan untuk pulih semula pun berbeza. CUMA yang tak berapa nak beza ialah bab pantang, agak tak disiplin #SentiasaDegil pastu nak sihat.



Mungkin korang pun selalu terbaca, dengar atau sembang-sembang, yang orang kata bersalin c-section ni tak sakit macam bersalin normal. Sebab tu pahala bersalin normal lagi banyakkkkkk banding kami yang bersalin c-section ni.

Wawawaaa... malaikat sangat ni bab kira-kira pahala kan. Saper cakap tak sakit c-section ni memang korang ni nak mintak perut kena belah jugak ke apa? Pepandai jer nak letak markah berapa kan.

The journey bila bersalin normal ke, c-section ke hampir sama jer. CUMA kami yang c-section ni sakit dia lebih lama, boleh ambik masa bertahun-tahun, ngilu dan sakit kat perut tu tak hilang bebetul lagi. Nak melasak pun tak boleh, nak main bowling pun dah tak berani tau. Ewah, macam la aku terer main bowling, contoh taknak kalah tu hahhaa.

InsyaAllah, ada masa saya share la yer. Dah 3 kali c-section ni, mungkin layak dah kot share hahaha. Manalah tau bermanfaat untuk korang, especially yang belom ada pengalaman lagi, eloklah tahu sebagai persediaan. Manalah tau, nasib korang tetiba kena bersalin secara belahan perut style kek happy birthday to you.

Haaa, macam saya dulu la bersalin Dania. Sikit pun tak sangka last-last kena c-zer. Kalau tau nak kena c-zer, haku tak beli Set Bersalin Leesa Formula. Mahalll tuuu hahahaha. 

Okey lah, ada masa saya share. Kalau tak share tu samada saya tak sempat, lupa atau malas. Biasa la Ayu, sentiasa buat kerja sekerat jalan dan memberikan janji palsu nak update blog dengan entries bersambung-sambung. Ahaks!

Till then, doakan semoga saya dapat sharing yer. Kbye!

No comments: