Tuesday, October 10, 2017

Dekorasi Beranda: Berkemas Dulu

Ya ampun, sejak pregnant sampailah Ayra umur 8 bulan ni haaa, saya tak ambik tau pun apa jadik kat beranda tu haaa. Memang lantok ko ler disitu. Jangankan nak belai beranda belai pokok, belai laki pun dah tak sempat. Ehhh, tetiba sangat hahahhaa. 


Tak sempat satu hal, malas tu yang melampau-lampau. Tak kwase la pepanas tu nak berkemas kat beranda. Kalau pagi or lewat petang memang la sejuk, tapi takder maknanya time macam gitu ada kesempatan nak wat keje kat luar. Ayra ni memang budaknya jenis melekat! Haa, pepaham jer la kalu budak jenis melekat tu macam mana susahnya mak dia nak melepaskan diri dari pandangan dia tanpa dia buat concert free. Time dia tidur, dah sibuk nak buat keja lain atau tumpang mem-Bono sama hehee. 

So, urusan beranda memang lepas kat nizam dan dania jer la. Hmmm, kalau takat dorang jaga tu, apelah sangat. Memang sakit la mata ni mandang. Rasa segan giler kat jejiran tetangga ni haaa. Rumah orang kemas dan bersih jer, umah weols, ya ampunnn. Sadis kelihatannya. Ingat umah Ayu Rashid bersih sangat ke, takder maknanya uols sejak ada baby ni. Sobb sobbbb.


So, Sabtu petang lepas suh nizam kemaskan sampai siap. Semangat la dia berkemas sebab dah dapat beli komik Alam Wira ke aper ntah yang dia dok kemaruk nak kumpul semula koleksi yang mak dia dah bakor. hahhaha, Padan muker.

So, ni jer gambar saya sempat snap sebelum dia berkemas tu. Ni dah version kali kedua kemas yer. Sebelum ni lagi teruk. Ini pun sebahagian lambakan barang dah buang dan mana elok simpan dalam stor bawah tangga. Baru la nampak elok sikit.






Malas nak tulis captions. Gambar pun sepesen ajer. Lantok ler disitu sebab taip lelaju time Ayra nap ni haaa. Adui mencabar betul nak update blog sekarang tau. Sib baik template baru, semangat i  nak update blog tau hahaha. 


Ni dah siap-siap kemas. Pastu siap buang tong sampah sebijik. Al-kesahnya penutup tong sampah hilang diterbangkan ribut 3 minggu lepas. Umah kitorang ni kuat buat sampah, kena ada 2 tong sampah kat luar pagar. Sib baik ada sebijik tong itam buat isi air standby kot takder air. Nizam ambik yang tu, buat tong sampah. Yang takder tudung tu, buat isi sampah dan terus buang. Haa, kitorang kalu berkemas, camni la, semua nak buang kalu buleh


Lepas tu, gigih la dia membasuh lantai beranda tu sesorang. Haa, semangkuk sabun basuh baju dia ambik guna. Dulu rajin jugak saya membasuh beranda ni. Seminggu sekali uols masa baru pindah. Lepas tu, makin lama makin malas haahha. Tak kwase aku, tak larat ahhh nak jaga semua area. Nizam & Dania jer la tukang basuh especially bila ada kucing kencing atau beraks.


Lepas dah siap kemas, basuh semua tu... baru sejuk mata mandang. Yang rajinnya sebab nak deko sikit kat beranda ni. Dah sebulan lebih beli kusi meja outdoor Ikea ni, tapi tak terpasang-pasang jugak. Maklumlah, weols asik balik kampung ajer. So minggu ni tak balik, jadik marilah kita memasang meja kusi itu. 



Sambung next entry la yer. Heh! Macam tak biasa style saya. 1 benda kita kena up sampai 3 entries har harr harrrrr. 

2 comments:

Cik Ash said...

tak sabar nak tengok hasilnya

adianiez AIDA said...

oh. td da baca entri hasil...