Wednesday, October 11, 2017

Fabric Mist Penyelesaian Masalah Bau Kurang Menyenangkan

Percaya atau tak, bau boleh mempengaruhi mood seseorang, samada bau wangi atau sebaliknya. Ya dak? Alah, contoh paling mudah nak kasik, cuba korang masuk dalam LRT time petang balik keja. Haaa, amik ko... memacam bau ado. Heheehe, atas nasib memasing la yer dapat duduk atau berdiri sebelah orang yang baunya macam mana. 

Sama jugak kalau kita kat rumah, dalam kenderaan sendiri, pegi stay kat hotel atau homestay dan jugak kat memana sajalah tempat yang kita boleh hidu bau yang kurang menyenangkan. 

Contohnya laaa, kalau kat rumah kita kan, bila masak tu... hambek ko bau. Semerbak. Memang la bau tumisan bawang tu bawak aura bini rajin masak, ewah... tapi bila ko dah siap masukkan rempah kari ke contohnya, haaaa... terus selambak anak-anak bersin hahaha. Sedap sangat tu masakan mak dia tu hihi.

So, bau tu boleh melekat kat langsir, sofa, kain-kain dan kat rakyat jelata dalam rumah tu jugak. Kita yang dah dok dalam rumah ni tak terasa sangat bau, cuba orang dari luar masuk. Huihh, itu lagi la menangkap dia punya bau.Kalau rumah 2 tingkat, sampai ke tingkat atas boleh 'naik' dia punya bau tu. Haaa, mau tak berbau kari satu rumah.

BAYANGKAN... masa tu jugak tetiba ada tetamu nak datang, atau dah bagi salam kat depan rumah. Ayooooo... tak best la kan, bau macam tu. Memang la tu tandanya kita rajin masak, ewah. Tapi, ketrampilan rumah harus dijaga gitu. Dan, sebagai tanda kita meraikan tetamu, supaya dia/mereka rasa selesa bertandang kat rumah kita. Juga, ia untuk elakkan fitnah. Yelah, manusia kan, hati lain-lain. So, cubalah kita berikan yang terbaik.

SO, macam mana cara pantas zassssss saja sesaat SEMUA BAU tu boleh lenyap dengan sekelip mata? Malah bau tak menyenangkan tu berganti dengan bau WANGI SEMERBAK!

Ini dia nak share dengan korang. Taraaaaa....


Fabric Mist - Scent of Life




Fabric Mist ni ada 2 pilihan bau iatu:

Flora
Haruman bunga-bungaan romantis yang menggoda



Escape
Nikmati kesegaran bau epal hijau. 
Saper suka bau ala-ala baju baru cuci kat laundry, silakan beli bau Escape ni


Korang boleh baca kat dalam gambar ni, macam mana Fabric Mist ni boleh kita gunakan dengan penuh rasa bahagia dengan wangian Flora dan Escape ni.





Kita baca, apa kata customers mengenai pengalaman mereka guna Fabric Mist

Ini memang betul-betul pencinta Fabric Mist ni




 Selamat menyembur katernya!
Korang bila lagi nak menyembur?
Saya dah! Memang puas hati dan memang terbaekk la Fabric Mist ni.



Nanti next entry saya share macam mana saya gunakan Fabric Mist ni

Haaa... kalau sesaper yang selalu baca blog ni dan follow saya di Fesbuk, tentu korang tau saya ni penggila deko dan suka bau-bau wangi.

Jadi, sejak adanya Fabric Mist ni, daku bahagiaaaaa bila masalah bau-bau tak menyenangkan dalam almari pakaian, sofa, langsir, malah dalam kete pun gigih saya spray hahhaa



Isian dan Harga:
- 300ml setiap botol
- RM18 sebotol tidak termasuk kos pengeposan


Murah jer RM18 tu korang kalau nak bandingkan betapa bermanfaatnya Fabric Mist untuk kegunaan kita. Haaa, pegi hotel pun jangan lupa bawak yer, ni jika kes korang memang cerewet dan nak bau wangi ajer haha. Ehhh, macam cakap kat diri sendiri jer hehe.


Korang kalau berminat nak beli atau nak tau lebih lanjut boleh terus contact:
Klik Link Facebook Puan Mawar 

1 comment:

adianiez AIDA said...

umah aida wajib ada pewangi.
beli kat kedai. yg ni lom cuba...