Monday, October 2, 2017

Tasneem Naturel Balm Bisnes

Minggu lepas, saya dapat produk Tasneem Naturel Balm (Calm Time) daripada sorang kawan fb. Lama dah berkawan kat alam maya, malah dah pernah beli buku dengan beliau. Then, bila saya promo kat fb nak buat review produk di blog, beliau nak ber-review di blog saya.


Pastu, dia kasik saya sebotol Tasneem Naturel Calm Time. Sebab dia tau problem yang saya hadapi sejak bulan Julai lepas ialah Ayra susah nak tidur, pastu bila tidur, kejap-kejap terjaga nanges-nanges. Tapi, mata tak bukak. Letak atas riba pun dia taknak. Just kena angkat dia ribu seminit pun tak sampai, pastu letak semula atas tilam. Baru dia akan tidur semula. Then, berulang lagi la keadaan macam tu, sampailah subuh!

Haaa... mau mata mama ayra ni tak jadik mata Panda. Kalau Panda tu takper la, mata lebam pun comel. Yang mama Ayra ni dah macam hantu kak limah lupa jalan pulang ke rumah dah jadiknya huwarghhh. So scary tau, bila memikirkan macam mana la pattern Ayra tidur setiap malam.

Bab posing tak kalah punye. Time melalak pun hebak ni. Saper nak buat menantu, cepat chopppp. Hahhaa.



Siang hari pun macam tu jugak sebenarnya. Waktu pagi jer dia lena. Tapi waktu pagi tu la saya huru-hara nak masak segala kan. Masak ni, untuk golongan yang lemah di dapur hahhaa, masak sejenis lauk pun dah makan masa dekat sejam tau. Haaaa, tu yang bila nizam tak outstation, dapur hanya berasap untuk masak air atau dia dan anak-anak buat pakatan memasak megi!


Saya memang jarang gila masak bila dia ada kat umah. Malah, dia yang tak kasik masak. Papa tapau jer, takyah masak. Mau aku tak seronok mendengarnya hahaa. Mak sendiri dan mak mertua dah tau sangatt dah keadaan kitorang ni. Well, nasib ler dapat anak menantu tak rajin memasak. Tapi, bab carik duit, insyaAllah sentiasa rajin heheh. Apa jadik tonggang terbalik pun, online bisnes dan blogging tetap jadik passion. Gitew.


Saya memang risau jer, dan carik cara macam mana la nak kasik Ayra tidur lena, nak kasik dia tenang ajer. Sebab dia makin meragam. Langsung tak boleh nak tinggal. Warrghhh mama ko stress nak! 

Saya memang tercarik-carik produk yang dapat bantu atasi atau at least kurangkan masalah ni. Ni nak kata masalah pun bukan, tapi orang kata baby kan... nak berubah bulan, lain ragamnya, nak membesar lain perangainya. Aduih, macam beranak sulung pulak rasanya kau ni kan Ayu hahhaha. Mana taknya, selang umur 6 tahun wehhh baru beranak lagi. Mau kitorang laki-bini tak huru-hara jadiknya!

Then, bila kawan pos kan kasik Tasneem Naturel Calm Time sebagai hadiah untuk Ratu Bono (dia namakan Ayra Ratu Bono hahha), dan sekali untuk review (saya buat free review as promosi, yang nak kasik produk, saya redho menerimanya dengan lafaz Alhamdulillah, sebab lagi senang dan berkesan saya nak review bila dah guna dan produk ada depan mata untuk saya snap gambr sekali)




Dah dapat produk dan dah guna... memang terus jatuh cinta ngkoooo. Tu baru try 1 jenis, belum lagi baki 3 jenis iaitu Sleep Time, Cough Time & Tummy Time). Saya yakin, yang lagi 3 tu pun mesti best dan dapat bantu kita as ibu bapa untuk kasik baby dan anak guna. 


So, berbalik pada citer Tasneem Naturel Balm bisnes yang tetiba terjebak sejak petang semalam haha. 1 OKTOBER 2017 yer. Mark the date okey as my Tasneem Naturel Business Journey gitu.

Jumaat lepas kami balik Keratong lagi. 3 minggu berturut-turut balik kampung ngko. So, hari Jumaat tu, rasa nak tanya kawan fesbuk tu pasal peluang bisnes Tasneem Naturel Balm ni. Just nak tau info la, sebab bila dah cuba Calm Time balm tu, walaupun hanya baru try beberapa kali, kat diri sendiri dan Ayra (hahahha haku pun guna oiiii, sebab diri sendiri pun nak jugakkk la calm. Asiklah stresss ajooooo lately ni), BEST TAU BALM ni.

So, dalam hari Sabtu Ahad tu, ada la wasap-wasap dengan dia, dapat info berkaitan bisnes ni. Then, btau nizam, nak buat la bisnes Tasneem Naturel Balm ni. Modal pun tak besar mana, dan rasa boleh buat. Nizam, dia ok jer, berani dia nak halang hahha. Tu bagitau dia konon nak dapat restu la, dan nak dia tau apa bini dia plan nak buat dan akan buat. So, bila saya bizi dia kena faham. Bini bukan dok sesaja ngadap gadjet buang masa, tapi buang masa + buat duit. Hahhaa, tang buang masa tu kenalah realistik kan... sebab saya ni kaki merewang jugak kat internet keh kehhh.

So, petang Ahad semalam, saya dah secara rasminya menjadi AGENT TASNEEM NATUREL BALM. Alhamdulillah.

Semoga Allah permudahkan dan berikan rezeki melimpah ruah dan dapat membantu orang lain untuk tingkatkan kesihatan dan kesejahteraan (woww ayat) baby, anak-anak dan seisi keluarga dengan penggunaan 4 jenis Balm keluaran Tasneem Naturel.



OPEN FOR DROPSHIP

Dengan ini, saya nak share jugak peluang bisnes dengan sesiapa saja yang nak jadi DROPSHIPPER di bawah team saya. Modal atau commitment fees untuk jadi Dropship Tasneem Naturel cuma RM20 SAHAJA!


Anda akan dibimbing oleh support group daripada saya dan stokis. Bahan promosi jugak disediakan. Dan yang specialnya dalam team saya, saya akan letakkan LIST NAMA, CONTACT NO & AREA yang korang akan cover di BLOG saya. Best kan?

So, yang berminat nak sama-sama bermula dan jana pendapatan dengan produk Tasneem Naturel, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Nak tanya dulu takper, tak semestinya dipaksa join bila tanya tu hahaa.

Soon next entries saya akan mulai share pasal produk Tasneem Naturel yer. Jangan muak hokey hahaa.


Sekali lagi, doakan semoga perjalanan bisnes ini dipermudahkan dan diberkati. 1 Oktober 2017 saya bermula sebagai Agent, InsyaAllah sebelum tahun baru 2018 saya target untuk naik sebagai STOKIS. 

Wish me luck. Thank you semua :)

No comments: