Friday, November 10, 2017

Bila dah ada baby...

Bila dah ada baby...
Semua rutin harian berubah. Semua kena ikut jadual baby. Haaa, senang cakap dialah CEO yang tentukan hala tuju harian mama dia huhuuu. Haa, betul tak mak-mak sekalian?

Kalau dulu, hari Isnin - Jumaat bila Dania Alish dah pegi sekolah, saya solat dhuha, baca Yassin, pastu terus bancuh kopi secawan dan makan sekeping roti, terus angkut bawak naik SOHO kat bilik atas. Saya memerap dalam bilik lebih kurang dari jam 8.45 am sampai jam 11.30 am. Lepas tu turun masak, sebab Alish balik dari tadika lebih kurang jam 12.40 noon. Sekarang, no more ber-SOHO kat atas yer. 




Bila dah ada baby...
Nak keluar pun malas. Suruh nizam tapau jer. Ayra dah umur 9 bulan ni, baru sekali kitorang kuar breakfast bertiga. Sampai terkujat tuan kedai makan 3 beradik tu tengok kitorang bawak baby dah besar hehehe. Punyalah lama tak pegi memeriahkan acara breakfast kat kedai dorang tu. 


Bila dah ada baby...
Rumah tak bersapu beberapa hari tu biasa. Tapi, bila Ayra dah mula seret dada, dah mula tawaf sana-sini, kenalah menyapu jugak sebab rambut mama Ayra bersepah sana-sini. Dia pulak jenis semua benda nak masuk mulut, memang kena jaga kebersihan la bebetul. Lantai kat ruang tamu tetiap hari nak kena mop. Tapi, tu pun ikut mood hahaha. Tak larat wehh, sebab skang hari-hari kena masak sebab Nek Jah dan Ayah Su budak-budak ni ada kat sini. Pengsan kalu asik nak makan luar dah ramai ni, ahaks.


Bila dah ada baby...
Rumah bersepah sikit-sikit tu biasa. Buat-buat tak nampak sudah. Kalau selama ni kau nampak throw cushion senget sikit atau berada di luar kawasannya, ko terus pegi betulkan semula. Dah ada baby, anggaplah itu seni hiasan dekorasi terkini hahhaha. Kalau dah rasa semakkk sangat nengoknya, amik simpan jer dalam lemari. Biar jer la sofa tu kosong takder throw cushion pun hehhe. 



Bila dah ada baby...
Saya say NO to carpet. Guna tikar plastik cap Nilai 3 sudah hahah. Senang nak menten. Bila tengok iklan atau rumah orang ber-deko dengan geometri carpet, ko telan je ailio lelaju sambil berangan umah ko pun akan ada soon. Tapi masa tu carpet tu pasti dah out of trend, sebab nak tunggu baby umur 4 tahun hahhaha. 


Bila dah ada baby...
Bisnes pun makin berterabur. Kadang rasa nak pasrah jer. Takyah blogging, takyah bisnes. Duduk uruskan family jer sepenuh. Tapi, tak boleh, sebab suami bukan anak orang ado-ado, dan dia pun keje kulikutif jer hehehe. Nak taknak, kena buat jugak. Kalau tak, lagi menyusahkan dia kan? So, buat jer la setakat yang mampu. Walaupun dalam hati ni, bergelora macam-macam plan nak buat, tapi tak boleh nak buat. Plan takat dalam otak dan kekadang sempat la tulis kat buku. Buat tu, belum tentu... sobss sobbbb.



Bila dah ada baby...
Bersyukur, sebab walau macam mana susah sekali pun, baby adalah anugerah terindah Allah bagi. Lihat telatah dia, senyum dia, muka dia, badan dia yang berketak-ketak macam kfc tu, rasa syukur dan kadang rasa tak percaya... "Eh, aku ada baby lagi la" hehehehe.


Sempena Jumaat yang indah ini, saya doakan kawan-kawan yang masih menanti anugerah terindah ini, agar dikurniakan oleh Allah buat korang kelak. Teruskan berdoa dan berusaha. Allah akan berikan pada waktu yang tepat. Amin. 

No comments: