Fesbuk oh! Fesbuk

Sejak sebelum raya haji lagi, bila tengok Fesbuk orang-orang yang best giler buat storytelling & copywriting, rasa macam wahhhh, nak jugak jadi macam tu. Ada ratus-ratussss LikeComments & ribu-riban Share. Sama jugak dengan yang ada ribu-riban and up to juta-jutas Followers.

Jangan tak tau yer, orang bisnes di Fesbuk memang gila Like, Comments, Share & Followers tau hahahaa. 

Ye lah, harap maklum yer, Fesbuk orang buat bisnes tru Personal Wall di Fesbuk ni berbeza dengan yang berfesbuk semata-mata nak bersosial, bernetworking atau yang paling best nak jadi STALKER yang berjaya hahahaha.

Dorang-dorang yang best ber-storytelling ni, syok jer kita layan baca apa dia sharing kan. Memang boleh buang masa tanpa rasa bersalah hahhaa. Manalah dorang dapat idea best-best kan? Sampai tak jemu nak baca, pastu kalu sehari tak layan wall dia, rasa rindu gitu. Wah! mabuk kepayang sangat hehhee.

I is jeles u know dengan golongan cenggini, especially yang buat bisnes (like founder produk, stokis, agent, dropshipper), lagi-lagi kalau dorang ni pompuan dan surirumah. Oh! Mak jeles uols. 

Haaaa, melintas la kat wall orang jual omeh ke, jual baju ke, jual tudung ke, jual mekap ke. Iols susah nak terjebak. Sama jugak kalau orang share dia pegi melancong ke, pegi shopping branded items ke, pegi makan tempat best-best ke, tayang betapa manesnya hubungan korang laki bini sampai tahap manesssnya kene potong kaki ni hahha, i is tak jeles tau.

TAPI...

Kalau korang punya status atau storytelling dapat like ratus-ratussssss. i jeles tau hahhaha. Haaa, pelik ke perangai daku ni? Rasanya tak kotttt. Sebab macam saya cakap kat atas tadi tu la, Like, Comments, Share & Followes penting untuk bina trust, credibility dan authority seseorang online seller.

Hmmm, bila tengok wall sendiri, alahai sendunya hahahaa. Tau, sebab apa sendu tu. Dah penah dah pegi kelas-kelas berkaitan, baca version free, join group kat FB, beli ebook. TAPI... dah tak amalkan dan amik tindakan, memang ke lautan nan dalammmm laaaaa.

Lately ni, rasa kena buat something la. Kena berubah sikit-sikit. Tu yang dok Follow orang-orang yang dah makin hebat guna free cost marketing ni untuk bisnes. Pastu, try belek balik nota-nota yang ado. Hmmm, bab ni yang memang sendu gila ni. 

Dah ada baby, semua huru-hara rasanya. Buat masa ni, just spring cleaning status-status lama, especially pasal family. Kena filter habis ni hahhaa. Banyak benda nak kena pikir dan pertimbangkan, sebelum ni memang dah tau dan ada rasa nak buat, tapi malas pulak.

Skang ni masa banyak duduk ngadap Ayra. Slow-slow la belek status lama, then Delete atau set to Only Me apa-apa yang tak perlu dan tak berkaitan juga tak berkepentingan untuk bisnes. Saya guna fesbuk untuk bisnes, bukan untuk bersocial. Kalau untuk bersocial semata, lama dah Deactivate fesbuk, sebab rasa fesbuk dah makin memboringkan. 

Tapi, bisnes punya pasal... daku bertabahlah. Haaa, gitu... bila lama tak update blog kannn. Membebel tak sudah hahahhaa. Ni pun syukurrrr Ayra tidur (9.00am update blog), jap lagi dia dah bangun, apa pun tak boleh buat. Layan Didi & Friends sudehhhhh ;P

Till then, jumpa lagi!

Comments

Nona Qiyah said…
Betul, check semula.ehehe.... kuatkan semangat ya....caiyokkkkkk !


Jom join GA Nona
http://nonasani.blogspot.my/2017/08/giveaway-saya-nak-prime-buster-cream.html

Popular posts from this blog

De'Xandra Perfume: Top 10 Selling

Idea Deko| Dilema Rumah Sempit?

Resepi Solok Lada Original Terengganu