Thursday, November 30, 2017

November 30, 2017

Resepi Cekodok Pisang Makan Bersama Vanilla Aiskrim

Makin nak turunkan berat badan (5kg), makin menjadi-jadi selera makan. Pastu, ehhh pantang tengok orang share resepi atau tengok gambar makanan (especially kat Instagram), makin menjadi-jadi nak cuba masak jugak. 

Semalam, tengok IG @zazathevogue share dia makan cedokok pisang dengan vanilla aiskrim. Katanya Keknis Hanis Zalikha share resepi ni. Eh, terliur pulak tengok, sebab zaza siap share video lagi. Melting tengok!

Terus hari ni beli pisang dan aiskrim vanilla dan terus buat. Korang mesti cuba, senang dan sedap giler, rasa macam makan kat Secret Recipe haaahah.

Meh, saya share resepi Cekodok Pisang Makan Bersama Vanilla Aiskrim. Kalau nak gemuk, biar bersama-sama hehehe.

Bahan-bahan untuk buat cekodok pisang, takkan korang tak tau kottt ehehhee. Takper, sebab saya dah kenyang makan ni, saya share jugak resepinya dengan korang. Ini version saya punya resepi tau, kalau tak rangup tak sedap, nasib la. Tapi, kat tekak saya ni, mavelesss!

Bahan-bahan:
Pisang
Tepung gandum
Tepung beras (letak sikit jer, supaya cekodok rangup diluar)
Air
Garam
Gula
Minyak masak

Cara-cara buat cekodok:
Bancuh dan adun semua bahan-bahan di atas.
Goreng cekodok 


Dah siap tu, apa lagi... ambik pinggan. Amik cekodok dan aiskrim vanilla letak dalam pinggan. Ambik sudu. Baca bismillah. Baca doa makan. Ngapppp. Ya Allah, sedapnyaaaaa. Serius macam rasa makan kek coklat dengan vanilla ice cream kat Secret Recipe. Ini, tahap jimat giler untuk membahagiakan tekak, meredakan stress dan menambah berat badan hihi.



Saja letak gambar lagi, kasik korang terliur dan  terus pegi kedai beli bahan-bahan nak buat cekodok ni hehehe. 


 Selamat mencuba!
November 30, 2017

Susun Atur Rak Buku

Pejam pelik, pejam celik... hari ni dah 6 hari cuti sekolah. Rasanya macam baru jer pergi sekolah dan tadika anak-anak masa minggu last sekolah hari tu. Cepatnya masa berlalu.


Bila cuti sekolah ni, inilah masanya nak buat housekeeping kat rumah. Mula-mula kena setelkan dulu area rak buku anak-anak. Wahh, macam ramai jer bunyiknya tu hahhaa. 



Masa dah peksa akhir tahun tu, saya biarkan ajer area rak buku ni bersepah-sepah. Malas nak kemas sebab dah alang-alang buku teks dah nak hantar, dan dapat buku baru. Plan tu memang ada la nak berkemas kat area rak buku ni. Tengok la macam mana mengerikannya kat area ni haha.



Rak atas tu buku-buku Dania. Bawah pulak tempat letak beg Alish, A4 paper, kertas dan document nizam punya, dan barang-barang ntah apa-apa ajer. Semua main letak ajer!

Laci berpintu tu pulak, lagi menakutkan isi dalamnya. Macam-macam ado. Haduih, sejak ada baby ni, hilang segala aura nak berkemas sungguh-sungguh dan bersusun atur. 


Area ni pun alahai, tak kurang bersepahnya. Ni Alish suka sangat ambik buku. Takpleah, dia pun suka belek-belek buku. Dalam bekas kaler cream berbunga biru tu, saya punya perfumes hahaha. Tu semua beli sejak Dexandra Clearance Sale & YES 2017. Perfumes pun nak kena buat susun atur jugak, dah bersepah-sepah dah. Dalam bakul bedak Ayra pun ada saya sumbat situ hehehe.


Mengemas area rak buku ni, saya suruh Dania & Alish buat. Haa, rajin pulak budak berdua tu, sebab upahnya nak pegi main umah Mak Long. Sekali, bila dah siap berkemas, hujan hahahha. Kesian tak dapat pegi main hihihi. 

Dan inilah hasilnya! 5 plastik hasil buangan. Tak tau laaa, ni Dania & Alish punya keje. Saya pun tak tau apa yang dorang buang ni. Jangan buang documents papa dorang sudah :P


Buat masa ni, belum lagi saya sendiri kemas pulak. Bila Dania Alish dah berkemas tu, ok la. Senang kerja saya. Nanti dah siap semua saya share kat sini. Macam mana saya buat susun atur rak buku.

Till then, jumpa lagi!

Wednesday, November 29, 2017

November 29, 2017

Pokok Mudah Jaga, Sesuai Letak Indoor & Outdoor

Hari ni saya nak share pokok bunga berdaun yang cantik, mudah dijaga, dibiakkan dan sesuai letak indoor dan outdoor. 


Walaupun saya beli pokok, asiklah mati pokoknya hehe, tapi 2 jenis pokok ni alhamdulillah masih hidup sampai hari ni, malah dah berjaya saya biakkan (dengan izin Allah).

Ini dia 2 jenis pokok tersebut. Untuk entry ni, saya tunjuk pokok yang belah kiri ni dulu yer. Saya tak tau nama pokok apa, tapi yang belah kanan tu, korang mesti tau, iaitu pokok bunga buluh.

Kebetulan gambar ni melintas kat wall FB beberapa hari lepas. Saya pun dah lupa tarikh dan tahunnya. Tapi, seingat saya pokok ni saya beli masa baru pindah dok Semenyih. So, maybe dalam bulan November 2013. Eh, ke 2014 ehh saya mula dok sini. Hahaa, matikler pelupa. 

Whatever-lah tahun bila pun, yang pasti kedua-dua pokok ni masih hidup, malah saya dah siap potong batangnya, semai kat pasu lain. Hidup subur dan cantik. So, takder la saya ni Pembunuh Pokok Bersiri Tegar kan? Hahaha, taknak ngaku tuuu :P

Ni saya nak tunjuk pokok pertama. Iaitu pokok yang ni haaa. Berdaun runcing, halus dan lebat. Daun dia tahan lama, jarang sangat jatuh-jatuh. Senang nak jaga, dan cantik!



Nampak pucuk dia tu, meriah kan?


Merimbun daunnya, memang cantik dijadikan hiasan outdoor dan indoor.



Nak biakkan pokok ni, senang ajer iaitu dengan keratan batang. Just potong batang, lepas tu cucuk ajer dalam tanah. Kalau rajin, boleh jugak kot rendam batang dalam air, tunggu tumbuh akar, then tanam atas tanah.

Saya ni, short-cut ajer, kerat terus tanam dalam pasu. Alhamdulillah, dah 3 pasu saya semaikan. Saja nak kasik meriahkan mini garden. Pastu, boleh tukar-tukar letak dalam rumah dan beranda.


Ni saya nak letak dalam rumah. Saya letakkan pasu bunga dalam pasu lain (yang kaler putih tu). Untuk deko--deko pokok hiasan dalam rumah, kita just letakkan dalam pasu, bakul atau bekas yang lebih cantik dan presentable. Tak perlu berbelanja besar, asalkan kreatif.


 
Ni masa saya letak dalam bilik tidur, hujung katil, disudut penjuru bilik.

Simple dekorasi, untuk segarkan suasana dalam bilik, untuk pengudaraan yang lebih baik dan dekorasi yang simple dan tak keluarkan bajet!



Ada 'decor items' rare atas katil tu. Gambar lama ni, masa Ayra masih umur less than 4 months kot. Sebab tu boleh lagi letak atas katil macam ni. Masa ni saya masih buat kerja kat dalam bilik ni (SOHO). Nampak pokok tu, menghiasi bilik. Saya suka dekorasi rumah yang simple ajer. Antara decor items yang saya suka guna ialah pokok hidup.


Harga pokok ni masa saya beli di nurseri dekat rumah ni, dalam RM16 kalau tak silap. Murah! Sebab pokok ni besar. (bukan pokok yang ni sebenarnya, tapi induk kepada pokok ni, iaitu pokok yang saya tunjuk duduk menunduk dalam kereta kat gambar 1st tu haaa). 

So, kalau korang nak beli pokok hidup yang tahan lasak, mudah dijaga, mudah dibiakkan, cantik untuk hiasan indoor dan outdoor, saya sarankan korang beli pokok ni.

Till then, selamat bercucuk-tanam dan berdeko-deko!

Tuesday, November 28, 2017

November 28, 2017

Resepi Nasi Goreng Ikan Ringkas dan Sedap

Biasanya, bila ada lebihan ikan goreng, kita bagi kucing kan? Hehehe. Tapi bila dah takder idea nak masak apa untuk breakfast atau dinner, meh la kita kongsi ikan goreng tu dengan kucing. Sekor untuk kau, 2 ekor untuk kami sekeluarga 😋

Cara dan bahan nak masak nasil goreng ikan ni senang jer. Tak perlu letak telur dan sayur pun okey.

Kalau nak meletops rasanya, buat la pedas-pedas letak cili kering atau cili padi. Memang lupa terus azam nak diet nak kurus macam Maya Karin & si pengantin baru Pajurah.

Okey, membebel tak abes-abes. Resepi mana?

Ni dia.

Bahan-bahan:
Nasi
Bawang merah *
Bawang putih *
Cili padi @ cili kering *
Ikan goreng *
Minyak untuk menumis
Garam
Gula

Cara-cara:

Tumbuk bahan bertanda (*)

Ikan goreng tu asingkan tulang, jangan letak sekor camtu pulak hehee.

Tumis bahan ditumbuk tadi sampai garing


Nasi yang dah sedia untuk digoreng


Masukkan nasik dalam bahan ditumis tadi


Masukkan garam & gula. 
Goreng sampai garing. Nak masukkan sayur pun boleh.


Dah siap!

Selamat mencuba 😎

Monday, November 27, 2017

November 27, 2017

Masakan Ringkas dan Cepat

Cuti sekolah dah mula, hari-hari kena fikir menu apa nak masak. Ramai ibu-ibu dah mula pening kepala kan? Hihih, saya takder la terasa sangat pun beza cuti sekolah dan hari sekolah. Sebabnya? Kan saya ni surirumah (yang bekerja dari rumah). So, takder la terasa kezutan gitu bila tetiap hari anak ada kat rumah. Malah, jujur saya cakap, saya lagi suka dan selesa hari minggu dan hari anak tak sekolah. 

Bila dah cuti, dan musim hujan macam ni, perut cepat lapar. Ye tak? Ke mindset yang "kata gitu. Asal cuti dan hujan, asyik lapar ajer, padahal memang spesis suka makan. Hhaha, tak kata orang lain, tapi kata diri sendiri. Pastu, berangan nak kurus macam Maya Karin dan eh, sekarang ni idola saya ialah Fazura. Awww, lawa giler la 2 pompuan ni. 


Bercakap tentang masak, saya ni bukan jenis suka masak. So, bila dah tak suka masak tu, jauh sekali la nak jadi terer bab masak ni kan. Haha, tapi kalau bab makan, saya memang terer. Tak tau la kepakaran tu datang dari mana. Hehhee. Sebab tu la, dah anak 3, umur dah nak masuk 39 tahun, tapi sikit nau resepi makanan yang saya tau masak huhu. Sendu kan?

Tapi, bila anak-anak dah makin besar, harga makanan dah mahal melambung, tak sampai hati pulak asyik nak ajak suami makan kat luar atau tapau. Dah la suami jenis keja outstation, so nak taknak saya kena masak. Kalau mak saya datang dok sini, lagi la hari-hari kena masak. Dan, nasik adalah makanan wajib masak setiap hari. Yelah, orang tua mana boleh tak jumpa nasik sehari kan. Kalu kita, makan mee pun takper dah tak makan nasik.


Bila dah ada baby pulak, yang baby-nya jenis takleh berenggang, nak masak memang satu cabaran sangat. Baru jer letak kuali atas dapur nak panaskan minyak. wawwaaa, dia kat ruang tamu dah melalak dah. Kalau ada papanya, ok la, dia rapat engan papanya. Tapi, kalau dengan orang lain, kalau dia tak leka main, atau tak perasan saya "hilang", baru boleh saya masak dengan penuh kasih sayang. Kalau tak... saya kat dapur masak, dia kat ruang tamu dok buat konsert gun n roses :P

Sebab tu la, saya kena masak masakan yang ringkas dan cepat!

Tak terer masak tu dah satu hal, asyik dok ulang tayang menu sama jer. Nak jimat masa pun yer jugak. Dan, kitorang ni jenis makan yang ringkas ajer. Suami saya, kalau ada 2, 3 jenis lauk, dia tak pandai makan. Dia kena makan satu-satu lauk pada satu masa haha. Dia kata nanti tak sedap, bercampur rasa. Bagusss, i likeee. So, masak 1 hari 1 jenis lauk sudah hahha.

So, cuti sekolah ni, saya nak plan menu masakan untuk seminggu terus. Bahan masakan beli hari Sabtu. Hari ahad saya masak siap-siap untuk hari Isnin - Jumaat. Tak pun, kalau malas nak masak utk 6 hari terus tu, saya masak lebih untuk setiap jenis lauk, pastu simpan dalam peti untuk makan the next-next day.

So, takder la setiap hari nak kena masak macam sekarang ni yang saya amalkan. Letih sangat. Rasa banyak bazirkan masa kat dapur ajer. Maklumlah, saya ni kat dapur memang slow. Alang-alang nak penat dan berkecah dapur, biar satu atau dua hari jer dalam seminggu. Hari-hari lain, just panaskan lauk dan masak nasik ajer. SETEL!

Saya rasa, ramai wanita yang buat macam ni sekarang kan? So, silalah gigih memasak. Mana tau, laki dapat bonus nanti dia belikan pressure cooker seketul. Taknak la Noxxa Pressure Cooker, mahal sangat, tak mampu weols. Dapat Philips Pressure Cooker pun, dah syukurrrrr alhamdulillah :)

So, nantikan resepi masakan ringkas dan cepat daripada Ayu Rashid. Haa, kemahennn impian :)

Saturday, November 25, 2017

November 25, 2017

Planner Muslimah Produktif 2018

Sebagai wanita, menjelang hujung tahun dan awal tahun, dah jadi rutin untuk kita beli planner. Betul tak?

Zaman sekarang yang serba-serbi sibuk, bukan ajer wanita berkerjaya perlukan planner, tapi planner ni dah jadi keperluan untuk semua.


Planner dah jadi keperluan especially buat mereka yang suka buat perancangan, sentiasa sibuk, pelupa dan paling penting yang nak jadikan setiap hari mereka lebih produktif. Maka, penggunaan Planner dah kira wajib untuk setiap wanita, khususnya wanita muslimah.

Ni saya nak share planner yang dibuat khusus untuk wanita muslimah yang nak jadikan hari-hari mereka selama 365 hari setahun sebagai hari yang produktif, dari segi duniawi dan ukhrawi. Ni diaaaa...

Planner Muslimah Produktif 2018



 Planner Muslimah Produktif 2018 ni bersaiz A5 paper.
Saiz yang compact dan sesuai untuk letak dalam handbag, so mudah dan fleksibel nak bawak ke mana-mana ajer. 










Pengeluar Planner Muslimah Produktif ni ialah Puan Firdaus Tahir. Beliau ni memang sentiasa produktif orangnya. Sebab tu beliau dapat keluarkan satu planner yang bagus macam ni. Kalau diteliti kandungannya, ia diadaptasi dari pelbagai ilmu-ilmu mahal yang biasanya kena ikuti program berbayar baru dapat benda macam ni. Oh yer, planner ni dah masuk tahun ketiga keluarannya. Memang hot selling la planner ni dalam 2 tahun lepas.

Kat luar sana ada pelbagai jenis planner, yang kita boleh dapat dengan harga lebih murah atau lebih mahal. Tapi kita beli planner Muslimah Produktif ni dengan harga RM49 dah dapat macam-macam benda.

Dari aspek matlamat hidup,
Pengurusan masa harian,
Pemantapan ibadah harian,
Sampailah perancangan kewangan yang pandang 30 tahun ke depan.


Planner Muslimah Produktif ni bukan sekadar planner biasa-biasa yang ada petak-petak kalendar tu jer.  Dapat planner kosong nanti pun dah rasa banyaknya benda kena buat perubahan dalam diri. 😅
Planner ni dijangka siap printing awal Dec. Nak tunggu ready stock pun boleh, nak pre-order pun boleh. Tapi kalau preorder sekarang ada FREEGIFT Tasbih digital dan Planner keluarga tau. Freegift ni bernilai lebih RM20 (selagi stok free gift masih ada)

Ni😍😍
Ni kita tengok lagi, antara isi kandungan dalam Planner Muslimah Produktif 2018.
 Perancangan Mingguan



Perancangan Bulanan



Rutin Mingguan



Rekod Pendapatan Bulanan & Rekod Perbelanjaan Bulanan



Menu mingguan keluarga &  Senarai Semak Ibadah Harian


Nampak simple kan?

Tapi amalan-amalan simple ni yang susah nak istiqamah.



Insya Allah, dengan bantuan Planner Muslimah Produktif, kita akan lebih mudah untuk muhasabah amalan seharian


Untuk maklumat lanjut atau nak beli, korang boleh contact:
Puan Sakinah Hamid  (Link Facebook)

Saya dah dapat 1, korang takkan taknak....

Friday, November 24, 2017

November 24, 2017

Keputusan UPSR 2017

Semalam, keputusan UPSR 2017 dah diumumkan. Penantian dah berakhir. Debaran telah tamat. Semuanya telah terungkai semalam.


Tapi, macam mana dengan kesan daripada keputusan UPSR tu, pada anak-anak, ibu bapa, guru-guru, kementerian pendidikan dan masyarakat?

Kita pun tau, sistem pendidikan kat Malaysia ni adalah exam-oriented system. Samada suka atau tak, dan ada pelbagai pro & cons yang diutarakan, kita tetap kena ikut system. Kalau taknak ikut, sila anta anak sekolah ke planet marikh atau musytari hehehe. 

Tahun ni, tak nampak sangat drama keadaan keputusan peksa diumumkan, sebab kementerian tak kasik buat pengumuman yang panggil-panggil amik keputusan atas pentas ikut pencapaian. Ramai yang rasa lega dengan cara macam ni. 


Sebenarnya, benda ni bergantung jugak pada cara kita menilai sesatu keadaan. Ada pro and cons-nya. Yang penting, dalam keadaan macam ni, emosi anak-anak dan ibu bapa memang akan tersentuh. Tersentuh dengan kegembiraan atau kedukaan. 

Cara kita handle emosi tu penting, khususnya ibu bapa. Sebab sekarang ni, macam ibu bapa pulak lebih sudu dari kuah. Eh, tak kata orang lain, tapi diri sendiri hahahhaha. Saya ni bab belajo, memang takleh laaa. Susah hati. Rasanya semua ibu bapa macam tu kan? Kalu tak kesah, takder la kes sampai patah hanger mengajor anak. Hahahha, pitam haku!

Apa pun, tahniah untuk semua adik-adik, ibu bapa, guru-guru, kementerian dan semua yang telah bertungkus-lumus dalam UPSR. 

Buat adik-adik, masih jauh lagi perjalanan korang. Yang cemerlang, teruskan berusaha untuk kekalkan kecemerlangan. Yang lain-lain pulak, terus berusaha tanpa putus asa, kerana setiap insan punyai potensi diri yang telah Allah anugerahkan. Study smart. Not study hard, okey?

Semoga UPSR ni jadi langkah pertama untuk negara kita lahirnkan generasi cemerlang, yang bukan saja dalam akademik, tapi dari segi agama, akhlak, sahsiah dan punyai empathy yang tinggi, kerana nilai-nilai sebegini semakin hari semakin menipis.



Apa pun, hari ni dah last day sekolah dan semalam pun dah last day sekolah (ikut zon negeri masing-masing). Bestnya dah cuti sekolah :D

Cuti-cuti jugak. Haaa, buku jangan lupa belek-belek baca dan  blaja. Masa cuti ni la time nak catch up semula mana-mana subjek yang tak berapa nak cemerlang tu. Nampak, mak dia lebih sudu dari kuah.

P/S: Buat along & syl, jangan ada lagi kes patah hanger yer. Tahniah buat Amani yang cerdik giler tu, acik Ayu adore sangat tengok result Amani. Result macam tu, mak ayah dah takyah nak bazirkan hanger, hanger mahal tau skang :P

Thursday, November 23, 2017

November 23, 2017

Penyelesaian Entry Dekorasi Tak Keluar Gambar

Masa edit Labels kat blog, patahnya hati bila tengok ruang gambar-gambar kat entries blog banyak yang 'lopong'. Takder gambar. Hanya ada kotak saja. Kecewanya rasa. Saya dah pernah share kan masalah ni kenapa jadik. Huuhhu.

