Friday, October 27, 2017

5 Teknik Marketing yang dikatakan "Tipu Sunat"

Ni bukan nak kata saya ostajah pilihan ke apa, tetiba di hari Jumaat citer bab berkaitan agama kannnn. Tapi, saya just nak share dari sudut pandangan saya sebagai hamba Allah yang dhoifffff ilmu agama, apalagi amalan, yang dalam masa yang sama saya juga adalah online seller dan kaki online shopping hahaha.

Saya nak share ni berdasarkan apa yang saya pernah baca orang yang lebih arif sharing dan jugak pemerhatian saya sendiri. 

Nowadays, banyak teknik marketing (atau lebih tepat jika disebut what so-called marketing techniques, sebab benda ni takder dalam buku Principles of Marketing pun), tapi kita ikut jer la apa yang dilabelkan sebegitu iaitu Teknik Marketing.

Gambar sekadar hiasan

Tipu sunat?

Haaa, dalam Islam takder yer istilah tipu sunat. Tapi kita ni haaa yang memandai-mandai buat terms macam tu. Padahal, memang dah tau pun, niat tak halalkan cara. 

Nak tau 5 contoh teknik marketing yang dikatakan tipu sunat sebab nak tarik perhatian orang, nak buat orang curious apa yang menariknya servis/produk yang dijual, dan nak tarik followers yang boleh menyumbang kepada terjadiknya urusan jual-beli.

1. Copywriting
Contoh:
"Buku ini sudah terjual sebanyak 100 naskah! Kini cuma tinggal 5 naskah saja lagi. Lepas ni dah takder yer stok buku ni."

PADAHAL... (sambung la sendiri yer malas nak taip hahhaa)


2. Testimoni
Testimoni palsu atau testimoni dibuat-buat. Ni takyah ulas la, kang ramai yang panas. Hehehe.


3. Menggunakan duta produk, padahal duta tak guna pun produk tu
Ini banyakkkkkk berlaku, hanya mereka ajer yang tau disebaliknya. Yang kita ni, bila tengok duta produk cun melecun terus terpengaruh nak beli (termasuk la si tukang taip ni haaa, tak kater orang lain hahhaha). Tapi, ni saya bagi contoh, dan takder nak tunding jari kat memana founder atau produk pun. Cuma, saper makan cili, dia terasa la pedasnya dan dengan pesanan hakak #MohonInsaf


4. Upah orang untuk komen dan puji-puji produk/servis 
Haaa... ni antara trend terbaru yang tengah 'in'. Contoh dia macam ni. Saya sebagai seller, pegi upah beberapa orang untuk klik like, komen dan share tentang post produk yang saya jual. Dengan kata lain, komen tu menipu jer sebenarnya sebab mereka diupah untuk komen yang baik-baik dan puji produk. Ni contoh mudah la saya kasik.


5. Storitelling Copywriting melampau-lampau 
Ni memang banyak sangat, especially untuk produk-produk wanita. Yang pasal ketat sana sini, naikkan gunung la...  nanti abang carik lain laa... hahaha, memang tak menahan bila baca. Come on la wahai wanita, takyah la desperate sangat pasal ni sampai mudah nau tertipu dengan storytelling melampau tu. Benda tu mungkin kisah benar, mungkin tidak. Tu tak dinafikan la. Tapi kalau sampai tahap boleh buatkan orang baca tu depressed, dah kenapa hehee.


JADI, kalau kita ni berbisnes, berpada-padalah dalam nak buat marketing macam mana. Sentiasa ingat. Apa kita buat, ada yang dok tulis kiri-kanan ni haaaa. Yang kat ATAS tu, sentiasa dok memerhati. Rezeki, biarlah berkat. Sebab kita nak asbab bisnes kita buat ni, bukan ajer untuk duit, tapi untuk manfaat pada diri dan orang lain especially pengguna. Dan, biarlah kita jadik seller atau usahawan kaya dan berjaya dunia akhirat.

Jangan sebab menipu sunat yang kita rasa tu teknik marketing jer punnnnn, buatkan kita tersekat di skala 2 untuk mendapat redho dariNya.

Saya mohon maaf yer andai ada yang terasa dan saya terlampau kata. Maklumlah, saya ni tak reti ayat manis berkias. Straight to the point sudah, kasik mudah paham. Sesungguhnya mana yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruks tu datangnya dari saya. 

Dengan nama Allah, saya berharap agar post ni memberi manfaat buat kita semua dalam perjuangan bisnes dan mendapat redha Allah dalam meraih rezeki dariNya. Amin.

P/S: Tetiba feeling macam ustazah Nurhafizah Musa :)

No comments: