Thursday, September 28, 2017

September 28, 2017

Kalutnya Lahai...

Ramai surirumah nak bisnes. Tapi ramai yang rasa kekangan masa, so tak boleh buat bisnes. Maka, tunggu punya tunggu punya tunggu... hari berganti hari, minggu berganti minggu, tahun berganti tahun... kita masih tak 'berkesempatan nak buat bisnes, walaupun HANYA ONLINE BISNES yang boleh guna hp dan laptop ajer.

Haaa, pelik sangat tu kalau zaman sekarang orang takder smartphone dan internet. 

Bercakap tentang kekangan masa surirumah untuk berbisnes, memang saya tak nafikan pun. Lagi-lagi kalau ada baby. Ya Allah, memang diri sendiri pun rasa nak nanges dan give up. Kalau tak pikirkan kena carik duit sendiri, passion dan saya tak suka dok sesaja, memang saya dah stop dah bisnes sejak bulan Julai lepas.

Sebabnya, baby saya makin susah nak uruskan. Orang kata 'merappppp". Taknak berenggang langsung. Bila tinggal walaupun just ke dapur atau bilik air... atau depan mata dia pun bila saya bangun... mulalah dia melalak-lalakkkkk tak hengat dunia laa.

Ni update blog pun dah petang, dekat kul 6pm dia tidur. Ni pulak hujan lebat... bunyik bising, kejap lagi bangun la tu. Alahai, letih tatau nak kata apa dah. Nak nanges rasa. Syukurlah Dania & Alish dah boleh harap tolong jaga adik. Walaupun dia tetap nanges mencarik jugak, tapi OK laaa.

Banyak benda nak buat pasal bisnes dan blogging. Semua dok pikir dan compute dalam otak jer. Nak 'terjemahkan' dalam bentuk tulisan conteng-conteng kat kertas pun tak sempat. Pastu, ada pulak few ideas nak buat untuk kembangkan bisnes dan blogging service.

Hmmmm... tatau la macam mana nanti. Buat jer lah setakat mampu. Tapi being me, memang tak suka la kalau tak dapat buat apa yang saya dah biasa buat. Rasa macam loser pun ada jugak. Tapi, tak baik kan pikir gitu. Anak tu rezeki dan ujian. Tapi... letih wehhh macam ni. 


Okey. nak off laptop. Guruh oiii... kang sesia aku mati kejung depan laptop. Blogger tegar sangat hahahha. Till then, jumpa lagi, dan tak sabar tunggu designer siapkan design blog baru. Kot lepas tu semangat membara kan sampai kul 1am pun sanggup  berjaga update blog hehehe. 

Wednesday, September 27, 2017

September 27, 2017

Bisnes dari Rumah| Mulakan dengan apa yang ada 'di tangan'

Kesilapan terbesarrrr saya pernah buat ialah buat bisnes dengan berhutang, aka buat loan bank. Salahkan nizam sebab dia yang gedik sangat nak buat bisnes Bio Aura. 

Saya yang tukang buat loan. Nak jual 10 unit Bio Aura tu, senang macam makan kacang. Tapi... menanggung hutang bank? Dah dia nak sangat buat bisnes tu, dialah tukang bayar hutang tu. Lepas benti keje, memang saya tak penah bayar pun. Sebab masa keje kan potongan gaji. 

Haa, masakkk la dia membayar setiap bulan. Sebab kitorang dah buat agreement, saya buat loan ajer, dia nak bisnes dia buat, saya taknak. Lagi pun, leader Hai-O  Bio Aura dia tu lelaki, dan saya tak minat la nak jual bio aura tu kan. Ehh, tapi sudahnya saya jugak re-join group lain jual Premium Beautiful. Siap kuar modal 10k lagi buat beli 5 set. Aduiiii, menyesal bila ingat balik.

Masa tu, mana pikir apa sangat kan? Mudah terpedaya dengan apa yang dilihat dan ditayangkan. Lesson learnt in a hard way orang kampung saya kata, gitew. 

Tapi, menyesal pun tak guna. Sebab takder la saya gagal terus dalam dedua bisnes tu. Produk semua terjual, malah saya dapat la merasa jugak income dalam bisnes Premium Beautiful tu. Masa tu saya fokus promote kat blog jer. Setel semua set dalam masa beberapa hari jer. Pada saya masa tu tak susah mana pun nak jual Premium Beautiful. 

DISCLAIMER: 
Takder niat pun nak salahkan company, leader atau produk. Cuma, saya sendiri yang decide untuk quit the business bila dah pindah Semenyih. Kalau teruskan, agaknya aku dah jadik CDM kot. Hahahha berangannnnn! Nak naik DSM pun semput mak nyahhhhh. Ada hati nak naik CDM hihiiii.

Well, masa tu ilmu bisnes memang 0 la. Buat jer mana boleh. Takder nak rujuk mana-mana atau orang yang lebih arif, at least tru pembacaan di fesbuk dengan mentor-mentor bisnes (selain mentor bisnes Hai-O), untuk elakkan 'bias' dalam penilaian pasal bisnes.

Since dah makin banyak tau, dan based on my own experience, janganlah kita berbisnes dengan berhutang! Kalau takat hutang spouse atau family, sikit-sikit tu ok lagi laa. Janganlah sampai puluh ribu ke atas. Dan sebaiknya, takyah berhutang langsung.

Lagi-lagi kita pompuan khususnya yang pegang title surirumah. Nak bisnes jangan lah berhutang. Mulakan dengan apa yang ada kat tangan. Kalau kat tangan kita takder, apa kata, tarik tangan husband sekejap, check apa yang ada kat tangan dia hahahhaa. Ni konsepnya nak minjam duit laki laaa. Pepaham sudah la kannnn. Nanti kalau i senang, u jugak boleh tumpang senang kan, bang? Haa, bab mengajor orang, memang terbaik si Ayu ni hehehe.

Apa yang ada kat tangan yang boleh kita mulakan bisnes kalau dah kita ni surirumah atau kalau suami bagi pun cukup-cukup untuk buat belanja dapur jer. Mana cukup kakkk nak buat modal bisnes.

Hmmmm... nanti saya share lagi macam mana nak bermula! Itu pun kalau saya ingatlah nak sambung entry ni hahha. Saya kan suka bagi janji pelsu. Tengok entry pasal DROPSHIP... janjinya 15 entries kan? Yang siap kalau tak silap 9 ajer (see, saya pun dah lupa). Itu pun siap 9 entries sebab saya buat Schedule Post. Kalau nak harapkan entry tetiap hari, memang hmmmm...  nan hadooo la jawabnya.

Nak ke sambungan pasal Dropship tu? Ewahh.

Tuesday, September 26, 2017

September 26, 2017

New Dexandra... Coming Soon!

Pejam celik, tertonggeng tergolek, alhamdulillah, dah 2 tahun lebih bersama Dexandra. Rasanya ni produk yang paling lama dan bertahan saya jual heehhe. Dexandra jugak dah banyak bantu saya dari segi kewangan selain daripada hasil blogging.

Walaupun tahun ni, saya tak dapat fokus sangat, tapi alhamdulillah, still ada income setiap bulan. Team pun masih bertahan, walaupun ada yang tidur lena tak bangun-bangun. Tinggal nak kena bacakan talkin pun ada. Heeehee, gurau jer uols. Takper, terpulang kat diri masing-masing bagaimana kita nak corakkan journey bisnes kita dalam Dexandra ni.

Sejak 15 September hari tu Dexandra buat Dexandra Clearance Sale. Bila tamat clearance sale ni? Ialah "while stock last". BUKAN SEMUA brand dimasukkan dalam list clearance sale. Selected brand only.




Kenapa buat Clearance Sale? Dexandra dah tak laku keee? Dexandra dah nak bengkrap ke? Amboiii choii sangat telahan tu hahahhaa. No no nooooo. Bukan sebab-sebab tu tuan/puan/saudara/sedari sekalian.

SEBABNYA IALAH... jeng jenggg jengggggg!


The new Dexandra is coming soon!

Apa yang baru Dexandra nak berikan pada kita semua sebagai penggemar-penggemar perfume?

Nantikannnnn... 

Monday, September 25, 2017

September 25, 2017

Blog Revamp

Almost every time bila saya dapat customer baru (strangers), saya akan tanya dorang: 

"Dapat contact saya dari mana yer? Fesbuk, IG atau Blog?

Haaa... 99.99% akan jawab: BLOG!

Dah tu... insofff ler ayu, yang ko punyer strengh is blog. Takyah dah nak buang masa merapu di fesbuk dan buang data di IG (ehhh, kena buang jugak data di IG, layan gambar deko-deko hehe)

Ni sebelum tukar template. Tukar dulu sementara dapat yang designer buat.
Simpan template ni buat kenangan katernya

Then, ada pulak ber-wa dengan cikgu online ABDR saya, iaitu Cikgu Zaila Mohamad atau dengan nama glam dia Mekla Tauke Noxxa hehhehe. Dia pun nak fokus kat blog semula. Selama ni kami still update blog, tapi dah ala-ala ke lautan nan dalammm jer. Update asal boleh jer. Janji ber-update :P


Yelah, bila tengok keadaan saya yang huru-hara gila sejak ada baby ni, memang saya kena work smart, not work hard. Bukan nak kata fesbuk dan ig tak bagus, tapi setiap orang ada strengh dia kat memana socmed. Kalau bebetul komited dan rajin, semua socmed boleh guna untuk bisnes dan branding. Cuma tu laa, nak carik komited, rajin dan satu lagi yang penting iaitu MASA memang menanges la kalau tak bebetul tabah dan konsisten.

So, saya terus decide untuk revamp dedua blog iaitu blog ayurashid.com dan blog Oh Wanginya Dexandra. Blog ohwanginya tu, tetiba rasa nak beli domain, haaa terus la beli. Gituuu. Ehhh tapi saya tak buat sendiri hahhahaa. Malas nak ngadap dan malas nak pikir. Saya upah jer designer buat. Kebetulan sembang dengan partner bisnes ohwanginya dan jugak blogger, Cik Rose kita haaaa.

Dia yang rekemen designer tu. Then terus la saya yang sentiasa gelojosss ni contact beliau untuk diskus dan terus berurusan untuk upah revamp 2 blog dan tempah domain. So, insyaAllah, dalam minggu ni atau minggu depan, akan ada transformation besar-besaran gitu. Wahhh, nak gempak ajer, padahal tukar template dan ubah design jer pun hahha. Nak yang best ajer kan?

Harapnya, lepas ni akan dapat la tambah income lain tru blogging. Dan start minggu ni saya kena susun schedule elok-elok. Mana boleh buat, buat cecepat, jangan tangguh dan saya takleh tunggu semua benda sempurna baru nak buat.

Haa... contoh nak update blog, asal ada masa jer update. Sambil guna hp atau bersila atas lantai guna laptop sambil layan Ayra pun kene update! Hohoooo... mencabar okeh untuk saya yang nak semua benda perfectionist ni. Belum haper-haper saya dah rasa berdebar ni hahha over tak sudah :P


Pasni, saya blog ni akan update ikut daily theme. Ada personal, bisnes, dekorasi, review, dan ruangan khas untuk saya ulas dan share berkenaan bisnes online dan bekerja dari rumah. 

Haaa... doakan saya gigih dan konsisten yer. Dan doakan Ayra Safiyya yayaya tu behave jer. Kalau dia buat perangai, impian tinggal impian jer la sobbb sobbbbssssss.

Sunday, September 24, 2017

September 24, 2017

Balik Kampung

Hi semua, selamat berhujung minggu. 

Memang dah hujung pun, in fact mereka yang dok certain negeri dah mulakan minggu baru hari ini. Selamat bekerja dan selamat bersekolah yer korang. Esok InsyaAllah turn kami pulak.

Masih lagi bersiaran secara langsung dari rumah Ibu Mertuaku di Felda Keratong 7 yang aman damai dan permai. Suka suasana kat sini. Tenang dan nyaman jer. Walaupun musim panas sekali pun, suasana tu best ajer. Kalu hujan lagi ler, rasa taknak mandi, sebab air sejuk macam air batu. Nampak sangat kekambingan disitu hehee.


Ni view kat laman rumah mak abah Nizam. Selalu Dania & Hariz mandi guna getah paip panjang tu. Tu getah atuk-nenek buat siram pokok. Dapat kat dorang, memang main air sakan laaaa. Petang semalam pun 2 beradiks tu mandi kat situ. Nak naik tu riuh rendah mintak ambikkan tuala. Geram betul!

Ragam Ayra pulak lagi tak menahan. Pantang nampak mama dia on laptop, mulalah dia pun sibuk jugak nak buat keje. Sudahnya, apa benda pun takleh buat huhuhu. Ni pun menaip atas katil sambil temankan dia tidur. 

Oh yer, baru sabtu lepas dia dapat 'menyusur' atas lantai. Tapi, masih lagi atas tilam la sebab kitorang tak letak lagi dia atas lantai. Bila dia nak 'keluar' dari atas tilam, cepat-cepat angkat atau tarik dia naik atas tilam semula hahaha. Over protected sangat!

Ni petang semalam. 
Saya sibuk ni buat keje untuk revamp blog, dia sibukkkk jugak. Sempat papa mama dia snap gambar dan video.






Eksaited kemahennn.




LAST-LAST... NI ENDING KESERONOKAN DIA TU!

Terlentang terus! Hhahah sib baik tak kene dinding
Kalau tak... haiyoooooo!


Petang ni InsyaAllah dah nak balik Semenyih. Malasnya lahai nak balik. Maka esok bermulalah rutin seperti biasa selepas 3 hari lebih kat kampung. 

Till then, jumpa lagi :)

Saturday, September 23, 2017

Wednesday, September 20, 2017

September 20, 2017

Hidup ni singkat jer, jangan ada dendam

Kejap tadi, ada scroll timeline fb sambil nak tidurkan ayra.
Terbaca satu posting sorang kawan FB (dia doktor)
Tulis situ, adik dia baru meninggal dunia. Lelaki. Cancer fighter.
Al-fatihah untuk arwah.
Perasan tak.
Kerapnya kita tengok orang meninggal 
Yang sihat-sihat ajer, dan muda
Kita memang tau, mati tak kira umur dan keadaan
Bila dah sampai masa, semua akan mati

Tapi, kita sentiasa hidup in denial
Nak menafikan hakikat tersebut

Lately ni, ehh bukan lately sebenarnyanya
Sejak abang saya meninggal dunia dulu
Ia bagi tamparan hebat kat saya
Rasa macam the whole life nak berubah
Rasa betapa singkatan hidup ni

Sibuk sangat dok kejar dunia
Padahal bekalan nak bawak ke sana, astagaaaaa
Takut mengenangkan

Since that saya cuba ubah sikit-sikit
Mula carik buku keagamaan skit
Mula berkepit dengan al-quran, tasbih
Lengkapkan solat yang kekadang lopong
Tambah dengan solat-solat taubat dan sunat-sunat 
Walaupun tak konsisten, but at least buat
Amalan yang sedikit, semoga dapat tampung mana yang lopong

Sama jugak dengan hubungan sesama manusia
Saya taknak simpan dendam kat sesaper pun
Atas apa jua kesalahan yang orang pernah buat kat saya
Tapi, saya pun semestinya ada salah jugak kat orang

Ada yang pernah melukai atau dilukai
Ada yang pernah menyakiti atau disakiti

Tapi, ada seorang hamba Allah yang saya rasa susahnya nak maafkan dia
Apa dia buat kat saya, bagi kesan dan saya takleh lupa
Dia pompuan yer, bukan lelaki hehhee

Tapi,
Bila tengok dan baca sana sini, betapa hidup ni singkat jer
Tak perlu simpan dendam

Kita layak bahagia, kerana dendam tu racun jiwa dan hati
So, saya cuba maafkan dia
Dan doakan semoga dia bahagia dan berjaya

Sebab, bila fikir semula.
Malas nak mencarik kat mahsyar sana semata-mata sebab marah
So, kasik setel kat sini

Walaupun dia tak baca blog ni, dan mungkin dah lupa
Tapi... takder hal. Saya lepaskan kat sini apa terbuku kat dada selama ni

Saya maafkan awak dengan seikhlas hati
Dan saya dah Unblock awak dari fesbuk saya hahhahaha.

Kot la dia jumpa FB saya kan heehe
Dan masih ingat siapa AYU.

Till then, iols nak masak dulu hehhehe sementara Ayra tido

Friday, September 15, 2017

September 15, 2017

DEXANDRA CLEARANCE SALE


Dexandra Clearance Sales.
Start harini sampailah stok licin.

Selected brands only tau. Bila stock dah licin, Dexandra dah tak kuarkan brand ni semua dah.

So kalau korang nak buat stok bebanyak, belilah masa time masih ada dan murah giler ni.

List brand boleh tengok sini yer:

Clearance Sale Women
1. Petite Cherrie
2. Purr Katty Perry
3. English Pear JM
4. Ma vie
5. Chance
6. Orange Blossom JM
7. Marry Me
8. 212 Vip
9. Bond No. 9
10. Tresor Midnight Rose
11. My Burberry
12. Peony Blossom JM
13. Creed Love In White
14. Issey Miyake
15. Eros Versace
16. Body Edp
17. De'Xandra Her
18. Signorina
19. Angel TM
20. The One D & G
21. Narciso Pink
22. Love Story
23. Modern Muse
24. Narciso Her
25. Untold

Clearance Sale Men
1. Chanel Bleu
2. Armani Code 
3. Abir
4. Black XS
5. Emblem
6. Aigner Blue
7. De'Xandra Him
8. Le Male
9. YSL
10. Creed Irish Tweed
11. The One 
12. A Men

Harga: Belum  termasuk Postage

Boleh WA/Telegram: 
Ayu Rashid | 019 - 989 8341

Thursday, September 14, 2017

September 14, 2017

Food Review | Durian Crepe Meleley yang terasa-rasa duriannya

Saper suka makan durian? Haaa, bagus-bagus-bagussss.
Rugi tau kalau tak suka durian, hehehhee.

Skang ni nak dapat durian, susah pulak.
Jenuh jugak kalau lalu area Bangi meninjau orang jual durian tepi jalan
Biasanya ada tau, tapi bila dah craving nak makan, hmmm nan adoooo.

Takpelah, tak dapat durian sebijik yang fresh
Kita layan durian crepe

Dania suka sangat durian crepe
Kalau beli, pagi-petang-siang-malam dia makan
Selagi tak abes, dia akan ulang tayang makan
Peti ais kat umah ni memang jenis sejuk giler
Haaa, lagi la sedap rasa durian crepe tu, sejuk macam aiskrim

Beberapa minggu lepas, dia request nak durian crepe
So, saya pun beli la dengan kawan FB.

Beli 3 peket.
Pilihan saya dan Dania, SEMESTINYA Meleley Crepe Durian
Meleley Crepe tu nama brand tau
Saya kenal founder dia, iaitu Puan Azilah Talib
Kenal masa kelas Online Positioning (OP) dan Basic Storitelling Copywriting
Iaitu kelas Cikgu June Mohd Som

Ni saya beli dengan Agent Meleley Crepe, Puan Adilah
Nanti kat bawah saya bagi contact details Puan Adilah yer.


Haaaa, maaf la yer kalau gegambar sekalian ni menggugat selera korang
Tengok gambar masa upload ni, haku pun terliur sama ahhaha
So, meh la kita telan ailio secara berjemaah menyaksikan meleley crepe durian ni

3 paket sekali beli
Saya mintak Puan Adilah COD jer kat umah
Sebab beliau dok area Balakong tak silap, so still dalam coverage dorang untuk COD

Suka sangat Dania bila husband Puan Adilah datang hantar. Sebab dia memang craving dengan Meleley Crepe Durian ni.



Cuba tengok, boleh tahan besar tau dia punya crepe ni
Berbaloi dengan harganya.
Sebab tu ni dah kali kedua atau ketiga saya beli, lupa dah

So, bila saya repeat order, memang yang saya puas hati dan suka. Sebab bab makan ni saya boleh tahan cerewet jugak. 

Frankly talk, ni durian crepe paling sedap pernah saya beli dan makan.
Bila saya kata sedap tu, insyaAllah boleh dipercayai heehhe, kan dah kata saya cerewet bab makan. Walaupun tak reti masak dan tak rajin masak, tapi kalau makanan dibeli, mestilah nak yang sedap kannnn?



Haaa... jom kita buat post-mortem sikit hehehe
Kita tengok macam mana rupa paras isi dalamnya, yang sampaikan si Dania merengek-rengek suruh mama order hehe.



Hahh ngko!
Cuba tengok... tak puas hati dengan gambar ni? Zoom in lah lagiii.


See, betapa tebal isi durian dalam tu!
Durian pun masih terasa segar, dan takder la jadik macam terpenyek.

Durian kualiti elok, InsyaAllah, dah dok dalam tu berhari-hari pun elok lagi



Cuba tengok cream dia tu pulak.
Nampak tak dia punya banyak dan meleley-leley tu

Rasa dan amount antara durian dan cream tu memang seimbang

Kulit dia pun nipis jer. Cantik-cantik dan sedang elok jer untuk balut isi dalamnya

Sebab kalau kulit dia tebal, seriusly tak sedap jadiknya apa-apa crepe pun
Dah rasa kulit jer lebih kan...manalah sedap!

Bila makan tu kan
Dengan sejuknya... dengan kombinasi kulit, isi durian dan cream
Dengan manis dan lemak-lemak durian tu
Memang wallaaaa, syorga dunia sangat
Makan sikit-sikit dengan sudu, sambil pejam-pejam mata menikmati 
Hhahaha, aku kalau bab makan, memang over :P


Haa, memang rugi la kalau korang tak cuba Meleley Crepe Durian ni



Ehhh, selain perisa durian, ada jugak perisa lain tau:
  • Oreo
  • Blueberry
  • Strawberry



Kalau nak beli, boleh terus contact:

Facebook:
Puan Adilah Ahmad Fauzi


Sekian, review daripada saya. Yang suka makan tapi tak suka masak hehheee. 

Wednesday, September 13, 2017

September 13, 2017

Dilema surirumah bila mertua cakap dok perabih duit anak dia aka laki kita

Haa... dah kenapa semenjak dua menjak ni asik nak buat tajuk boleh bikin panas jer ni? Dengan hashtag #EntryAkuKauYangPanas hak hakkk hakkkk :P



Well, ni bukan nak mengata mertua i tau, sebab mertua i baik tau hihihii. Dia mana berani nak kata gitu kan, sebab menantu dia punya laser menjawab boleh tahan. Op kosss laa kena pertahankan kannn. Untung tau nizam, dapat bini yang gigih mengais. Tak keja pejabat pun, boleh kais duit dari rumah aper. 

Alhamdulillah, dah 7 tahun lebih tak keje makan gaji, masih lagi diberikan rezeki. Ingat, yang bagi rezeki tu Allah, bukan boss, bukan tauke... bukan Pak Jib jugak heheh. Takyah dok kalut bangga sangat la kalu anak menantu keje gomen tu. Rezeki memasing Allah dah tentukan dari mana dan bagaimana. Sesilap yang orang dok kata perabih duit lagi tu lagi berduit dari lakinya. Haaa, tak gitu.

Al-kesahnya, beberapa hari lepas. Ada la kawan yang jugak berizazah dan dah benti keje, dok rumah dan kerja dari rumah jer. Memacam keje dia buat untuk dapatkan duit. Tapi tu semua tak dipandang mertua. Sebab mertua dia asik dok rasa menantu dia tu dok perabih duit laki jer. Padahal, kalau tengok kawan saya ni, dah macam supermak dah. Apa benda la dia tak boleh buat, semua boleh. Tinggal tak boleh nak jadik pilot kapal terbang jer. Hahahaha.

Well, pada saya senang jer. Semua  kita nak kena cakap. Sebab tak semua orang paham atau ada jer buat-buat tak paham. Nakkk jugak nampakkan menantu tu tak baik. Sebab apa? Mungkin sebab dia sayang sangat kat anak lelaki dia tu. Taknak anak lelaki dia tu susah.

Susah apanya makcik ooiii, dah tu bini dia kan. Memang dah tanggungjawab dia tanggung dan bagi nafkah zahir jugak. Jangan dok ingat nafkah batin ajer tau hahhaha. Apa kata makcik bawak-bawak pegi kuliah agama ke, baca buku agama ke, takpun tengok jer kat tv. Haaa, bersepah rancangan agama skang. Ko nak ustaz atau ustazah yang mana? Yang berceramah style macam mana? Serius, kelakar, suka nyanyi, kelakar tapi tak berapa nak menjadi... haa semua ado. Semoga, time makcik dengar tu. terkeluar la topik pasal tanggungjawab suami pada isteri, dan dengan harapan lagi keluar topik jangan masuk campur urusan rumah dan tangga anak menantu. Unless, bila  benar-benar diperlukan.

Kalau bab duit ke, bab belanja ke, bab menantu tak keje ke aper, takyah la makcik dok kalut. Bawak-bawak la bertaubat, berzikir ke, sebab kubur dah kata come on bebeh... rumah lak dah kata, bila nak pegi... ehehhee.

So, jika korang la antara menantu pompuan yang ada dilema macam ni, korang pandai-pandai la handle. Takyah nak pendam sangat la perasaan menyentap tu. Alang-alang orang dah kata kita, apa kata kita buktikan jer, yang aku pun boleh ada duit sendiri la, tak harap duit laki. 

Skang ni macam-macam benda dan cara boleh datangkan duit. Ko jangan meniaga atau tanam pokok ketum sudah la hahhaha. Selagi kita dok layan apa orang cakap atau apa pandangan orang, kita akan tambah tensen dan depressed.

So, caranya cakap jer, ko ada income sendiri, apa ko buat. Nak lagi best, apa kata ko kasik emas seketul kat mak mertua ko. Senyappppp terus orang tua tu, dan... time tu jugak ko akan ditabalkan sebagai menantu kesayangan, dan terlucutlah title menantu hantu yang mungkin ko dah sandang selama berbelas tahun sejak ko dah tak keje makan gaji pakai kasut tinggi dan blazer pegi keje. 


Hahhahaa... sesungguhnya, bukan orang muda gen x dan gen y sajer yang memandang materialistik, malah mak-mak dari zaman Kassim Selamat dan Sabariah lagi dah pegang kemas title ni. So, apa adehal dengan pandangan orang? Yang penting, ko tak der masalah nak ber-online shopping asik nak membeli barang Ikea. Kikihhhh tetiba sangatttt contohnya!

Till then, kita wanita yang berizazah ni, nama jer tak keje pejabat tau, tapi otak kita tetap bergeliga dan non-stop compute dok pikir dan buat duit dari rumah. 

Sekian. DISCLAIMER SEKALI LAGI YER. Ini bukan kisah saya dan mertua saya. Mertua saya baik, dia sayang menantu hantu langsuir nan sorang ni. Hahhaha, tau takutttttt sampai 2x nak buat disclaimer hahhhaha.

Tuesday, September 12, 2017

September 12, 2017

Nurse suruh ibu baru beberapa jam bersalin czer basuh poo poo anak sendiri?

Wah tajuk, saja mintak kena viral bin kecam ke apekah ini?
Hehhheee...

Takderlah, saya ni takut sangat kalu penulisan kena kecam
Viral yang bermanfaat takper
Takmau yang mudarat dan jejaskan kredibiliti, gitew.

Alkesahnya
Minggu lepas korang ada tak terbaca orang share di fesbuk
Pasal dia baru beberapa jam lepas bersalin czer
Lepas tu, nurse dah suruh dia uruskan baby
Iaitu basuh poo poo babynya tu.
Bersalin czer yer, yang perut dibelah macam kek hepi besday to youuuu


Kalau ikut pengalaman saya
Beberapa jam lepas czer tu, dari paras perut sampailah ke kaki
Masih lagi kebas tak rasa apa pun
Malah, masih lagi baring jer, dok layan pening
Nak duduk memang tak boleh lagi la
Sebab pinggang pun tak rasa aper-aper
Dah tu nak duduk macam mana kan?

Jangankan nak duduk, minum air pun tak boleh lagi
Kalau haus sangat, nurse bagi sedut sekali jer air masak
Sebab takut kita muntah
Lepas dah minum air sikit, baru dapat minum milo
Ko jangan ngada mintak nasik tau hahha

Haaa, saper kata bersalin czer ni senang?
Tak merasa, sedap la cakap
Ehh, tapi aku suka jer bersalin czer hehehe
Sebab takut nak jaga luka episotomi hihiii
I is seram you dengar kawan-kawan citer
Padahal nak jaga czer orang kata lagi susah ehh
Luka luar dalam gituh.
Tapi, saya rasa ok jer.
Okey, saya memang pelik yer, jangan ikut ahaks!

Yang pompuan tu share, dia takder cakap spital mana
Tapi, hospital gomen la
Yelah, spital gomen kita paham
Nurse mana ada masa nak layan dan manjakan patient
Tapi, ni bukan isu manjakan atau patient mengada
Kalaulah BETUL apa yang pompuan tu tulis
Nurse tu macam agak kurang 'mesra layanan
Memang kesian sangat.

One of our family members ada jugak cerita
Dia bersalin czer kat spital gomen
Memang kena cuci poo poo anak sendiri
Dan, nak 'belajar' bangun dan berdiri pun kene sendiri
Gi toilet pun jalan sendiri sesorang, takder orang nak tolong
Ko pepandai la kalau nak jatuh tergolek ke apa

Aduii, tak dapat imagine macam mana kalau jatuh
Sebab antara kesan lepas bius separuh ni loya, pening dan nak pitam

Tapi, mungkin kebetulan jer dia kena macam tu
Rezeki dan bahagian masing-masing kan
Ada jer nurse yang ada sifat empathy akan tolong
Atau kita sendiri yang kene jadi mengada, kene request
Rasanya nurse akan tolong kalau kita cakap plisss i need your helps
Gituuuu. Apa-apa kena bercakap, jangan diam
Sebab keadaan badan kita dan kemampuan kita, kita yang rasa

Bila bersalin czer ni, sakit dia yang amat sakit tau
Bila ubat bius dah mula hilang kesan dia, haaa merasa la ko
Tapi, dalam tempoh sehari tu ubat tahan sakit sentiasa dapat la
Samada masuk tru drip, telan atau masuk ikut bontot (tak suka hahha)

Tapi, masa saya mula-mula dengar family members saya tu cerita
Nurse bagi jer dia baby untuk cuci poo poo dan tukar pampers
Saya terkejut jugak. Sebab sebelum ni memang tak tau la kan
Takleh imagine macam mana nak buat tu
Cuma untungnya dia, sebab jiran sebelah katil tolong buatkan
Orang tengah tunggu masa nak bersalin, so dia tolong

Pastu dia cakap, kena bangun sendiri nak gi toilet
Toilet boleh tahan jugak la jauh nak kena menapak
Yelah, walaupun jarak toilet dengan bed kita cuma 10 langkah
Tapi untuk orang sakit dan baru perut kena belah, itu rasa jauh okehhh

Nak bangun pun seksa, nak berdiri lagi seksa, nak jalan bertambah seksa
Macam mana kalau patient jatuh dalam toilet sesorang
Takleh imagine huhuuuuu.

Tapi, yelah... nurse pun sibuk sebab patient kan selalunya ramai
Kita pun takleh nak salahkan dorang
Mereka pun manusia, ada perasaan, ada rasa tekanan dan penat

So, pada pendapat saya.
Just bagitau jer dorang elok-elok, mintak tolong kalau tak mampu buat
Dorang pun ada etika profesional kerja dorang
Dan, as a human being dan jugak sorang wanita
Dorang mesti akan tolong
Biarlah dia nak buat muka ke, nak bebel ke... kita diam dan senyum ajer
Ucap terima kasih, siap pakej tambah doa untuk dia
Doakan depan dia sesiap, kasik dia terharu gitu hahaha

Tu nizam selalu cakap
"Selagi papa boleh, biarlah mama bersalin kat spital swasta, kena potong gaji pun takper"

Sib baik beranak 3 orang jer hahaha.
Kalau , 7 orang, masakkkk la ko hihihi

Yelah, anak dia kannnn
Lagi pun, dia tengok macam mana seksanya bini dia lepas czer tu
Biarlah orang kata sakit tu sama jer
Tapi, saper taknak layanan istimewa dan selesa dak? hehehehe
Ada jer orang cakap, bil beranak Ayra boleh buat down payment kete
Tapi, bukan mintak duit dia pun nak bayar hihihii.

