Saturday, October 28, 2017

Dekorasi Simple Bila Ada Anak Ramai

Haaaa... 3 orang dah rasa ramai untuk saya yang sendu bab urusan rumah dan tangga ni.

Tapi disebabkan kecintaan pada dekorasi dan tak bleh brain nak idop dalam keadaan bersepah, kenalah gigih jugak mengemas. Walaupun kemas situ, sini sepah. So dekorasi kenalah simple. Selamat. Mudah nak urus.

Ni gambar 3 bulan lepas kot. Lepas balik raya haji. Dapat la deko dengan money plant jurai-jurai. Campur yang kawan kasik dan ambik umah mak mertua.

Tapi skang... hampir semua mati wawaaaa. Ada la sikit sempat semai sikit. Tak tau dapat bercambah ke tak. Nek Jah yang tanam minggu lepas.





 Dalam 2 kotak bawah skali: mainan Alish

Lain bekas putih tu ada buku dan jugak mainan Ayra.

Senang nak capai ambik dan simpan semula. Semua longgok setempat. Ni dah tak macam rupa ruang tamu dah sebenarnya. Lantak ler, janji fleksibel. Ada baby semua nak kene mudahkan keje. Asalkan kemas ok la tu. Takleh nak layan cerewet sangat 😂



 Pokok lidah jin baru ambik kat umah Nek Jah raya haji hari tu. Ngeeeee. Cantik kan corak daun dia.


Kipas tu wajib ada kat area tv ni. Panas ohhhh. Ekon rosak tak selesai lagi repair. Haritu orang repair ekon datang dah nak maghrib sangat. Tak sempat setel. Ni ikutkan kalau byk sangat rosaknya, beli baru jer lah. Haaa, itu pun kalau daun pokok bunga boleh tukar jadik duit la 😅.

Okey. Tu jer deko ruang tamu 3 bulan lepas. Now ada la alih-alih sikit. Pokok idop pun selalu tukar-tukar. Maklum ler banyak pokok idop kat laman tu. Ewahhh. Cam riak pulak. Padahal asik mati jer hahaha.

No comments: