Monday, October 9, 2017

Testing "Kondo" Baru AyuRashid

Wah... memalam update blog kan? Gigih sangat ni. 10.15pm on laptop pastu update blog. Luarbiasa sangat.

Well, syukur sangat. Malam ni Ayra tidur awal wehhhh. 8.45pm dah tidur. Calit-calit Sleep Time Balm Tasneem Naturel bila tengok dia dah mula tunjukkan peel nak tidur. Tak sampai 10 minit, terbungkang tidur sendiri, sambil dia dok tengok Dania layan si Ara main. 

Kebetulan pulak masa tu saya dari petang tadi dok PM dengan Sis Hawa pasal design template blog ni. Heee kesian Awa kena layan kerenah Kak Ayu yang cerewet ni. Awa buat dah lawa, cuma biasa laaa, spesis cerewet macam Kak Ayu ni, lain macam sket dia punya ngengada tu :P

Finally dan Alhamdulillah. Siap jugak akhirnya deko KONDO baru AyuRashid.com Cantik takkk uols?



Saya ni tak minat kaler biru dan pink. Tapi kalau kat blog, suka pulak dedua kaler ni. Sebab kaler-kaler ni kaler yang soft dan sejuka mata mandang bila baca kat screen. Dan yang paling penting jugak, background wajib kaler putih.

Haa, caner? Harap bila design blog dan cecantik ni, makin semangat la saya update blog yer. Banyakkkk nak share dengan korang ni. Doakan semoga dipermudahkan saya uruskan hal family, blog dan bisnes. So, dapatlah kita sentiasa berjinbara kat sini hehehe.

Till then, nak tidur dulu. Doakan semoga Ayra tidur lena, bangun cuma nak menyusu ajer. Dia masih tak baik lagi selsema tu. Dah 2 minggu. Kesian. Jangkit dengan papa dia la tuuu. Nak tidur tadi dah sapu dah CoughFlu Balm kat dada, belakang, tapak kaki, labu betis dan last skali calit sikit kat hidung jambu air dia tu hehee.

Ok, Assalamualaikum & Selamat malam!

No comments: