Monday, October 16, 2017

Balik Kampung & Ara

Bersiaran langsung dari kampung, kat Besut. Cuti sekolah seminggu. Berkebetulan nizam keje kat Tanah Merah, Kelantan. Ngikut la sekali ke sini. 

Nak update blog ni pun guna hp ajer. Tak berkesempatan nak on laptop huhuuuu. 

 Kami tinggalkan Ara kat umah. Tak tau la apa nasibnya. Sarat benar dah tu. Rasanya balik Sabtu ni dah beranak 😄

Meriah lagi la depan rumah tu huhuuu. Nak buat macam mana kan. Dh buang, tapi dia datang semula.

Tak sampai hati nak buang lagi. Sebab rasanya bela kucing ni memang murah rezeki. Tak putus rasanya rezeki Allah bagi.

Apa pun, meja kusi ni nizam letak dalam rumah. Hahahah weols takut kena rembat oiiii 😂. Cukup ler pokok bunga sepasu pun kena rembat.

Apa nak buat yer kat kampung ni. Nizam keje tak balik sini. Melangut jer lah kat umah membina badan. Boring jugak sebenarnya.

Nak buat urusan bisnes pun ayra taknak dengan orang lain. Tengok Nek Jah pun dah merengek-rengek takut. Aduiii anak sapelah ni takut orang.

KBye. Update waktu petang sambil bergolek atas tilam.

No comments: