Wednesday, October 18, 2017

Bukan untuk Dipertandingkan

Aduii... zaman socmed ni kan, kalau boleh segala benda nak dipertandingkan.

Antara yang hot yang kita biasa baca ialah:

  • Beranak normal vs beranak czer
  • Breastfeed vs formula milk
  • Hantaran kawen: tinggi vs rendah
  • Keja swasta vs keje gomen
  • Surirumah vs bekerja

Haaa begitu. Tu antara yang kerap saya terbaca la. Aduii tak menahan tu status dan komen-komen. Lagi viral sesatu status tu, lagi meriah komen.

Apelah yang seronoknya mempertandingkan semua tu kan? 

Saya ambik contoh 1 jer la. Yang memang sentiasa dekat dengan kita kaum pompuan ni. Bersalin normal vs bersalin czer. 

Siap ada yang kata. 

"Untung ler ko, bersalin normal. Sakit kejap ajer. Lepas baby dah kuar dah tak rasa apa-apa dah"

Then, ada pulak yang kata.

"Untung la ko, bersalin czer. Takyah push, tak rasa sakit pun sebab bius. Ko baring jer. Tunggu doktor kuarkan baby dari perut. Okeyyy, dah siap!"

Hahahaa.. banyak la tak sakit tu. Dedua kaedah kelahiran pun, dedua ada bahagian memasing kannnn? Manada bersalin normal tak sakit. Dan manada bersalin czer tak sakit.

After all, kita nak baby & diri kita selamat dan sihat. Tu jer. 

Sebab tu la, bila baca jer status merapu ala-ala cenggini, silalah scroll laju-laju hahahaha. Jangan buang masa baca. Banyak lagi bacaan berfaedah yang boleh kita baca. 

Sebab tu la ramai yang ada masalah depression sebab terlalu taksub dengan apa yang dibandingkan, terutamanya di socmed. 

Ehh... jangan tatau.
Kalau ko beranak kat spital swasta pun boleh kene kecam tau. Bayaran spital boleh buat bayar down payment kete katernya hahaha. 

Kang kalau beli kete lagi sebijik, apelah aku nak makan hahah. Sebab si nizam tu dok berangan nak Honda ape ntah. Saya pun lupa, sebab saya tak minat pasal kete. Janji boleh naik, boleh sampai destinasi dengan selamat... dah syukur Alhamdulillah.

Tapi kalau dah alang-alang nak kete Honda, amik la Odisi terus (haaa eja pun tak reti, tapi impian kemahenn besor hahaha). Well, berangan tak perlu bayor. So let's berangan uols 😅

Sayang sangat dengan si Biru tu. Kenangan masa buat bisnes Premium Beautiful dulu dan masa tu Alish kecik lagi. 

Ehh tetiba tukar topik. Okeylah. Sekian dulu. Selamat makan muruku yer uols 😎

"Minum susu dalam botol pun nak kene kecam ke? Kecam la kalu berani"
  
Ayra kata, mama dia tukang taip jer hehehe ~

No comments: