Tuesday, November 7, 2017

5 Tips Kekalkan Momentum sebagai Dropshipper

Entry hari ni, saya nak share 5 tips kekalkan momentum sebagai Dropshipper berdasarkan pengalaman saya sendiri. 

Sebab apa yang saya dah lalui pengalaman jadi Dropshipper untuk beberapa produk, memang proven bahawa nak bermula tu mudah TAPI nak kekalkan momentum untuk kita teruskan dengan satu-satu produk tu agak sukar. Sampailah tahap, buat sekejap dah stop. 

Saya dah kenalpasti, ia berkaitan dengan diri sendiri. Kerana diri kita yang tentukan hala tuju bisnes kita macam mana. 


5 Tips Kekalkan Momentum sebagai Dropshipper:


1. Niat
Apa-apa pun bermula dengan niat. Memang la kita berbisnes untuk dapatkan duit. Motivasi duit ni besar pengaruhnya. TAPI, cuba kita adjust dulu niat tu. Awalkan nawaitu kita nak berniaga kerana Allah, agar asbab produk yang kita jual beri manfaat dunia dan akhirat. 


2. Cintai Produk dan Jadilah Penggunanya
Memang tak dinafikan la, tak semestinya produk yang kita jual tu, kita guna. Ala, takat nak jual jer pun, takkan la kalau tak guna aku tak boleh nak jual.

BOLEH... siapa kata tak boleh. Sebab dalam bisnes, takder betul atau salahnya dalam hal nak jual produk apa pun (kecuali yang dilarang agama dan undang-undang la).

TAPI... percayalah. Bila kita sendiri dah cintai produk tu dan kita guna. Kita akan lebih mudah nak sharing dan menjual berdasarkan pengalaman kita sendiri. Orang tanya apa pun, kita boleh jawab dan share. 


3. Study tentang Produk
Mula-mula join bisnes Dropship ni, cepat-cepat belajar pasal produk. Jangan harapkan Leader nak suap kita sepanjang masa. Usaha sendiri. Bila dah master tentang produk, percayalah, lebih mudah kita nak berbisnes. 


4. Bisnes Kita Tanggungjawab Kita
Ni berkait juga dengan #4. Bila kita dah anggap tu bisnes kita, kita kena bertanggungjawab, InsyaAllah kita akan lebih ambik berat dan bersungguh-sungguh dalam bisnes. Ingat yer. Leader bukan ada kita sorang jer dia nak jaga. Jangan asyik-asyik nak salahkan Leader jer. Ini, gambar produk pun 44 kali nak mintak ngan Leader. Haduihhhh! 


5. Tambah Ilmu, Buat Dream Board, Target dan Plan How to Achieve
Bisnes kalau tanpa ilmu, memang cerah harapan nak terjunam ke lautan nan dalam. Begitu juga tanpa hala tuju dan plan. Sebab, bila kita takder hala tuju. Tengok orang jual, ehh aku nak jual jugak laaa. Pastu, buat acuh tak acuh jer, sebab biasanya bisnes Dropship ni biasanya takder modal atau modal minimum jer. So, kita tak rasa tanggungjawab sangat. Kalau ada sale, ada la... takder takper. Cuba yang lain pulak. Begitulah tahun berganti tahun heehehe.

Tapi, bila kita ada dream board, target dan plan how to achieve the target, InsyaAllah, tindakan kita akan lebih fokus.

Jangan kedekut nak tambah ilmu. Dengan ilmu, campak ke mana-mana pun kita boleh survived.
Kat online pun bersepah ilmu kita boleh dapat. Rajin ngan tidak ajer nak selongkar dan belajar. Dah belajar jangan perap pulak hehhee. 



Saya pun terlompat-lompat jugak buat bisnes Dropship ni. Sebab tu apa saya tulis tu berdasarkan pengalaman saya sendiri. Mana yang baik, ambiklah sebagai panduan, yang tak baik tu, campak jauh-jauh, jangan ikut. Semoga apa juga bisnes yang kita buat, memberi manfaat, kejayaan dan kekayaan dunia akhirat. 


Nak Tips tambahan lagi?
Nanti saya share dalam entry akan datang.
Akan datang tu tak tau la bila hahhahaa. Saya cuba usahakan dalam minggu ni jugak, InsyaAllah. Buat masa ni, cuba korang hadamkan dan muhasabah apa yang saya share tu. Ada tak berkait dengan diri kita. 

No comments: