Friday, October 13, 2017

Bisnes dan Kebergantungan kepada Allah

Assalamualaikum.
Hari Jumaat, mood kena islamik sikit hehehe.

Harini saya nak share sikit tentang bisnes dan kebergantungan kepada Allah.

Dulu, masa kerja makan gaji, kehidupan saya boleh dikatakan selesa. Rasanya Allah dah bagi cukup kemudahan kat saya. Rumah dekat sepelaung jer dengan tempat kerja. Environment kerja yang selesa dan seronok (cuma sekali-sekala jer la tak seronok, but as overall, ia cukup sempurna untuk saya), kawan-kawan yang sekepala, pangkat dan gaji yang ok dan jugak kehidupan sebagai seorang isteri yang dah cukup sempurna.

So, bila keadaan macam tu, dan mungkin jugak sebab masa tu saya sangat cetek ilmu agama (eh bukan nak kata sekarang dah alim ke apa haha), tapi memang rasa sangat berbeza keadaan saya dulu dan sekarang.

Dulu, bila kerja makan gaji dan dengan keadaan yang sebegitu selesa, saya jarang bersyukur dengan menikmati seadanya apa rezeki yang Allah bagi. Yelah, dah sah-sah tetiap bulan dah tau gaji akan masuk. Ape nak risau. Bukan masalah saya pun nak pikir, majikan nak cekau duit dari mana nak bayar gaji staf. Janji, sekian-sekian haribulan, duit dah selamat mendarat dalam akaun Maybank.

Pastu, klik-klik... tak sempat 5 minit, beratus-ratus bayar hutang dan komitment lain. Tapi, still ok lagi la sebab komitment masa tu bukan banyak mana pun, dan nizam memang tak usik duit gaji saya. Dan dia tak ambik port pun, apa saya nak buat dengan duit gaji saya tu. 

Macam tu la kehidupan, selama 6 tahun lebih kerja kat Unisel tu. Memang takder masalah duit la senang cakap. Kalau nak bermewah beli barang branded tu memang tak boleh la hehe. Alah, apa ada hal, saya bukan kaki shopping barang branded pun. Takder la sampai nak kena guna istilah biar papa asal bergaya. Pakai tudung bawal pun rega RM10 hahaha. Sampai kawan cakap, tudung ko keras la kak ayu, sebab tudung murah. 

Hahhaa, pedih memang pedih, tapi tudung jer kot. Takder maknanya aku nak beli tudung bawal selai rega RM50 ke ratusan ringgit. Dah bawal tu tetap bawal kan. Heeee, takkan aku nak taip sini, "dah gojes tu tetap gojes kan wp tudung rega RM10". Itu dah mengundang cercaan dan muntah ijo korang secara berjemaah bila baca hahaha.

Then, bila saya dah benti keja, buat macam-macam bisnes, banyak perkara yang saya pelajari, samada melalui pengalaman sendiri, kawan-kawan, pembacaan di socmed, buku dan pelbagai sumber lain, banyak ubah persepsi dan pandangan saya tentang hakikat rezeki.

Jika dulu, saya selalu fikir. Rezeki tu bila keja makan gaji, ada gaji tetiap bulan majikan bayar. Atau, bila bisnes, kena ada syarikat yang gah, produk yang bagus, mentor yang hebat dan proven kejayaan dia dan customer yang akan datangkan rezeki pada kita. Haa, betapa jahilnya saya tau.

Bila dah tau dan belajar hakikat rezeki tu macam mana, barulah saya serahkan segalanya pada DIA. Memang tak nafikan la, ada masa risau jugak. Macam mana aku nak bisnes dengan anak kecik. Ni memang buatkan saya stress sangat. Pastu, bila tengok muka anak-anak, especially Ayra, cepat-cepat istiqfar dan muhasabah balik. Betapa anak pun rezeki. Semua yang ada adalah rezeki. Hargai apa yang ada depan mata dan dah kita miliki. Bersyukur!

Dengan keadaan kebizian sebagai surirumah, blogger, bisnes sendiri, uruskan dropship untuk 2 produk, memang fuhhhh! kadang rasa loser sebab tak dapat buat apa yang saya plan nak buat. Kekadang rasa nak stop semua jer. Nak jadik full time housewife. Tapi, ehhh tak bolehhh. Taknak takder income sendiri. Taknak bergantung pada suami, dan taknak susahkan dia. Wp ini adalah tanggungjawab dia, tapi selagi boleh carik income sendiri, saya akan buat.

Sebab tu lah, saya slowly sentiasa ingatkan diri. Apa-apa pun serahkan dulu pada DIA untuk aturkan segalanya. The last part baru saya berusaha buat. Haaa, tak kesahlah apa akan jadi, tapi saya yakin, jika dah tertulis itu adalah rezeki saya, DIA pasti akan kasik, at the right time & right place.

Doakan semoga Allah Ya Baari aturkan yang terbaik untuk saya, keluarga dan bisnes. Doakan semoga saya dapat kembangkan networking bisnes Dexandra dan Tasneem Naturel. 

Till then, selamat bercuti sekolah. Ada masa InsyaAllah saya bersiaran dari Keratong dan Besut. Hipp hipp hooreyyy, cuti! 

1 comment:

Lin Azlina said...

ada niat nk berhenti kerja jaga anak jer...tp mcm takot xcukup jer duit bulan2...lgpun komitmen tinggi lg...