The struggle is real

Hi cak cak cakkkk!
Haaa, ngko... tulis tajuk pun dah rasa seram tau
Apelah nak citer dan camner nak mula ni
Sebab memacam ada dalam pikiran ni
Mana nak masak (ewah!), mana nak kemas rumah
Yer kemas rumah yang tak berkesudahan
Yelah, memacam masalah jadi kat rumah ni
Mana nak belek-belek hal pelajaran budak berdua tu
Mana nak uruskan blog dan bisnes
Dan, mana nak uruskan budak kecik yang makin banyak cerdiknya ni


See, nak upload gambar dari hp ke laptop pun malas takder masa
Bila nak update blog, terkial-kial carik nak letak gambor aper la huhu
Itu yang dah lama tak share pasal entry deko
Nak raya haji dah lagi 3 minggu, entry pasal raya puasa pun tak up lagi ;P
Kita tunggu Krismas teruslah, senang
Sambut awal tahun terus (itu pun kalu panjang umo la kan)

Sejak bulan 7 lepas, kami banyak tak sihat
Nizam bizi dengan tournament bola sepak tnb
Yang anak bini pulak (kecuali dania) berjemaah demam, batuk & selesema
Yang saya ni lagi la, harus la dapat pakej gastrik
Sampailah sekarang, on-off ajer la gastriknya huhuuu
Makan dah tak tentu masa, ikut rasa perut dah pedih baru nak makan

Since that, Ayra mula meragam
Dah tak jadi happy baby macam biasa huhuhu
Biasanya senang giler nak uruskan dia
Takat nak masak sappp sapppp suiiiii style saya tu (hehhe)
Boleh jer letak dia atas tilam, on tv, dia layan la sesorang
Kekadang tengok, ehhh dah tertido budak ni
Kalau tak tidur pun, sekejap-sekejap jenguk dan agah dia
Atau panggil jer nama dia, dari dapur hahaha
So that dia tak rasa sesorang, ada mama monster kat umah
Nak mandi dan solat pun boleh dengan senang hatinya
Tapi kena lelaju la hahhahaa.
So, kira manageable lagi la bila kami dok berdua jer kat umah
Bila nizam keje & Dania Alish sekolah atau pegi main pepetang

Dania pun dah pandai riba adik
Dukung jer dia kata tak berani, sebab adik gemuk
Amboiii, gemuk besar ni, kata adik gemuk 
Dia tu apa kurangnya, sejak lepas puasa ni jer nampak susut sikit hahhaa

Alish lagi la, pandai layan adik. Sayang sangat kat adik
Tapi yang geramnya, kalau adik tidur mula laa
Dia sibuk buat-buat bising atau apa-apa jer la
Yang boleh buatkan adik dia bangun!
Lagi la kalau adik dia tengah mamai-mamai bangun, tapi nak tidur lagi
Haaa, masa tu la dia pegi cuit-cuit, pegang tangan la
Siap cakap: "Ayra comeinyaaaa kalau tak tidur"
Aku rasa nak lepukkk jer dahi jendul dia tu

Dia bukan tatau, kalau adik tidur
Itulah masa paling heaven buat mama dia hahaha
Mama dia ni, kalau nak batuk dan bersin pun sebolehnya tahan
Dia pulak, kalau adik bangun tidur, bukan main galok lagi
Bila adik dah bangun, bukan dia layan sangat pun
Kejap jer, pastu dia sibuk la dengan tv dan mainan dia tu

But as overall, dorang berdua tu boleh diharap la jaga adik
Kekadang tengok budak berdua tu lagi pandai layan adik
Berbanding papa dia yang macam sepohon kayu tu :P

So, since Ayra dah kenal dengan orang
Dia cuma nak dengan kami berempat ajer
Haaa, anti social gilaaa budak kecik tu
Dia akan menanges melalak macam kena cubit kalu tengok orang
Muka macam sedih gila laaaa
Sampai tersedu-sedu
Ni jadik masa pegi open house raya umah mak mertua adik nizam
Lepas tu, pegi jamuan raya tnb (ini ok sikit)
Pastu, pegi klinik masa dia, saya dan alish demam
Makcik-makcik dan nurse kat klinik tengok jer dia
Melalak-lalak! Adoiiii, sabor jerlah
Doktor nak check pun redo jer la dapat patient macam ni

Tapi, lepas pada tu makin ok bila kami kerap bawak kuar
Masa bawak pegi khatan hari Sabtu lepas, ok jer dia
Haa, ngkoooo... anak umur  bulan baru bawak khatan
Punyelah suka menangguh papa kitorang ni
Sib baik Ayra nanges sikitt jer, terus ok
Takder demam ke apa kan, risau jugak

Skang ni, jadual saya kat umah ni huru hara sangat
Bisnes buat gitu-gitu jer
Blog ABDR dan Oh Wanginya memang tak berupdate dah
Rekod bisnes pun huru-hara, Aduiii stress la macam ni
Nak study pasal produk pun tak sempat 

Produk review pun ada nak kena buat
Dan banyak benda saya nak share kat blog
Tapi... kesuntukan masa

Ehh... masa tu banyak tapi tak sempat nak on laptop
Sebab saya taknak dengan baby, asik ngadap phone atau laptop
Dah tu, ayra ni nak mama dia depan mata ajer
Saya bergerak jer sikit, mula la dia buat konsert metalicca
Suara dah la memetir! Aduiiii #MakKoStressNak

Ni pun pepagi update blog time dia tidur lagi
Kalau pagi sampai tengahari dia still ok, mood baik lagi
Dan pagi dia jenis kuat tidur
Tapi, masuk jer pukul 2pm sampai malam, silalah kawal stress

Macam ni la bila ada baby.
Dia yang control masa dan aktiviti sekeluarga
Nak gi jejalan pun dah rasa malas
Dok rumah lagi selesa.

Till then, jumpa lagi

Comments

Anonymous said…
Comelnya ayra..geram tgk..bby umur5buln keats memg macmtu..dh knl org..takut org.sebb biasa tinggl kt umh dgn ibunya shaja..kna biasakn juga tu bwa prgi pusing2kt tamn permainn ke..bgi die xtkut sgt dgn org.atau kita prgi bwa umh jiran2ke borak2..nnti lama2die akn ok dgn suasana luar

Popular posts from this blog

De'Xandra Perfume: Top 10 Selling

Idea Deko| Dilema Rumah Sempit?

Resepi Solok Lada Original Terengganu