Tuesday, October 17, 2017

Resepi Sambal Mangga Ikan Kukus Mudah TAPI Sedap

Sesambil dok sesaja umah Nek Jah ni, belek-belek Gallery gambo kat hp, jumpelah gambo-gambo yang saya snap masa buat sambal mangga ikan kukusz 2 minggu lepas.

Resepi pun saya ambik dari google. Tapi biasa la... saya ni kan pakar olah resepi ahaha. Yang mudah nak lagi mudah. Tapi after all, haruslah nak rasanya SEDAP sehingga menjilat jari.

Kakak nizam ada bagi 3 bijik buah pelam. Sebijik dah mengkal. Sungguh enak dimakan begitu saja. Selamat sudah. Lagi 2 bijik, masih muda.

So nak try lah buat mangga sambal dengan ikan kukus.  Ikan boleh kukus atau panggang. Nak lagi mudah, ko goreng jer lah Jah oiii. Ikut sukalah. Hahaa. Dalam memasak ni, tkder istilah betul atau salah. Janji sodap kat tekak memasing. Haaa. Gituh. Aikkk ada yang baca macam Chef Wan bercakap ke 😂

Bahan-bahan:

Mangga muda remaja
Cili padi
Garam
Gula


 Ikan (selayang @ kembong)
- kukus @ panggang @ goreng -

Dah masak, perisi buang tulang dan kepala


Batu lesung dah patah.
Ko mampu guna? 
Hahahahaa.


 
Kupas mangga - cincang haluih
Saya punya tak haluih. Takder masa nak mencincang dengan penuh kejam
 Sebab bz ngan baby. 

Tumbuk semua bahan. 
Jangan lumat sangat. Tak thrill makan nanti.
(Ayat nak sedapkan hati dan nak elak kena kecam sebab sambalku... omg kasornya tumbukan dia hahaha)

Lantok lerr. Janji sedap!

Dan... inilah hasilnya!

Makan dengan nasik panas dan ikan goreng + apa-apa ulam.

Walllaaaaaa. 

Selamat mencuba.
Resepi taip laju buaiku laju. 
Anakku dah buat concert atas riba ni haaa 😅😅

No comments: