Tuesday, September 19, 2017

Tragis, Keyboard Warrior dan Kematian

Minggu lepas membawaklah ke hari ni, emosi kita mesti sikit sebanyakkkk terganggu dengan kes khianat bakar Tahfiz kat Keramat tu. Saya tak suka nak ulas, sebab kejadian tu memang bagi kesan kat saya jugak.

Since hari kejadian, sampailah harini, tak suka scroll timeline FB. Tapi ada jugak terbaca dan sengaja baca apa yang dirasakan menarik nak baca. 

Tapi, bila baca komen-komen, omg so scary laaaa. Kalau kaum lelaki, boleh la lagi diterima akal komen dengan caci maki, mencarut, hina menghina, sarkastik gila pun ada. Memang rasa no wonder la anak-anak remaja dan kanak-kanak yang jadik suspek kes tu jadi macam tu.

Generasi dewasa dan dah veteren pun kalau perangai macam tu, macam mana nak didik anak-anak dengan baik. Tak caya, cuba korang baca komen-komen, especially kat page-page yang ala-ala gila viral gitu.

Yang pompuan pun, sama naik jadi keyboard warrior. Ada jugak saya klik profile yang kasik komen cam over sangat. Bila tengok gambar suci murni jer, tak padan dengan apa yang dia komen.

Yelah, bukan nak kata saya ni baik apelagi suci murni hahha. Saya ni pun boleh tahan laser hehe. Tapi, untuk tinggalkan jejak komen dan kata-kata kesat di social media, memang takkkk la. Selalu jugak sembang ngan nizam. "Sib baik papa bukan jenis suka komen sana sini, kalau tak, malu ayu tau" Hehehee.

Untuk orang yang buat bisnes online especially, suka saya nak share friendly reminder. Jangan la kita ikut perasaan sesuka hati sesedap rasa nak share, provoke dan komen hal-hal yang negatif. Tu semua impact dia besar pada kredibiliti kita pada personal branding and credibility.

Elok-elok orang suka follow kita, nak jadi customer kita, terus nyampah bila tengok kita macam tu. Dalam social media ni, especially facebook, orang akan judge kita melalui wall dan komen kita di wall orang lain.

Tak kiralah kat dunia nyata kita baik caner pun, tapi kat social media kita asik meroyan, share benda negatif, itulah yang orang akan letak cop mohor kat dahi kita. Contoh kalau kita marah kat si A, so kita sakan dok sindir dia kat wall kita tak kiralah melalui ayat kita tulis sendiri ke, gambar dengan ada tulisan ke, atau kita share artikel berkaitan, orang tak tau siapa yang kita tujukan kata-kata atau status tu, TAPI orang tau siapa kita.

Haa... kan sesia jer kita dah bagi impak negatif kat diri kita. Dah la tu, orang lain pun boleh rasa sama aura negatif tu. Saya memang akan Unfollow, Unfriend atau Block ajer orang yang kerap buat perangai gini. 

Bukan nak kata saya baik, tapi saya taknak saya ni pulak dok judge orang tu. Dan yang paling penting saya nak berada dalam circle yang positif. Saya nak tumpang aura positif, bukan aura negatif.

So, dalam kes kebakaran tahfiz ni, kita serahkanlah pada Allah dan pihak berkuasa. Sesungguhnya memang melampau apa yang budak-budak tu buat. Tapi, bila fikirkan balik, takkan bergerak satu zarah pun melainkan dengan izin Allah. Dan, kita pun takyah la nak lebih sudu dari kuah, nak salahkan mak ayah, pihak tahfiz, jiran tetangga ke, cikgu ke, pihak berwajib ke. Jaga dulu anak-anak kita, sebelum kita melampau-lampau sangat nak jaga urusan orang lain.

Pendidikan segalanya bermula dari rumah. Saya tak berani nak kata anak orang, sebab saya pun ada anak jugak. Takut sangat, apa yang kita cakap tu, jadi ujian pulak kat kita. Masa tu, barulah kita tau langit ni tinggi ke rendah.

Semoga roh-roh anak-anak yang telah pergi sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Takder kata nak ucap untuk keluarga mereka. Kerana nak tabah tu bukan senang bila orang yang kita sayang pergi. Tapi, cukuplah sebagai penawar yang mereka pergi dalam keadaan menuntut ilmu, apelagi dalam perjuangan nak jadi Al-hafiz. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Tidak didunia, tapi pastinya di akhirat kelak.

Mereka telah pergi. Kita pulak tatau macam mana pengakhiran kita nanti... jika hari ini kita tengok jenazah orang lain diusung, bayangkan pulak, esok lusa... atau sebentar lagi giliran kita pula... 

No comments: