Thursday, October 12, 2017

Dekorasi Beranda: TARNO Table Chairs from Ikea

Kita sambung entry deko beranda nak sendu dan syahdu kami. 
Saya beli Tarno Table  2 Chairs dari Ikea
Seperti biasa, tru personal shopper, Fyda

Ni info tentang Tarno Table tu, kot korang nak cuci mata

TÄRNÖ
Table+2 chairs, outdoor, black acacia, grey-brown stained steel

RM190
Article Number : 
498.984.16
The chair and the table take little room to store as they fold flat.

Jenuh jugak la layan website Ikea nak pilih yang mana satu berkenan dikalbu dan jugak bajet nan ciput. Pastu, dah pilih beberapa items yang rasa berkenan, screenshot gambar kasik kat nizam. Sebab masa tu dia tengah outstation. Dia pesan, jangan beli yang cantik sangat atau mahal sangat, takut kena curik. Haaa, kannnn. 

Risau jugak sebenarnya. Lagikan pokok bunga dalam pasu & penyapu sampah yang besi tu boleh hilang, apa lagi kusi meja yang ringan dan boleh lipat cenggini haaa. Orang cakap fikir yang baik-baik... doa yang baik-baik. InsyaAllah selamat. 

Saya cakap kat Nizam, kalau nak balik kampung atau bercuti (ewah, macamlah selalu bercuti hahhaha), kita lipat letak dalam rumah. Haa, dah jadik satu keje pulak hahahha. Nizam kata ok, beli jer. Yelah, dah bukan guna duit dia kannnn. Cuba kalau guna duit dia, konfem tak dapat huhuuuu.


Kos keseluruhan kusi meja ni (termasuk upah PS & pos) ialah RM255 atau RM250 tak ingat. Tapi gitu la reganya. So, uols boleh la beli. Saya dah share contact personal shopper Fyda ni kat previous post. Haa, free promosi gitew :)

So, membebel sakan kan. Maklumlah Ayra tidur lena tu haaa. Bahagia rasanya. Hari ni takyah masak, sebab petang semalam dah masak banyak gulai ayam versi Terengganu. Jap lagi panaskan ajer, dan tanak nasik. Setel. Harapnya nizam balik la hari ni dari Tanah Merah. Eh, tetiba pulak.


Okey, macam gini jer haaa. Takder la gempak pun. Korang jangan suruh saya cat dinding tu pulak. Apelagi kilatkan mozek lantai tu haaa. Ni rumah sewa ajer tau. Kalau rumah sendiri, memang lama dah saya cat putih, mozek tu upah orang kilatkan dan kalau ada bajet saya extend beranda ni jadikan BILIK. Haaa, buat bilik terus ngko. Atau bila extend, depan ni jadi ruang tamu pastu yang ruang tamu sekarang  dapur tu jadi bilik. Dapur kecik sudah. Buat apa nak bebesor, takat masak sekali sekala tu hahhaha.

Dah.. jom layan gambar. Konfem korang skip baca saya membebel ni kan? Saya SS nampaknya menaip pepanjang hehheee.

Gini jer kusinya. 
Nizam cakap, macam ni abah pun boleh buat.

Amboi, semua abah yer. Dia tu, nak pasang ni pun terkial-kial.
Takder skill macam abah langsung. 

Saya pesan kat nizam, duduk elok-eok yer, papa tu dah gemuk. Kang patah
Hahha, bini mulut takder insurance memang gini
Dia sendiri makin menggajah tak sedor diri :P



Saya suka kayu ni, nampak ala-ala kat resort gitu
Nak fefeling resort, kita letak pokok sikit


Jomlah, kita deko-kan ruang ni dengan pokok-pokok sediada yang sedang merimbun di luar pagar saya. Ewahh, yang rimbun ada tau, yang mati usah dikenang haahaha.

Cuba letak dulu macam ni



Nampak macam messy pulak atas meja tu.
Pasu putih kecik tu bekas nizam letak habuk rokok
Lakiku smoking yer, kalau tau dia smoking, tobat aku taknak kat dia
Huh! Terlambat sudah hahaha


 Haa, semakin sendu dah pokok 'kelapa sawit' ni.
Tak lama nampak gayanya ni hehehhe.
Sebelum dia kalah dalam perjuangan, kita deko-kan dia
Apa pun, saya cuba selamatkan, nanti nak letak ajinomoto, menjadi ngkooo.



Ni kalau dinding bercat putih, mesti nampak menyerlah.
Tapi, rumah orang, tak kwase semua nak cat.
Ntah-ntah bebila masa jer tuan umah nak jual atau nak ambik semula umah dia
Tapi saya suka jer, dapat pindah dari sini hahaha



Saja, nak show off banyak kali pokok bunga kita hehee
#Riaknya :P



Macam tak semenggah jer pasu bunga yang kat sudut tu kan?
Nanti saya share gambar yang saya dah tukar sikit



Inilah view keseluruhan area ni.
Geramnya nak cat putih. Tapi, jangannn ni rumah sewa
Cukuplah aku beria cat kat dalam. 
Ni buruk pun, buat-buat tak nampak sudah.
Nanti rumah sendiri, kita deko kasik cun meletopss kebabommm



Next entry gambar yang saya dah ubah pokok bunga
Haa, tu pun nak tunjuk uols hahahhaa.
Kata blogger tegar kan? Tegarlah sangat, padahal huru hara nak siapkan 1 entry.
Ni Ayra lena lagi, boleh cuba up 1 lagi entry. 
#SisCubaOkey!

1 comment:

adianiez AIDA said...

aida ada perasan set ni time ke ikea sabtu lepas. mcm berkenan :-)