Apa pun, tu rezeki dan bahagian memasing
Kalau kita tak dapat, jangan pertikaikan apa orang lain dapat
Pilihan masing-masing.

Apa pun, as a moralnya untuk kisah pompuan tadi
Saya kurang setuju di sebarkan di social media
Sebab akan banyak berlaku tokok tambah, fitnah dan boleh gaduh
Tau jer la keyboard warrior bersepah-sepah

Mungkin orang kata tak kena kat batang idong ko sedap la cakap
Tapi, kalau kena pun, nak buat macam mana
Dah baby kita, nak tak nak, sakit ke tidak, kenalah buat

Tapi, sebagai ibu, kita mesti akan jadi kuat.
Macam saya dulu bersalin Ayra
Day 2 tu, saya usaha jugak pepagi bangun nak pegi nurseri tengok dia
Walaupun bilik nurseri cuma berdepan beberapa belas langkah jer
Tapi, saya rasa jauh macam beribu batu gitu (woww over hahaha)
Yelah, dah sakit kann... tapi demi nak tengok anak
Sanggup!

*Ayra kene duduk dalam nurseri dari lahir sampailah hari ke-4 (hari discharged)
Ada problem sikit, nanti entry lain share.
Day 2, dah pandai posing tau baby i, hahhahaa
Ni masa memula saya menapak dari bilik ke nurseri nak tengok dia
Sedih gilaa rasa masa ni, meleleh-leleh airmata tengok baby dan dapat pegang dia.


Itulah pengorbanan seorang ibu
Walaupun hakikatnya garang macam mak rimau beranak sulung hahha

Nanti saya share tips macam mana nak cepat 'dapatkan'' pinggang sampai kaki selepas bersalin czer. Haaa, ada caranya tau, jangan tunggu 12 jam baru nak gerak-gerakkan kaki tu, lambat baik nanti dan bahaya sebenarnya. Dengan kata lain, jangan dilayan sakit tu, kena degil banyak supaya cepat dapat pinggang dan kaki semula, so dapatlah jugak cepat baik. Haa, gitu.

Monday, September 11, 2017

September 11, 2017

Atur semula jadual kerja di rumah

Holaaa. 

Bersiaran di waktu malam. Menaip laju-laju. Banyak benda nak share kat sini, tapi kekangan masa dan otak takleh nak compute bila nak buat kerja dalam keadaan tak tenang. Hari minggu, ada jer masa, tapi asik nak ngendeng tengok tv laa, buat itu la, buat ini laa. Sedor-sedor dah Isnin semula dah. Huk alohhh...


Soon, bila ada masa saya nak share pasal review buku, makanan, masak-masak (ewah), pasal deko-deko, pasal pengalaman pregnant, bersalin czer, penjagaan semasa bersalin czer dan semestinya jugak pasal pengalaman bisnes dan kerja dari rumah.

Bila dah ada baby, semua benda nak kena ikut jadual si kecik tu haaaa. Mood dia ok, boleh la buat keja. Kalau ada papa, kakak dan abangnya, ok la jugak. Dia dah pandai nak main, nak dilayan macam princess ajer. Kalau berdua dengan mama ajer, haaa mula laaa. 

Adeh, huru-hara makcik. Rasa macam beranak sulung pulak, takder pengalaman nak handel heehhe. Maklum la, dulu keje, ada masa beberapa jam jer sehari ngan baby kan. Masa Alish pulak, baya-baya dia gini la kalau tak silap kakak jaga masa tu, konon bizi bisnes PB masa tu huhuu.

Harini, saya dah start jenguk semula IG, buat apa yang patut macam Unfollow dan Follow untuk tambah Followers towards 10k at least before bulan 12 ni. Kene buat sesungguh la IG ni, sebab kat FB rasa takder masa nak fokus buat content menarik. Merapu content tu boleh la, memang expert hahaha.

Banyak lagi benda nak kena buat, slow-slow la ikut kemampuan. Nak memecut macam dulu, belum nampak jalan lagi. Susah jugak sebab saya ni jenis buat keje nak kena proper. Tak reti la nak cincai-cincai. Tapi, nak tak nak, kena blaja kurangkan sikap perfectionist ni. Kalau dilayankan jugak, mati makcik oiii.

Till then, nak stop dulu. Adui lakiku bawak balik ayam dah dekat pukul 10pm. Malasnya lahai nak masuk dapur lagi, ikutkan mata ni nak tidur jer terus. Bukan senang nak Ayra nak tidur lena masa macam ni. Tu last dia tidur jam 4pm tadi, tu yang lena jer tidur sejak 8.30pm tadi. Dania Alish pun sanggup off tv sebab takmau adik terjaga. Hhahaha memasing takmau jaga adik kih kihhhhh.