Tuesday, October 31, 2017

Dekorasi SOHO di Ruang Tamu

Lama tak share pasal deko kat SOHO kan?
Maklumlah, sejak SOHO hanya mampu kududuki hanya sejam dua jer sehari.
Atau, kekadang tu seminggu tak dok langsung pun huhuhu.

Sebelum tu, kita trobek dulu sekeping gambar masa SOHO saya masih kat atas.
Nostalgia yang syahdu sangat. Saya rindu nak bertapa buat keje kat sini.
Paling rindu sebab bilik ni ada ekon hahaha.

Skang, meja keja tu masih kat sini lagi. Cuma saya jer la tak buat kerja kat sini dah.
Buat kerja kat Console SOHO jer skang.



Ni gambar Console SOHO saya beberapa bulan lepas
Masa ni, baru-baru bawak turun laptop dan buku-buku berkaitan bisnes kat bawah
Rasa tak semangat langsung nak buat kerja huhuhu.

 Sendu sangat kan?



Boleh la dari takder huhuhu.




Then, saya beli la shelf putih dari IKEA seketul
Plan asal nak letak shelf tu kat dinding atas tv 
Tapi, takut rasa messy pulak mata mandang bila tengok tv
So, saya decide untuk letak kat area ni ajer.



Gigih nizam drill pasang
Akhirnya sengetttt kejadiannya wawawa
Mula-mula tu, nak biarkan ajer senget sikit tu
Tapi, ehhh rasa susah hati pulak. Tak suka tau

Area belah kanan hujung tu senget ke atas sikit.


Terpaksa la nizam betulkan semula
Dia just adjust screw dalam dinding tu jer
Still tak bebetul elok, tapi takder la nampak sangat
Baru tenang jiwa i tau hahhaa.
Tu nizam kata 'cerewettt sangattt"
Of course la, i nak semua perfect pada mata i okey!


Haaa... kan elok tu, barulah semangat nak deko-deko.




Buat permulaa ni, saya just letak 3 bijik pasu putih berisi dengan pokok tipu-tipu ajooo.
Masa ni tunggu order dari PS. 
Saya beli 2 frame tulisan dari Kaison.


Haaa... begini keadaan mereka bertiga ini
Meriah sangat ijau-ijau ni. 
Now layan pokok tipu-tipu sudahhhh. Hehhee.





Kemahen meriah jurai-jurai dia tu kan. 
Semak pulak mata mandang banyak sangat.

Nanti saya share gambar dah tukar deko atas shelf ni
Bila frame dah sampai ke pangkuan. 

So, ada la rupa sikit Console SOHO ni bila dah ada shelf dan jugak pepokok tipuan menghijau.
Haa, punyalah berbulan-bulan baru nak share yer
Biasa la, yang diperam tu la yang lagi menarik nak share hehe.
*alasan*

No comments: