Tuesday, October 31, 2017

October 31, 2017

5 Terapi Wanita Bekerja di Rumah

Bila 24/7 seorang pompuan dok merappp jer kat rumah, lama-lama boleh jadi tepu otak. Sesilap, boleh jadik depressed okey. Ni kes dia jenis kaki merayap la sebelum ni hahaha. Mau tak mati kutu kalau terperap kat umah macam sang katak di bawah tempurung.

Sebab tu la, kalau laki ajak pegi Speedmart 99 beli susu dan pampers anak pun dia merenyam suka sebab dapat ikut haaha. Padahal, kekadang tu tak turun pun dari keta. Duduk jer dalam kete riba baby, sebabnya kalau turun dia boleh migrain sakit kepala sebab panas (ni kalau kes keluar waktu siang hari la, kan sekarang ni musim panas lain macam).

Haaa... tu dia. Kesian kat seorang surirumah itu. Pegi Speedmart 99 yang jaraknya dalam 2km pun dia dah hepi. Tu belum lagi laki ajak gi IOI Mall Putrajaya hihihi. Sedeh la ko Ayu... ehh, tertaip nama sendiri pulak, kantoiiii suka ikut lagi gi kedai hahhaa. Ini antara terapi tau! Senang tak nak gembirakan saya? 

So, selain pegi Speedmart 99 hihi, ni antara terapi surirumah yang boleh digunapakai. Sebab saya tau, ramai di kalangan pembaca blog ni adalah kaum wanita. Maklumler, geng kaki deko ramai kannn. So, sesuai la share kat sini. 

5 Terapi Wanita Bekerja di Rumah:

1. Keluar jalan-jalan 
Macam saya cakap yang kat atas tu la contohnya. So takyah ulas lah. 




2. Rumah yang bersih dan teratur
Haaa, kalau rumah bersepah, boleh jadi amukan niyang rapik yer. Sebab serabut otak dok pikir macam-macam benda nak kena buat, sekali tengok rumah yaaa ampunnnn. So, sentiasalah konsisten kemas rumah. Sekali-sekala bersepah tu, adat laaa sebab kita ada anak-anak kan. Tapi, biarlah kena pada masanya.




3. Jadual harian yang teratur
Walaupun tak semestinya kita mampu ikut jadual tu, takper. At least kita ada satu guideline untuk kita ikut. Kalau dapat ikut 60% ke, dah ok dah tu. So, bila aktiviti kita on track, kita akan rasa lebih tenang dan hepi.



4. Mempunyai hobi 
Tak kiralah apa pun hobi kita, contohnya tanam pokok bunga ke, berkebun ke, baking ke, mengait ke, buat quilt ke, masak dan makan ke hehhee, baca buku ke, terpulang. Jika kita dapat luangkan masa dalam 15 minit sehari pun dah memadai. Mesti rasa lega dan ringan kepala bila kita dah ada masa untuk hobi kita.




5. Me Time dan Reward untuk diri sendiri
Me Time, tak semua orang boleh dapat, especially yang ada baby. Macam saya ni haaa. Tak payah berangan nak Me Time yer. Me Time dalam 'toilet' pun takleh hahahha. Tapi, cubalah jugak selitkan masa baby nap atau dia dok ralit main ngan papa dan abang kakaknya. Macam sekarang ada Nek Jah dan Ayah su, dapat la rehat berangan kejap dalam 15 minit hehe. 

Reward untuk diri sendiri pulak, takyah la sampai membebankan. Kannn sampai 3 bulan sekali nak ajak gi bercuti pengsannn hahaha. Tapi tu depends la pada kemampuan masing-masing. Kalau kita pompuan ni, dapat beli Lip Matte sebatang dah hepi dah hahahha. 



So, tu jer nak share pepetang ni. Semoga kita kaum pompuan yang bekerja di rumah sentiasa bermotivasi dan bersemangat untuk berjuang. Tak mudah yer nak galas tanggungjawab sebagai domestic manager dan bekerja dari rumah ni.


Till then, apa pulak terapi anda selain daripada yang saya list-kan 5 di atas? Ikutkan banyak lagi, tapi tu jer sempat share, sebab baby Ayra si Ratu Bono punya pitching dah makin naik bila tengok mama dia berbahagia ngadap laptop kat Console SOHO ni.



Semua gambar lama jer hehee. Layannnnn!
October 31, 2017

FAQ Tasneem Naturel


1. Siapa yang boleh guna balm TN?
 Balm TN boleh dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur iaitu dari bayi newborn hingga orang dewasa.


2. Newborn boleh guna ke?
 Boleh puan. Minyak pati yang terkandung dalam balm sudah di dilute dengan carrier oil iaitu almond oil. InsyaAllah selamat untuk newborn. Banyak juga feedback ibu dalam pantang kami terima.



3. Newborn boleh guna balm TN. Bagaimana pula dengan bayi pramatang? 

 Kami tidak menyarankan kepada bayi pra-matang. (Kelahiran di bawah 37 minggu), kerana hati (organ) si kecil belum matang sepenuhnya lagi. Jadi, kita khuatir ada kesan yang tidak diketahui yang mungkin membahayakan.


4. Newborn saya jaundice. Boleh guna balm TN?
  Kami sarankan puan ikhtiar dengan Tummy Time. Tummy time membantu anak supaya kerap membuang air besar, supaya birubulin dapat di-nyah-kan. Kami telah dapat feedback kuning cepat turun dengan Tummy Time.
Namun begitu, kami tidak sarankan Sleep Time jika anak jaundice, untuk elakkan anak asyik tidur, supaya ibu dapat kerap menyusukan bayi.


5. Balm ini panas tak?
  Balm ini tidak panas.

6. Berat balm berapa? Tahan brp lama?
 Balm sahaja 18g. Termasuk bekas 80g. Sebekas balm boleh tahan sehingga 2 bulan dengan penggunaan kerap.


7. Balm ada expired date?
 1 tahun selepas buka, 2 tahun jika belum dibuka

8. Sijil KKM ada tak?
 Keempat-empat balm TN telah mendapat pengesahan dari KKM.
 Sleep: NOT 170403429 K
 Calm: NOT 170401988 K
 Coughflu: NOT 170402785 K
 Tummy: NOT 170402673 K


9. Ibu mengandung boleh guna?
  Boleh. Ramuan balm TN TIADA bahan yang bahaya utk ibu mengandung termasuklah bayi yang dikandung.


10. Sleep Time tu kalau ikut pada cara penggunaan ada sapu di tapak kaki. Kalau sapu sebelah tapak kaki apa jadi? 
 Tapak kaki ada saraf yang direct terus pada organ tertentu. Jadi, kurang berkesan kalau sapu sebelah sahaja.


11. Sejauh mana keberkesanan setiap balm pada bayi?

 Balm TN mengandungi minyak pati. Ia adalah produk semulajadi. Ianya bergantung kepada keserasian individu.


12. Cara penjagaan balm sama ke macam minyak angin lain?

  Cara simpan pada suhu bilik biasa. AWAS! Bekas balm adalah kaca. Jika dibaling boleh pecah.

13. Sejauh mana berapa lama ketahanan calm dan sleep tu berfungsi pada bayi.

 Balm ini BUKAN ubat tidur. Ia tiada dadah yang menyebabkan bahaya. Ianya mengandungi minyak pati yang berfungsi untuk healing, rilekskan saraf & stabilkan hormon. Kesannya, bayi akan mudah tidur dan tenang. Tidur tidak terganggu dan bangun pun ceria.


14. Kenapa lepas saya guna Coughflu anak jadi kerap  muntah? Selesema pun asyik meleleh je?

  Jangan risau. Itu adalah kesan selepas guna Coughflu balm. Dalam balm ini ada minyak pati kayu putih yang membantu mencairkan kahak. Jadi, anak akan muntah kahak untuk keluarkan kahak tersebut. Selsema pun akan meleleh untuk pengeluaran mukus tersebut. Nanti baru hidung anak tidak tersumbat dan batuk makin kurang.


15. Kenapa sleep balm tak boleh sapu banyak?
 Dalam Sleep Balm ada minyak pati kayu cedar. Ianya seimbangkan hormon tidur dan hormon sedar. Biasanya anak yang susah tidur ini, kedua hormon itu tidak seimbang. Jadi, sleep balm hanya perlu sapu nipis sahaja untuk mengelakkan hormon sedar tu terlebih 





16. Balm ini boleh guna serentak ke?
 Boleh guna serentak. Bagi balm yang tempat sapunya sama, boleh sapu salah satu sahaja.

17. Anak g6pd boleh guna?
 Boleh. Ia tidak mendatangkan bahaya.

18. Anak ekzema boleh guna?
 Untuk anak yang ada ekzema atau kulit jenis sensitif, sebaiknya kena patch test dahulu di pelipat tangan sebelum guna. Ianya bergantung pd individu juga. Dalam balm ada almond oil di mana ada sesetengah yang sensitif dengannya.
Ada juga anak ekzema yang ok bila guna balm ini. Jadi, perlu kenalpasti anak sensitif dengan apa.


19. Bayi saya naik ruam selepas sapu Coughflu. Sapu balm lain tiada masalah. Anak 3 tahun sapu Coughflu tiada naik ruam pula. Kenapa ya? 

