Thursday, October 12, 2017

Dekorasi Beranda: Pokok Bunga Menghiasi Laman ewahhh






Ni deko pokok-pokok sehingga hari ini, saat ini hehee
Tak sabar nak seprais-kan nizam hehee
Dekat asik nak bertekak, jauh baru nak rindu
Rindu lah sangat... padahal suka kalau dia ada takyah masak
Pastu, ada la masa ngelat sikit jaga Ayra hehehe

So, lets cuci mata!

Tak lawa pulak tengok pasu pokok tepi meja tu
Nak letak dalam Matilda basket atau seagrass basket tak berani oii
Kang hilang menanges bucu pasu la haku.

Boleh laa buat sementara, sebab akan sentiasa tukar-tukar pokok dan kedudukan
Maklumlah, pokok kita banyak #RiakLagi :P





Awas! Tercocok mata nanti



Meja ni memang dah jadi port Ara tidur dan lepak termenung pun
Pasu tu saya dah alihkan ke tepi sikit
Kasik ruang untuk Ara baring
Kesian tengok Ara, dah sarat sangat tu mengandung
Tunggu masa jer tu nak beranak, Alish teka  ekor anaknya
Abes laaa deko berandaku yang baru nak dilawakan ni huhu

Nak buang tak sampai hati, sebab dah buang dia balik semula
So, bela je lah.



Ya Allah, selamatkan bekas hitam Ikea ku itu
Risau jugak sebenarnya tu huhuhuu.
Rasa nak beli lagi la 2 bijik hehhee.


 
 Nizam cakap, nanti buat wyring letak kipas kat luar









Ada yang komen di Fb, kata beranda ni luas. A'ah memang agak luas la.
Boleh muat 2 buah kete. 
Tapi, kalau ni rumah saya sendiri, saya extend jadikan ruang tamu hehe

Nanti saya tunjuk view beranda ni dan kegigihan si Alish menyapu hehe