Tuesday, October 31, 2017

5 Terapi Wanita Bekerja di Rumah

Bila 24/7 seorang pompuan dok merappp jer kat rumah, lama-lama boleh jadi tepu otak. Sesilap, boleh jadik depressed okey. Ni kes dia jenis kaki merayap la sebelum ni hahaha. Mau tak mati kutu kalau terperap kat umah macam sang katak di bawah tempurung.

Sebab tu la, kalau laki ajak pegi Speedmart 99 beli susu dan pampers anak pun dia merenyam suka sebab dapat ikut haaha. Padahal, kekadang tu tak turun pun dari keta. Duduk jer dalam kete riba baby, sebabnya kalau turun dia boleh migrain sakit kepala sebab panas (ni kalau kes keluar waktu siang hari la, kan sekarang ni musim panas lain macam).

Haaa... tu dia. Kesian kat seorang surirumah itu. Pegi Speedmart 99 yang jaraknya dalam 2km pun dia dah hepi. Tu belum lagi laki ajak gi IOI Mall Putrajaya hihihi. Sedeh la ko Ayu... ehh, tertaip nama sendiri pulak, kantoiiii suka ikut lagi gi kedai hahhaa. Ini antara terapi tau! Senang tak nak gembirakan saya? 

So, selain pegi Speedmart 99 hihi, ni antara terapi surirumah yang boleh digunapakai. Sebab saya tau, ramai di kalangan pembaca blog ni adalah kaum wanita. Maklumler, geng kaki deko ramai kannn. So, sesuai la share kat sini. 

5 Terapi Wanita Bekerja di Rumah:

1. Keluar jalan-jalan 
Macam saya cakap yang kat atas tu la contohnya. So takyah ulas lah. 




2. Rumah yang bersih dan teratur
Haaa, kalau rumah bersepah, boleh jadi amukan niyang rapik yer. Sebab serabut otak dok pikir macam-macam benda nak kena buat, sekali tengok rumah yaaa ampunnnn. So, sentiasalah konsisten kemas rumah. Sekali-sekala bersepah tu, adat laaa sebab kita ada anak-anak kan. Tapi, biarlah kena pada masanya.




3. Jadual harian yang teratur
Walaupun tak semestinya kita mampu ikut jadual tu, takper. At least kita ada satu guideline untuk kita ikut. Kalau dapat ikut 60% ke, dah ok dah tu. So, bila aktiviti kita on track, kita akan rasa lebih tenang dan hepi.



4. Mempunyai hobi 
Tak kiralah apa pun hobi kita, contohnya tanam pokok bunga ke, berkebun ke, baking ke, mengait ke, buat quilt ke, masak dan makan ke hehhee, baca buku ke, terpulang. Jika kita dapat luangkan masa dalam 15 minit sehari pun dah memadai. Mesti rasa lega dan ringan kepala bila kita dah ada masa untuk hobi kita.




5. Me Time dan Reward untuk diri sendiri
Me Time, tak semua orang boleh dapat, especially yang ada baby. Macam saya ni haaa. Tak payah berangan nak Me Time yer. Me Time dalam 'toilet' pun takleh hahahha. Tapi, cubalah jugak selitkan masa baby nap atau dia dok ralit main ngan papa dan abang kakaknya. Macam sekarang ada Nek Jah dan Ayah su, dapat la rehat berangan kejap dalam 15 minit hehe. 

Reward untuk diri sendiri pulak, takyah la sampai membebankan. Kannn sampai 3 bulan sekali nak ajak gi bercuti pengsannn hahaha. Tapi tu depends la pada kemampuan masing-masing. Kalau kita pompuan ni, dapat beli Lip Matte sebatang dah hepi dah hahahha. 



So, tu jer nak share pepetang ni. Semoga kita kaum pompuan yang bekerja di rumah sentiasa bermotivasi dan bersemangat untuk berjuang. Tak mudah yer nak galas tanggungjawab sebagai domestic manager dan bekerja dari rumah ni.


Till then, apa pulak terapi anda selain daripada yang saya list-kan 5 di atas? Ikutkan banyak lagi, tapi tu jer sempat share, sebab baby Ayra si Ratu Bono punya pitching dah makin naik bila tengok mama dia berbahagia ngadap laptop kat Console SOHO ni.



Semua gambar lama jer hehee. Layannnnn!

1 comment:

Cik Puan Ena said...

me time tu waktu malam je kot.hehehe..time ank tidur.. terapi urut badan. online.