 Bayi puan kemungkinan alergi dengan eucalyptus yg ada dalam Coughflu Time. Ada sesetengah kulit bayi tidak serasi dengannya. Kami dalam perancangan buat test dermatology untuk mengatasinya.


20. Anak saya ada alergi. Apa yang perlu saya lakukan untuk pastikan balm ini sesuai dengan anak saya?

 Cuba test sapu di pelipat terlebih dahulu. Jika nampak naik ruam, sapu balm ditapak kaki sahaja. Jika tidak, boleh sapu seperti yang disarankan.


Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya di Whatsapp: 019 - 989 8341
October 31, 2017

Dekorasi SOHO di Ruang Tamu

Lama tak share pasal deko kat SOHO kan?
Maklumlah, sejak SOHO hanya mampu kududuki hanya sejam dua jer sehari.
Atau, kekadang tu seminggu tak dok langsung pun huhuhu.

Sebelum tu, kita trobek dulu sekeping gambar masa SOHO saya masih kat atas.
Nostalgia yang syahdu sangat. Saya rindu nak bertapa buat keje kat sini.
Paling rindu sebab bilik ni ada ekon hahaha.

Skang, meja keja tu masih kat sini lagi. Cuma saya jer la tak buat kerja kat sini dah.
Buat kerja kat Console SOHO jer skang.



Ni gambar Console SOHO saya beberapa bulan lepas
Masa ni, baru-baru bawak turun laptop dan buku-buku berkaitan bisnes kat bawah
Rasa tak semangat langsung nak buat kerja huhuhu.


 Sendu sangat kan?



Boleh la dari takder huhuhu.




Then, saya beli la shelf putih dari IKEA seketul
Plan asal nak letak shelf tu kat dinding atas tv 
Tapi, takut rasa messy pulak mata mandang bila tengok tv
So, saya decide untuk letak kat area ni ajer.



Gigih nizam drill pasang
Akhirnya sengetttt kejadiannya wawawa
Mula-mula tu, nak biarkan ajer senget sikit tu
Tapi, ehhh rasa susah hati pulak. Tak suka tau

Area belah kanan hujung tu senget ke atas sikit.


Terpaksa la nizam betulkan semula
Dia just adjust screw dalam dinding tu jer
Still tak bebetul elok, tapi takder la nampak sangat
Baru tenang jiwa i tau hahhaa.
Tu nizam kata 'cerewettt sangattt"
Of course la, i nak semua perfect pada mata i okey!


Haaa... kan elok tu, barulah semangat nak deko-deko.




Buat permulaa ni, saya just letak 3 bijik pasu putih berisi dengan pokok tipu-tipu ajooo.
Masa ni tunggu order dari PS. 
Saya beli 2 frame tulisan dari Kaison.


Haaa... begini keadaan mereka bertiga ini
Meriah sangat ijau-ijau ni. 
Now layan pokok tipu-tipu sudahhhh. Hehhee.





Kemahen meriah jurai-jurai dia tu kan. 
Semak pulak mata mandang banyak sangat.

Nanti saya share gambar dah tukar deko atas shelf ni
Bila frame dah sampai ke pangkuan. 

So, ada la rupa sikit Console SOHO ni bila dah ada shelf dan jugak pepokok tipuan menghijau.
Haa, punyalah berbulan-bulan baru nak share yer
Biasa la, yang diperam tu la yang lagi menarik nak share hehe.
*alasan*

Monday, October 30, 2017

October 30, 2017

Bermula Bisnes dari Bawah

Bila scroll jer fesbuk, kita boleh tengok betapa banyaknya peluang nak buat duit dengan:
  • Produk dah sediada
  • Modal minimum dan 0 modal (tapi hidden cost still ada yer)
  • Coaching dan mentoring system disediakan
  • Pilihan niche produk yang pelbagai dan ada demand
  • Boleh pilih medium marketing atau channel yang kita nak guna
  • Business Plan yang telah disediakan oleh syarikat atau founder




Tepuk dada, tanya diri sendiri. Nak bermula dari level mana atau bagaimana. Atau, nak tengok saja orang lain dah mula buat, dan kita nak jadi penonton saja. Terpulang!



Jangan risau, takut atau malu nak bermula bisnes dari bawah. Contohnya sebagai Dropship atau agent. It's okay! Sebab bermula dari bawah contohnya sebagai Dropship tu ada banyak kelebihan yang kita boleh dapat. Antaranya ialah:

  • Dropship sesuai untuk newbie dalam bisnes
  • Dropship sangat sesuai untuk individu yang ada komitment lain seperti bekerja makan gaji. 
  • Anda sibuk dengan urusan sebagai surirumah.
  • Anda masih lagi pelajar IPT/IPTA
  • Anda adalah graduan yang sedang berusaha gigih mencari peluang pekerjaan.
  • Anda ada bisnes lain, dan nak tambah lagi sumber pendapatan
  • Anda boleh belajar dari bawah, bagaimana nak mula bisnes
  • Anda boleh belajar selok belok dan asas bisnes
  • Anda nak tambah pendapatan tanpa pegang produk, keluarkan modal yang banyak
  • Anda bizi tak dapat uruskan stok, cuma ada masa untuk buat promosi dan uruskan order.
  • Anda tiada transport untuk  keluar buat COD atau pengeposan.

Pokoknya, ANDA NAK BERMULA dan nak berbisnes. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan. Ramai di kalangan stokis, dan founder sekalipun, mereka ramai yang mula bisnes dari bawah dengan menjual produk orang lain. Contohnya sebagai Dropship la.

Dah ada pengalaman, dah makin expert, ilmu dah bertambah, networking dah besar dan dah ada 'database' pelanggan, mereka mula ke langkah yang seterusnya untuk kembangkan diri dalam bisnes.

Bila dah jadi Dropship, takkan la selamanya kita nak dok level Dropship kan? Mesti ada matlamat nak upgrade jadik Agent dan Stokis. Kita pulak bina team untuk bantu orang lain untuk sama-sama dengan kita jana income. 

Dalam bisnes yang konsep berjemaah ni, takder istilah aku boleh kaya sorang-sorang. Kita nak kaya? Kita kena bantu orang bawah kita atau dengan kata lebih manis bisnes partner kita untuk kaya dulu. Dorang dapat, kita pun dapat. Sebab tu la, kita kena ada matlamat untuk bantu orang lain dengan bisnes dan produk yang kita jual.

Niat dan matlamat mesti betul. InsyaAllah, anda pun boleh dapat income lumayan dengan bermula dari bawah sekalipun. Jangan tamak atau jangan gelojoh nak kaya cepat. Bermula dari bawah pun, kalau kita konsisten, InsyaAllah. Boleh!




Saya doakan semoga korang yang baca blog dan entry ni, sedang mendaki tangga kejayaan. Jatuh bangun dalam bisnes adalah perkara biasa.

Kita hebat bila kita segera bangkit dari kejatuhan dan terus melangkah dengan ilmu dan pengalaman yang lebih bernilai.

Images source: Google 

Sunday, October 29, 2017

October 29, 2017

4 TRICKS to Make Perfume Last All Days







 Ni yang biasa kita buat kannn?
Baik ngaku hehehee.
Lepas ni, jangan buat lagi tauuuu :P



Nak cuba The New Dexandra atau Dexandra?
Boleh hubungi saya:
Ayu Rashid | 019 - 989 8341


Saturday, October 28, 2017

October 28, 2017

Dekorasi Simple Bila Ada Anak Ramai

Haaaa... 3 orang dah rasa ramai untuk saya yang sendu bab urusan rumah dan tangga ni.

Tapi disebabkan kecintaan pada dekorasi dan tak bleh brain nak idop dalam keadaan bersepah, kenalah gigih jugak mengemas. Walaupun kemas situ, sini sepah. So dekorasi kenalah simple. Selamat. Mudah nak urus.

Ni gambar 3 bulan lepas kot. Lepas balik raya haji. Dapat la deko dengan money plant jurai-jurai. Campur yang kawan kasik dan ambik umah mak mertua.

Tapi skang... hampir semua mati wawaaaa. Ada la sikit sempat semai sikit. Tak tau dapat bercambah ke tak. Nek Jah yang tanam minggu lepas.





 Dalam 2 kotak bawah skali: mainan Alish

Lain bekas putih tu ada buku dan jugak mainan Ayra.

Senang nak capai ambik dan simpan semula. Semua longgok setempat. Ni dah tak macam rupa ruang tamu dah sebenarnya. Lantak ler, janji fleksibel. Ada baby semua nak kene mudahkan keje. Asalkan kemas ok la tu. Takleh nak layan cerewet sangat 😂



 Pokok lidah jin baru ambik kat umah Nek Jah raya haji hari tu. Ngeeeee. Cantik kan corak daun dia.


Kipas tu wajib ada kat area tv ni. Panas ohhhh. Ekon rosak tak selesai lagi repair. Haritu orang repair ekon datang dah nak maghrib sangat. Tak sempat setel. Ni ikutkan kalau byk sangat rosaknya, beli baru jer lah. Haaa, itu pun kalau daun pokok bunga boleh tukar jadik duit la 😅.

Okey. Tu jer deko ruang tamu 3 bulan lepas. Now ada la alih-alih sikit. Pokok idop pun selalu tukar-tukar. Maklum ler banyak pokok idop kat laman tu. Ewahhh. Cam riak pulak. Padahal asik mati jer hahaha.