Tuesday, August 8, 2017

'Portable' SOHO sobb sobbbsss

Pepetang macam gini update blog, sambil riba budak bambam ni
Pastu jari dia sama laju ngan mama nak tekan-tekan keypad
Ni tatau saper yang gigih nak update blog, mak ke anak :P

Ni sementara tunggu maghrib.
Nizam ada kursus kat ILSAS, so minggu ni dia ada kat umah, yeay!
Boleh passing-passing jaga Ayra hahhahaa

Ayra ni dengan nizam dia lain macam sket manjany
Pelik haku, naper dia nak merap ngan papanya
Padahal papa bukan lekat kat umah sangat pun
Ada kat umah pun,still 99% pasal ayra mama dia uruskan
Tapi bagus la, dapat jugak mama dia rehat sikit huhuu

Sejak minggu lepas, SOHOAyuRashid dah pindah ke bawah semula
Hmm... mengadap la balik depan toilet tu hahaha
Kembali ke pangkal jamban katanya LOL

Nak buat macam mana kan, tak leh dah dok SOHO kat atas
Jadual kerja pun still huru-hara lagi
Biasa, manada saya update blog time gini
Nak update pepagi, banyak keja lain nak kene bereskan
Kadang ada masa bila Ayra tidur, saya pulak layan wasap ahhaha

Haaa, cenggini la SOHO saya sekarang

Rasa nak cat jer console table ni kaler putih, pastu beli kusi seketul. Eh berangan jer, saper lah nak cat, kalu suh nizam mau krikkk krikkkk jer. Nyesal pulak tak ambik jer kaler putih masa beli tu, ikut sangat kata nizam ambik kaler ni, senang nak jaga katanya. Macamlah dia yang jaga kannnn. Ke sebab dia dah tau, bini dia ni tak cukup rajin nak jaga perabot hahaa.


Nama jer ada SOHO kat bawah ni, tapi end up... macam ni jugak saya buat keje hahahha. Ni pun buat keja macam ni la, siap pakej riba Ayra. tersenget-senget dah dia, aduihhh lasak kemahen, tak padan ngan kecikkk.

 Karpet ni pun, nak gulung simpan, ada baby tak suka la berkarpet bagai. Rasa lebih bersih dan selesa takder karpet. Dah la skang nak vacum dah susah, sebab ayra takut bunyi vacum. Hmmm, banyaknya constraints skang.



 Last week beli shelf ikea, macam biasa la tru personal shopper. Haa, taknak bawak aku gi ikea kan, membeli secara online lagi best hahahhaa. Untung personal shopper tu, dah banyak dah barang saya beli tru dia, soon akan ada lagi ehehehee.

Ni teaser dulu la yer. Malas nak upload gambar, ada jer dalam hp. Sejak takleh guna gambar yang cp dari fb, malas sangat nak upload gambar masuk blog. Jadik renyah gila pulak rasanya. Dah la selalu kesuntukan masa.



Ni pulak, buku-buku hariz yang dia selalu guna untuk saya bacakan dan belajar. Letak jer kat sini senang nak ambik dan simpan. Kalau kat rak buku, dia takut nak ambik kat dapur tu haa. Macamlah dapur tu jauh, padahal 3 langkah jer dah sampai.

Well, nak menaip lagi takleh dah. Ayra dah nyanyi lagu metalicca. Till then, nanti update lagi. Korang tunggu entry deko-deko kan? InsyaAllah ada masa saya share. 

Ada jugak nak review produk mekap. Haaa, ko jangan tak caya ayu nak review pasal mekap hahahhaa. Sungguh pun ayu tak suka mekap, dan memilih untuk menjadi natural beauty selebet ajer hahaa, tapi dia suka beli barang mekap dan suka tengok pompuan cecantiks. Haaa, kalau nak tau kenalah doakan kerajinan saya yer ahaks!
KBYE!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...