Dah la kebanyakan gambar saya tak save atau dah delete. Ada jugak gambar yang dah hilang masa laptop di-format. Memang takleh buat apa dah.

Tahun 2016


Nak taknak, kalau nak entries semua tu ada gambar lagi, saya ada 2 options:

  • Edit semula entries
  • Buat entry baru

Mana-mana gambar untuk entries yang masih ada dalam simpanan, boleh la edit (re-upload). Tapi, kalau yang dah takder? Terpaksalah biarkan melopong ajer, atau edit the whole entry, supaya takder tele- dengan gambar yang takder.

Oh tidak!

Saya tak sanggup nak hadap entry yang dah basi, malah ada yang dah bertahun-tahun punya. Lagi pun, rasa macam buang masa pulak. Sebab entries dah lama, macam tak worth it nak hadap semula. Dah la dengan kebizian dengan urusan lain kat umah ni.

Tahun 2013


So, saya decide untuk buat option kedua, iaitu buat entry baru.

Mana-mana ada gambar yang masih dalam simpanan, saya akan buat entry baru dengan feel dan style yang lebih segar. Gitewww. Hahhahaa.

So, harapan saya, janganlah muntah ijau bila tengok gambar-gambar berkurun lama ku rahsiakan cintaku padamu saya share semula kat sini tau hihihi.

Tahun 2011

Takper, kita anggap jer entry tu sebagai #DownTheMemoryLane gitu hehehe. Boleh kan? So, senang sikit kerja saya nak sharing pasal dekorasi lepas ni. Up ajer gambar lama, buat pengisian baru sebagai entry.

So, buat masa ni saya masih lagi dalam proses revamp blog, supaya lebih interaktif untuk pembaca yang saya kasihi sekalian. InsyaAllah, niche blog ni akan lebih kepada dekorasi. Sebab, saya tau, ramai yang baca blog ni adalah pencinta dekorasi. 


Till then, tunggu entry-entry Dekorasi bersama Ayu Rashid :D


P/S:
Dalam ketiga-tiga gambar saya letak tu kannn. Apa PERSAMAAN yang ada dalam gambar tu? Sila tinggalkan komen untuk jawapan korang hehehe. 

Wednesday, November 22, 2017

November 22, 2017

Blogging - Kemaskini Labels

Hi semua.
Semalam tak update blog. Mengadap blog, tapi tak buat entry sebab dok gigih edit Labels kat blog. 

Image Source: Google 

Lama dah sebenarnya nak edit Labels dan check semula entries lama. Tapi tabiat suka menangguh, macam ni la. Bila rasa dah wajib buat, baru terhegeh-hegeh nak buat.

Since dah guna template dan layout baru yang sis hawa dah buat, kenalah terus edit labels, biar bersesuaian dengan blog niche yang saya sedang plan nak buat untuk 2018.

Bila ada baby ni, dan ada mak sekali kat rumah, family makin jadi keutamaan. Ikutkan letih, memang nak on laptop pun malas. Bila baby dah tidur pukul 10.30pm ke atas tu, baru boleh buat kerja. Itu pun, in between bila ke dapur... tengok dapur ada sebijik dua cawan tak berbasuh, saya basuh dulu. Ehh, tengok meja macam tak kemas, saya kemas meja dulu hahhaa. Kekadang tu, siap menyapu lantai dapur dulu.

Itu yang setengah jam atau sejam baby dah tidur, saya dah on laptop pun, belum tentu saya terus duduk kat workstation buat keje. By the time pukul 11pm+ tu, saya pun dah ngantuk. Tapi, tahan jugak mata.

Dah la saya jenis suka mandi malam. Bila baby dah tidur, saya mandi. Baru rasa segar dan selesa nak buat kerja then tidur. 

Malam tadi, dah almost siap edit Labels kat Link List (bawah header tu haaa). Nak letak sesatu entry bawah Labels mana pun konpius hahaha. Adui, dah la rasa semua benda penting nak dijadikan Labels. Kecelaruan sungguh tau :D

So, buat masa ni, Labels link list yang saya letak ialah:
  • Home
  • Personal
  • Parenting
  • Dekorasi
  • Review
  • Resepi
  • Kerja dari Rumah

Lepas ni, mungkin ada perubahan lagi. Ada lagi nak letak Categories kat bahagian Gadjet, untuk Dexandra (all categories berkaitan Dexandra kat situ jer nanti, senang orang nak carik info). Pastu, Categories lain untuk misc entries.

Semoga rajinlah jer, sebab lepas ni plan nak check entries lama. Mana-mana tak perlu tu, saya nak buang ajer. Uikss, takleh blah baca entries lama, rasa nak nyorok bawah meja jer bila baca hahhaha.

Well, seiring masa... semua akan berubah kan? Termasuklah cara penulisan kita. Lepas ni, jangan terkejut bila saya menulis acah-acah bagus jer hahaha. Sebab nak sharing yang bagus-bagus ajer tau, biar blog ni jadi blog bermanfaat untuk semua pembaca, dapat jadik manfaat dan saham dunia akhirat. Bila saya dah takder nanti, semoga penulisan saya jadi sungai pahala yang mengalir. Amin.

Apa pun, terima kasih atas kesudian korang baca blog picisan ni. Alhamdulillah, PV dah makin meningkat. Sukaaaa :P

Monday, November 20, 2017

November 20, 2017

Plan Celcom Internet dan Perancangan 2018

Saya masih setia kasih dengan Celcom. Walaupun macam-macam syarikat telco lain yang tawarkan plan internet dan call yang lebih best, tapi Celcom jugak pilihan hati. 

Nizam lagi la, dari zaman tok kaduk mula-mula guna hp Nokia besar tahap baling anjing pun anjing boleh pengsan dia dah guna Celcom. Dan, yang paling tak menahan kesetiaan menghalangi ku pindah ke lain hati Nizam kat Celcom, nombor telepon pun masih guna nombor sama. 

Haaa, gitu. Tu senang la kalu skandal lama nak carik balik si Nizam ni hahaha. Sebab nombor tak tukar-tukar dah almost berpuluh tahun kot. Rasanya dari zaman saya baru belajo kat MMU lagi dia dah guna nombor tu, sampailah sekarang.

Eh, dah kenapa dok cerita pasal nombor telepon si Nizam pulak hahhaa.

Okey, sebelum guna plan internet celcom yang sekarang ni, saya dah guna broadband - yang cucuk kat laptop tu la, which is sejak zaman keje unisel bila dah beli laptop. Pastu porta wifi, pun yang jenis macam ni jugak. Ni hanya boleh guna kat laptop ajer la. 

Masa ni guna tepon prepaid jer, yang nombor 013 - 255 0727 tu laa. Internet saya beli yang pre-paid jer untuk guna kat telepon hahaha. Kagum tak, guna pre-paid internet untuk online bisnes hihihi.

Zaman jual Premium Beautiful heheh


Pastu saya tukar internet plan apa ntah, yang sekali dengan line telepon 20GB. RM80+ tak ingat berapa exact bil dia.  Ni yang saya tukar ke nombor telepon baru yang dok guna sekarang ni 019 - 989 8341. Nombor belakang 8341 tu gabungan nombor besday kitorang. Dia pun nombor 8341 jugak. Kebetulan sangat, padahal dia beli nombor telepon tu sebelum kitorang kawan lagi. Suratan atau kebetulan sangat. Lucky number la kononnya ni hehhee.


Nizam dah lama guna plan internet 20GB ni, saya selalu mengendeng tumpang guna bila dia ada kat rumah. Tu dia naik nyampah kot hahhaa asik suh on-kan hotspot jer. Pastu sakan dok layan Instagram. Mengambil kesempatan sungguh hehe. 


Plan internet data 20GB ni, dipecahkan kepada 2:

  • 10GB weekday
  • 10GB weekend
  • with FREE call pada semua nombor

Haaaaa, tapi bila saya pulak dah guna data plan yang sama, pelik pulak rasanya. Cepat abes! Saya memang bukan kaki layan Youtube. Rasanya yang banyak pakai data pun cuma layan Instagram. Tapi, takder la layan sangat pun. Tu yang rasa pelik sangat huhuhu. 

Biasanya 3 hari sebelum data internet renew, data 20GB tu dah abes. Terpaksa tambah lagi RM20 data tambahan. So, tetiap bulan kena bayar bil Celcom RM100+. Aduduuuuu. 

Then, saya ngadu kat Nizam. Dia pun pelik naper cepat abes. Pastu dia kata, nanti kita tukar pelan lain, tapi masih setia kasih dengan Celcom la hahhaha. Berapa GB dah plan tu, RM90+ bulanan. Tapi banyak laaa banding yang sediada 20GB ni. 

Terpaksa jugak nampaknya tukar, sebab lepas ni nak fokus blogging dan Instagram pulak (Instagram ni, tak janji sangat la, sebab manjang on-off update hehehe). Tapi, perancangan tu ada laaa. Harga beza sikittt jer. 


Bila google jumpa gambar ni.
Rasanya yang ni kot plan internet yang Nizam cakap kawan dia guna tu.
40GB


Tengoklah dulu macam mana. Ada masa baru pegi Celcom pilih plan apa menarik. Buat masa ni, redho jer la beli tambahan data.

Till then, nanti sembang lagi. Bye 🤗

Sunday, November 19, 2017

November 19, 2017

Ruang Menonton Ringkas dan Practical

Ruang menonton kami, sangat practical dan simple
Sinilah tempat bergolek saban hari
Memang fully utilised
Sebab tu lah, deko pun kena simple ajer
Lagi pun, saya memang tak suka deko sarat
Sesak mata mandang. Tak minat!

Dan, saya memang asingkan ruang menonton dan ruang tamu
Sebab taknak sopa cepat lenyek dan kotor haaha




Rak tv umah kitorang ni, dah sendu sangat.
Ingatkan dapat la cat semula masa adik datang.
Tapi, tak sempat nak cat, dia balik dulu dah huhu.
Macam cerah jer masa depan nak beli rak tv baru bulan Jan tahun depan
Since SSF kasik 50% discount untuk members yang sambut besday
Bulan Jan besday saya beli rak tv
Bulan Mac besday nizam beli wing chair 
Hahaaa, berangan jer mampu, beli tak mampu kottt.
Tapi, impian tu sentiasa ada yer hehehe.

Macam ni la keadaan rak tv kitorang.
Dah makin kuning kalernya. 

Dulu masa upah cat semula, kaler dia memang tak putih la
Kaler ala-ala cream sikit, so tak lawa sangat


Tempat pegang kat laci-laci pun dah tertanggal dah.
Dalam laci tu, kebanyakan harta karun Dania Alish jer
Mana-mana mainan yang saya rasa semakkk mata mandang
Saya sumbat jer dalam tu haha
Bila la nak berkerajinan buat house cleaning ni.


Rumah kitorang ni, takder ber-deko mana pun
Tengok laa, buku dan mainan anak-anak pun letak atas rak tv
Kalau orang bebetul menghias rumah, memang tak letak gini haha

Konsep saya senang jer
Asalkan tak berselerak sangat, asalkan guna letak tempat asal
Saya ok jer.



Yang penting, mudah anak-anak dan saya nak guna satu-satu benda tu
Make it practical jer la
Ada anak kecik macam ni la mudah 
Takleh nak perfect sangat
Kalau sakit mata mandang pun, cubalah rawat sendiri hahhaa
Lepas main, suh dorang kemas
Kalau malas kemas, sila siap sedia mama amik plastik itam
Sumbat masuk dalam tu, setel!

Haa, mau anak berani nak buat sepah lepas main.
Dah main atau guna buku, sila kemas sendiri
Gitew!






Saya suka yang simple ajer
Dan paling penting, ada pokok dalam rumah
Both. Artificial plant dan pokok idop segan mati tak mau






Actually, ni gambar lama. Bulan Ogos punya haha
Dah sekian lama dah bertukar deko kat sini
Kalau korang follow fb dan IG, mesti dah tengok sikit
Nanti saya share yang dah alih-alih sikit tu haaa.

So, kat blog cuma tayangan dekorasi basi hihi
Takpelah kan. Janji korang suka entry deko
Mana-mana ada gambar, saya akan share
Cepat atau lambat
Dah ada baby, macam ni la.

Till then, selamat berhujung minggu buat yang bercuti
Dan selamat bekerja buat yang bekerja.

Bye!