Friday, November 3, 2017

Ajinomoto boleh jadi 'baja' pokok?

Haaaa... saya pun terkejut bila tau daripada kawan, yang Ajinomoto buleh dijadikan baja untuk suburkan pokok. Pokok bunga boleh, sayur-sayuran dan buah-buahan pun boleh. CUMA TAK DIGALAKKAN UNTUK POKOK SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN. 



So, beberapa bulannn lepas, saya pun suruh husband belikan Ajinomoto saiz BESAR. Haaa, terkejut dia, tetiba bini wasap mintak belikan, sebab kitorang masak tak guna Ajinomoto. Nizam kalau makan makanan ada Ajinomoto dia selalunya akan sakit kepala.

Hahhh, ambik ko, seplastik besor terus. Maklumlah, pokok bunga kita boleh tahan bilangannya heehe. Ni pokok money plant yang kat dapur.




Daun  agak kekuningan, tak kena cahaya matahari dan tak pernah letak baca :P


Jom cuba membaja dengan Ajinomoto.




Lepas tu, saya letak 2 sudu Ajinomoto kat semua pokok bunga saya. Pokok kunyit dan kari pun saya letak hahhaha. Kat atas kemahen CAPSLOCK tulis tak digalakkan letak ekk, sekali saya pun letak. Takper, kita ber-eksperimen jer. Kesian tengok pokok kunyit dan kari tu. Kita tengok, depa semua ni membesar subur bagai juara tak?

Nak tau result dia... Nanti saya tunjuk. TUNGGUUUUU...

1 comment:

Cik Rose said...

Ros pun ade dengar petua tu dan baca di blog-blog. Tapi tak berani nak bereksperimen di daisy and rose kesayangan tu. Hihi.
Kak Ayu, cepat tunjuk result. Tak sabor ni. Hihi