Wednesday, October 4, 2017

Solat Dhuha

Masa kerja dulu, boss pompuan saya ala-ala alim la. Tasbih sentiasa kat tangan. Opis kitorang cuma ada boss dan 4 staf termasuk saya. Dan, ada satu masa tu sampai saya tukar department masuk ke fakulti, ada sorang budak practical. Sorang jer staf lelaki. Lagi 4 pompuan.

Bila waktu pagi, kalau takder kuliah atau meeting atau dia masuk opis awal heehe. Boss kitorang akan solat. Haaa, saya memang kejahilan tau masa tu. Tatau la apa nama solat boss saya buat tu.

Kitorang ni biasa pepagi sampai opis, pegi beli sarapan dulu, pastu makan sesama kat luar opis sebab luar tu ada meja untuk makan hahaha. Siap member dari department lain datang makan sama. Aduii, time keje tuh. Bila ingat semula, patut la duit aku selalu tak cukup. Kebocoran sebab time keja dok melepak, rezeki tak berkat.

Tu belum kira dok guna internet opis update blog la. Blogwalking la. Sib baik masa tu belum trend online shopping lagi, dan masa tu fesbuk pun baru nak popular. Tapi masa tu saya tak bukak pun akaun fesbuk, sebab tak minat. Kan saya kata saya berfesbuk tujuannya untuk bisnes jer hahaa.

Pasal solat Dhuha tadi tu. Bila  boss dah amik air semayang, dah masuk kat ruang solat (dalam opis kitorang letak lemari dan partition, dapatlah ruang solat untuk sorang. Dan sinilah jugak tempat nak rehatkan mata (membuta!) time lunch hour atau masa konon-konon tak sehat hahhaa. Masa kat dept ni, kitorang tak bizi dan keje pun best, tak stress sangat, cuma stress kat benda lain jer, tu pun sekali-sekala jer stressnya. Hahhaa, takleh sebut sini, bahaya oiiii!

Then, bila boss solat tu, kitorang yang selalu dok kecoh-kecoh terus diam! Saya yang suka bukak lagu selow-selow kat pc pun terus off-kan lagu. Haaa, segan la kan, boss solat, ko nak bebising dah kenapa hehhee.

Bila dah bisnes, baru saya tau...ohhh solat Dhuha rupanya. Dan barulah saya slow-slow belajar tentang solat Dhuha, fadhilatnya dan mula amalkan. 

Bila dah biasa amalkan, walaupun tak kesahlah apa niat sebenar kita, solat Dhuha ni memang terasa kesan dia. Sekarang, dalam setiap doa Dhuha saya, saya perbanyakkan ucapkan syukur. Tidak lagi meminta seperti dulu. Sebab saya nak jadi HambaNya yang bersyukur dengan setiap nikmat yang DIA dah bagi,, dan taknak jadi HambaNya yang kufur nikmat.

Cuma, saya minta DIA uruskan kehidupan saya dan keluarga, berikan kelapangan masa agar saya dapat lakukan apa saya nak buat sepanjang hari. 

Tak mintak banyak, melainkan kelapangan masa. Kerana kekangan masa yang saya rasa memang menyesak dada. Semoga Allah permudahkan dan uruskan segala-galanya dengan baik. Dan, tak lupa jugak, saya sentiasa niatkan dan ingatkan diri bahawa setiap apa yang saya lakukan adalah untukNya sebagai ibadah. 


Saya tak alim macam boss saya, tapi saya cuba perbaiki diri sikit demi sedikit wp sentiasa terkehel jugak!

Saper yang biasa amalkan solat Dhuha, jika sehari tak buat, kita akan rasa ada benda yang kita tak buat lagi, dan rasa rindu. Urusan seharian pun rasa macam tak smooth jer. Itulah yang dikatakan berkat.


Last but not least. Nak dapat lebih, kita kena bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang kecil. Laaz syukur bukan sekadar Alhamdullillah di mulut, tapi hati, jiwa dan perbuatan. 

Sekian, tetiba haku jadi ostajah pilihan. Menaip isi pun ke sana-sini contentnya. Nasib korang la baca ni sampai abes. Semoga dapatlah manfaatnya yer, InsyaAllah.

P/S:
Tetiba teringat kat boss saya tu. Dia selalu cakap... "Sunyinya bilik ni, Ayu pasang la lagu". Aku pun apa lagi, yang memang sentiasa suka dengar lagu kan hahahha. Bila pasang kan... tak lama lepas tu, dia bukak ngaji. 

Kah kahh kahhh... saboooo je lahhhh. Tetiba rindu suasana opis dulu. Semua dah terpisah. 3 orang dah resign jadi MEM-besar kat umah, lagi 2 orang masih di UNISEL. Rinduuuuuu!

No comments: