Tuesday, October 24, 2017

Bestnya surirumah ada income sendiri, kan?

Haaa... soalan yang kita dah tau jawapan, tapi gedik nak tanya jugak hehehe. 

Saperlah taknak ada income sendiri. Dan sebolehnya sebagai surirumah, kita bukan setakat nak income ajer, tapi SOLID INCOME. Ada beza tuh, antara income & SOLID INCOME. Nak tau, carilah jawapan sendiri, tak sempat nak explain. Usaha sikit yer, baru ada feel hehehe.

Sepanjang tahun lepas, my husband sambung blaja. Walaupun blaja sambil kerja, tapi tempoh blaja tu jejaskan dia punya income. Bukan sikit, tapi banyak. So, sebagai bini misali-lahhh sangat, memang saya kena survived sendiri dan dalam masa yang sama kena tolong dia jugak.

Yelah, selama ni saya tak amik tau pun pasal installment kereta, sewa rumah, bil-bil, belanja rumah, persekolahan anak-anak, duit makan kat luar hehe, minyak kete, tol, belanja balik kampung or merayap-sana sini. Semua atas dia. Saya tak ambik port pun, malah sejak zaman baru kawen semua dia uruskan. 



Duit dia, duit saya jugak. Duit saya duit saya. 
HAHAHA, kitorang memang macam ni. Sebab saya jenis apa nak beli, saya beli sendiri jer. Tapi, kalau keluar ngan dia, mestilah dia yang bayar kan? Tu tanggungjawab suami katernya hehe. Sib baik laki jenis tak berkira, cuma time sesak jer la bini kena pepaham sendiri. Dah laki keje makan gaji jer kan, pepaham jer la.




Sebab saya dulu kerja dan lepas benti keja saya still ada income sendiri. Walaupun income ada masanya sendu dihatiku rindu dijiwamu, tapi alhamdullillah tak pernah putus. So, kira lepas laa saya nak bayar komitment saya, bagi mak dan shopping sesikit. 


Then, bila dia blaja tu, income dia terjejas. So, kitorang takder terasa sangat kesannya sebab saya boleh jadik kakak yang tolong payungkan dia. Walaupun semua komitment dan expenses dia still bayar macam biasa hahha, tapi bila dia terdesak dia boleh pinjam duit saya.

Haa, jangan tatau... saya siap tulis tau details berapa dia pinjam, tarikh dan rekod tu akan sentiasa di update pada dia. Pastu bila dia kena remind tu, dan-dan katernya tunggu papa dapat bonus. Huwaaa... melangut la tunggu hujung tahun hahaha. 

Ni bukan nak citer pasal laki takder duit ke, laki minjam duit bini ke, aku bini misali tunggak pada keluarga bahagia ke aper. Tapi cuma saya nak bagi contoh dan highlight kat sini, betapa pentingnya surirumah ada income sendiri.



Tak kesah la berapa income kita dan camner kita nak jana income tu dari rumah, tapi sebolehnya kena ada. Kita kalau boleh taknak sampai suami kita berhutang dengan orang lain, atau lagi takut kalau berhutang dengan ahlong. 

Biarlah kita yang jadik #JanganKataHakakTakPayung daripada suami kita merisikokan diri dengan meminjam dengan orang lain. Tapi saya tau, nizam ada jugak minjam ngan kawan-kawan dia. Alah, orang lelaki, memang biasa gitu la kan. Pinjam seratus-duaratus, tunggu nak dapat gaji. Pastu, bayar la. Tu saya rasa normal bagi orang lelaki, tapi tidak bagi pompuan kot hahhaa. 


So, menjawab soalan kat tajuk ni haaa.
Bestnya surirumah ada income sendiri,kan?

Jawapannya ialah YA dan MESTI ADA INCOME SENDIRI!

Kalu duit suami, agak-agak senang tak nak beli dedaun tiruan rega cecah puluhan - ratusan ringgit?
Haa, tu la pentingnya ada income sendiri hehehe.
Bukan nak riak, tapi memang ya, kita pun taknak susahkan suami semata-mata nak penuhi kegilaan hobi kita kan?

Ko tak meroyan ke dah biasa ada duit sendiri, tetiba tak keje takder income langsung? Dah la 24/7 terperap kat umah, takder income, takder apa nak buat selain uruskan family. Oh i kennot okeh. Takpelah income mula puluh-ratus ringgit pun sebulan, janji adooo. Pastu, kita cubalah tambah lagi sikit demi sikit lama-lama jadik gunung.

No comments: