Wednesday, November 29, 2017

GIVEAWAY PERTAMA DARI BLOG IRDAGARMIN

Happy Birthday in advanced buat sahabat maya yang cantik jelita iaitu Irda, atau di alam maya dikenali sebagai Irda Garmin.




Bila Irda buat Giveaway Pertama, bersempena dengan her birthday month, saya rasa saya mesti join giveaway ni. Bukan kerana 3 buah buku yang bakal ditawarkan (tapi berharap jugak dapat ni, sebab saya gila buku hahaha). 

TAPI... sebagai tanda penghargaan atas friendship kami. Antara saya dan Irda, bermulanya perkenalan kami di alam maya ini kerana BLOG! 

Mula-mula kenal Irda, dah tak ingat tahun bila, tapi seusia la dengan blog Irda ni. Sebab Irda upah saya buat blog untuk beliau. Tapi, header Suhaida Sue yang buat, saya just buat blog ajer. 

Alhamdullillah, senang berurusan dengan Irda, sebab Irda ni jenis yang mudah kita nak bincang, tak cerewet, dan mudah mesra. No wonder la Irda success dalam semua kerja dan bisnes yang dia buat, sebab her attitude dan pembawakan diri. Orang akan rasa selesa dan percaya dengan Irda.

Selain tu, Irda ada jugak beli Dexandra Perfume dan VCS Skincare Annona. Malah, Irda rekemen kawan opis beliau beli Dexandra dengan saya. 

Kadang-kadang ada juga ber-whatsapp dengan Irda sembang pasal Blogging, sebab saya peratiiii jer dia ni kan, dia dah lagi expert dari saya tauuu. Haaa, harus la saya pun nak korek ilmu apa dia pakai hahaha.

Ya Allah, indahnya aturan Allah bagi kan? Daripada stranger dah jadi kawan, walaupun tak pernah bersua muka. Jalinan tu rasa rapat jer. 


Menjawab 2 soalan Irda untuk Giveaway ni, Kak Ayu ringkaskan kat sini yer, sebab kat atas tu dah panjang membebel hehee. 


1. Topik yang disukai
Basically, kak ayu suka semua yang Irda share. Sebab apa? Sebab cara penulisan Irda adalah "dari hati", maka ia sampailah ke hati yang membacanya. Irda menulis dengan style tersendiri. Setiap sharing yang Irda sampaikan adalah berinformasi, ringkas dan padat.


Kak ayu juga suka bila Irda share gambar Irda. Suka tengok Irda, sebab Irda bergaya, outstanding dan cantik. *Bukan bodek tau, sebab kat FB pun akak suka tengok Irda. Penuh dengan gaya yang berkarisma, walaupun berpenampilan simple ajer.


2. Cadangan penambahbaikan
Ni nak jadi Cikgu Bahasa Melayu jelmaan sikit, boleh? Hahhaha.

Akak cadangkan Irda:
  • Menulis dengan ejaan penuh (walaupun ayat santai, tapi ejaan penuh tu penting) supaya nampak kita lebih profesional dan serius menulis. Di facebook pun sama, ejaan penuh tu penting. 
  • Cara mengeja atau style ayat masa kini still boleh guna, contohnya "matik ler kalu cenggini", tapi tulis dengan ejaan yang mudah difahami. Sebab, Kak Ayu yakin, Irda nak pergi 'jauh' dan serius berblog. Tak mau guna ejaan wicet tau, hakak tak faham dikkk. Hhahaaha. Tapi, Irda takder la guna bahasa wicet, saja bagi contoh :P
  • Tanda bacaan, sebolehnya kena jaga. 

Lain-lain... semua BEST!

Jangan ambik hati tau, akak komen ni hihihi. Semoga Irda dan blog Irda akan terus berjaya dan Irda akan jadi antara blogger yang tersohor.

All the best, keep on blogging and once again, HAPPY BIRTHDAY IN ADVANCED!


Love;
Kak Ayu

P/S: If korang nak join Birthday Giveaway by Irda Garmin ni, boleh klik link kat gambar kat atas tu yer :P


2 comments:

sis gee said...

kelako bahasa wicet!akak pun dop paham!hahaha...

Zuhaira Nasrin said...

all the best kak ayu :)