Wednesday, October 25, 2017

2017 ialah Bisnes Pocong Saya!

Korang mesti penah dengar kan, istilah bisnes pocong? 

Haaa... penah tengok pocong? Wowww... so scary meh. Hahahaa. Takmau la jumpe pocong, tapi nak jugak imagine caner pocong tu lompat-lompat. Bak kat Alish: Antu Bungkus Ikat Tepi (filem). 

Well, Tahun 2017 ni kesuraman mula melanda bisnes Dexandra. Sale tetap ada, alhamdulillah. Cuma tak selebat 2 tahun sebelumnya. Apa pun, syukur alhamdulillah, dengan kehadiran #NewDexandra semoga dapat bukak lembaran baru buat kami. Dan, saya masih fokus dengan bisnes Dexandra sebab perfumes adalah passion saya. Hehhee, nampak, do what you love, love what you do. 



Then, kalau korang yang follow saya, mesti perasan sejak Ayra lahir saya mula try jual produk lain. Sebab saya perlukan back-up untuk kesinambungan income saya dalam bisnes dari rumah yang saya buat ni haaa (selain blogging laaa).

Antara produk yang saya try jual 2017 ni ialah:
  • Ronella Essential Oil 
  • Vitamin C Series Annona (VCSA)
  • Balm Tasneem Naturel
3 produk jer pun hahhaa. Tapi, saya dah stop jual Ronella Essential Oil dan Vitamin C Series Annona. VCSA saya  baru jer bagitau stokis malam tadi, dan pagi tadi dah left group.

Masa tinggalkan bisnes Ronella, saya tak rasa ralat, tapi VCSA saya rasa sedih. Sebabnya ialah stokis dia Dr. Farah baik giler dan sangat membantu. Saya sangat selesa dengan Dr. Farah. Semoga Dr. Farah dan kawan-kawan GlowC Team terus sukses. See u at the top bak kata Dr. Farah.


Skang, saya nk mula fokus buat bisnes Tasneem Naturel Balm. Ni baby baru yang saya suka sangat. Sebab bila produk berkaitan baby, budak-budak saya suka. Sebab sebagai seorang ibu yang tetiga anaknya ada masalah tidur dan clingy, saya rasa produk ni alhamdulillah berkesan dengan izin Allah. Gitu jugak dengan anak yang kena selsema dan nak jaga perut taknak kasik kembung atau sembelit.

Tasneem Naturel Balm ni, macam produk yang sesuai dan bermanfaat untuk ibu bapa macam kita ni haaaa. Ronella pun ada produk balm macam ni, tapi saya tak pernah try, sebab masa saya quit the bisnes tu, produk Balm Ronella Baby Series ni baru nak launch. So, saya tak pernah try. Tapi, Tasneem Naturel Balm ni saya dah try and its works for my baby, kids and me too! hahaha aku pun nak fefeling baby tua ok!



Kenapa 2017 saya kata bisnes pocong?

Haaa.... itulah dia. 3 produk dok try dalam masa 8 bulan! Iaitu bila Ayra lahir bulan 2 tu, saya dah mula tak tentu arah hahahhaa. Dengan bizi sebagai seorang ibu dah berumur tapi beranak lagi, dengan bizi dengan 2 anak yang makin membesar dan banyak akal, dengan bizi sebagai isteri yang suami manjang keja outstation, dan kesihatan saya yang tak berapa baik due to terlalu letih yang menyebabkan saya rasa sangat stress.

SO, due to saya taknak tambah lagi stress, sebab saya tak mampu jual lebih dari 2 produk dalam 1 masa, saya terpaksa stop yang mana tak bebetul saya mampu blaja tentang produk, tak mampu follow their coaching style, saya tak mampu nak hadam dan buat apa yang perlu saya buat, dan paling penting saya tak mampu menjiwai produk.



Macam produk VCS Annona contohnya. I really love their products which are cleanser, mosturizer & serum, tapi saya bukan pompuan yang gigih dan kental jaga muka dan penampilan diri. Hahaha, cuci muka pun asal boleh ajer. Serum yang 2x sehari pun manjang skip pakai, apelagi mosturizer lagi ler saya malas nak tepek. 

Seriusly, saya memang malas jaga muka. Apa-apa skincare produk saya memang suka try. Pantang tengok orang jual, mesti nak beli. TAPI... pakainya tak pernah habis. Selalunya tak sempat abes, saya dah beli brand lain. Pastu yang sediada expired. Dan, the ugly truth is, saya malas nak jaga muka.

No wonder lah jeragat makin bertepek kat muka hahahha. Pastu tengok muka sendiri rasa trauma hahahhaa. Bak kata nizam, "dah-dah la tu Ma, tua dah" sobbb soobb kurang hasam punya laki. Sentapmak tau!

That's why saya rasa macam mana aku nak jual, kalau aku tak jiwai? Sebab suka sharing apa saya pakai dan guna. Memang la stokis dan hq bagi macam-macam info, ilmu, gambar, testimoni... complete. Tapi, saya tak boleh buat sebab saya takder rasa jiwa kat situ.

Berbeza dengan Dexandra. Ni takyah cakap la. Sebab saya memang gilaaaa perfumes. Apa jadik pun selagi company Dexandra ni wujud, InsyaAllah saya jual produk ni. Cuma takder impian jer nak fight nak jadik stokis hahaha. I nak bisnes santai-santai jer hee. Impian tak tinggi uols :P

Balm Tasneem Naturel ni, baru bermula 1 Oktober 2017 lepas. Tak sampai sebulan. Tapi saya suka. InsyaAllah, saya akan mula panas enjin. Ewah! Padahal asik kene ketuk jer ngan Mak Kinah hahahha. But i like her style. Inspiring dan memahami just like Dr. Farah.


Semoga, dapat la bertahan dengan dedua bisnes ni. Penat wehhh jadik pocong. Dah la dah gemuk, nak kena lompat sana-sini hahahaha. Lagi pun, lompat bisnes ni, tak bagus untuk branding. Tapi, apa nak pikir pasal tu semua kan? Kita jer tau kemampuan kita tahap mana. Tak perlu paksa diri untuk jaga airmuka atau standard. Tak payah nak standard mana la kalu fulus makin nipis hahha. Bak kata orang putih: No money no honey. Gitew.

Saya kagum la kat online seller yang mampu jual macam-macam produk serentak. Kekadang tengok, wall tu dah macam katalog online dah hehehe. Caner la korang allocate masa blajo pasal produk tu ek. Ke main juallll jer hahaha. Well, tapi memang salute laa style gitu. Saya ngaku, saya tak boleh macam tu. Nak fokus 2 pun dah huru-hara hihihi. Kang ada aku terjun dari katil kalau jual 4.5 produk (terjun katil jer la hahahha).


After all, bila kenangkan nak buat bisnes mula dari 0 semula ni, Ya Allah, letihnya rasa. Dengan nak uruskan baby lagi. Letih sangat. Tu yang rasa kena start makan supplements semula la. Sebelum ni dah takut nak makan, sebab ramai dok share kata supplements ni tak perlu pun dan bahaya. Tapi, Shaklee jer pun saya berani makan. Produk lain, tak berani pulak.

Pagi tadi, dah telan sebijik B-Complex Shaklee. Nak redakan stress. Kalau boleh rasa nak pegi jauh-jauh bawak diri sehari. Duduk hotel 5* sesorang (amboi, taste tak kalah tu hehehe). Makan-tidur-berangan-makan-tidur-berangan. Rehat like a dugong gitu. Tapi mampu berangan jer laaa. Hakikatnya? Berhuuhuuuu sajelah kat umah.

Dah rasa macam confession of a desperate housewife dah hahahhaa. Im so tired laaaa. I need a rest huhuuhhu. Tak siapa memahami sobbb... sobbbb... Plis, i need a shoulder to cry on :(

No comments: