Wednesday, November 15, 2017

"Jadi ibu bapa yang anak-anak bangga memiliki" - Adlil Rajiah



Tak tau la atas faktor penuaan ke, krisis nak masuk umur 40 tahun ke, tapi hari demi hari rasa macam cepatnya masa berlalu, dan cepatnya anak-anak membesar. 

Ini baru 3 orang anak, belum lagi lebih dari tu. Syahdu dah lain macam. Mana taknya, yang sulung dah umur 11 tahun. Dah jadik geng berebut cermin bila bersiap nak pegi jejalan. Tu belum kira lagi dia dok mintak mama belikan shawl online untuk dia. Amboii sangat ni. Sib baik mama bukan kaki layan Lazada, kalau tak... dia lelebih order hahaa.

Anak kedua pulak, dah umur 6 tahun. Itu lagi banyak ragamnya, maklumlah anak bujang nan sorang. Dia punya clingy tu, lain macam. Masih setia nak cium tangan mama sedut lama-lama lepaskan rindu. Bab berpakaian pulak, memilih ya hampun. Janganla kasik pakaian atau sarung bantal kain berbulu walau sikit. Tobat dia takkan pakai atau guna. 

Si bongsu pulak, dah umur 10 bulan. Ni lagi cepat rasa berjalan. Walaupun belum boleh merangkak, baru dok hayun-hayun badan nak seimbangkan untuk cubaan merangkak, tapi dia punya progress membesar tu, rasa cepat sangat. Baby membesar, mamanya pun ikut membesar sama. Oh no! Berat saya dah 55kg timbang kat Az-Zahran Bangi Ahad lepas. Berat Ayra pulak 8.5kg. Ini yang misi mamanya nak kuruskan badan bermula. Tapi tak mula pun lagi hahhaha.



Macam tu la bila ada anak. 

Tak kira apa pun perangai anak, dan perangai kita sendiri sebagai ibu bapa. Kita nak berikan yang terbaik untuk mereka. Kita nak mereka selesa, sihat, hidup senang dan dapat apa yang kita tak pernah dapat dulu. 

Cuma, biarlah apa yang kita nak berikan tu, masih dalam lingkungan kemampuan kita. Dan kita kena terangkan dengan berhemah kepada mereka setiap Do & Dont's, supaya mereka faham kenapa dan mengapa ada Do & Dont's dalam kehidupan ini.

Jadiilah ibu bapa yang anak-anak bangga memiliki. Kerana merekalah harta dunia akhirat kita dan merekalah amanah yang Allah berikan buat kita. Selamat berusaha menjadi ibu bapa yang lebih baik dari semalam. 

No comments: