Monday, October 30, 2017

Bermula Bisnes dari Bawah

Bila scroll jer fesbuk, kita boleh tengok betapa banyaknya peluang nak buat duit dengan:
  • Produk dah sediada
  • Modal minimum dan 0 modal (tapi hidden cost still ada yer)
  • Coaching dan mentoring system disediakan
  • Pilihan niche produk yang pelbagai dan ada demand
  • Boleh pilih medium marketing atau channel yang kita nak guna
  • Business Plan yang telah disediakan oleh syarikat atau founder




Tepuk dada, tanya diri sendiri. Nak bermula dari level mana atau bagaimana. Atau, nak tengok saja orang lain dah mula buat, dan kita nak jadi penonton saja. Terpulang!



Jangan risau, takut atau malu nak bermula bisnes dari bawah. Contohnya sebagai Dropship atau agent. It's okay! Sebab bermula dari bawah contohnya sebagai Dropship tu ada banyak kelebihan yang kita boleh dapat. Antaranya ialah:

  • Dropship sesuai untuk newbie dalam bisnes
  • Dropship sangat sesuai untuk individu yang ada komitment lain seperti bekerja makan gaji. 
  • Anda sibuk dengan urusan sebagai surirumah.
  • Anda masih lagi pelajar IPT/IPTA
  • Anda adalah graduan yang sedang berusaha gigih mencari peluang pekerjaan.
  • Anda ada bisnes lain, dan nak tambah lagi sumber pendapatan
  • Anda boleh belajar dari bawah, bagaimana nak mula bisnes
  • Anda boleh belajar selok belok dan asas bisnes
  • Anda nak tambah pendapatan tanpa pegang produk, keluarkan modal yang banyak
  • Anda bizi tak dapat uruskan stok, cuma ada masa untuk buat promosi dan uruskan order.
  • Anda tiada transport untuk  keluar buat COD atau pengeposan.

Pokoknya, ANDA NAK BERMULA dan nak berbisnes. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan. Ramai di kalangan stokis, dan founder sekalipun, mereka ramai yang mula bisnes dari bawah dengan menjual produk orang lain. Contohnya sebagai Dropship la.

Dah ada pengalaman, dah makin expert, ilmu dah bertambah, networking dah besar dan dah ada 'database' pelanggan, mereka mula ke langkah yang seterusnya untuk kembangkan diri dalam bisnes.

Bila dah jadi Dropship, takkan la selamanya kita nak dok level Dropship kan? Mesti ada matlamat nak upgrade jadik Agent dan Stokis. Kita pulak bina team untuk bantu orang lain untuk sama-sama dengan kita jana income. 

Dalam bisnes yang konsep berjemaah ni, takder istilah aku boleh kaya sorang-sorang. Kita nak kaya? Kita kena bantu orang bawah kita atau dengan kata lebih manis bisnes partner kita untuk kaya dulu. Dorang dapat, kita pun dapat. Sebab tu la, kita kena ada matlamat untuk bantu orang lain dengan bisnes dan produk yang kita jual.

Niat dan matlamat mesti betul. InsyaAllah, anda pun boleh dapat income lumayan dengan bermula dari bawah sekalipun. Jangan tamak atau jangan gelojoh nak kaya cepat. Bermula dari bawah pun, kalau kita konsisten, InsyaAllah. Boleh!




Saya doakan semoga korang yang baca blog dan entry ni, sedang mendaki tangga kejayaan. Jatuh bangun dalam bisnes adalah perkara biasa.

Kita hebat bila kita segera bangkit dari kejatuhan dan terus melangkah dengan ilmu dan pengalaman yang lebih bernilai.

Images source: Google 

No comments: