Saturday, November 11, 2017

Mood Cuti Sekolah



Exam akhir tahun dah. Buku teks dah hantar semula kat sekolah. Minggu depan sabtu pulak majlis konvo Hariz. Amboii, budak sekarang kan? Tadika pun dah konvo huhuuu.

Musim hujan dan tengkujuh dah mula. Hujan, mendung, sejuk. Mengundang malas nak mandi haahha. Pagi-petang-siang mandi mesti nak on water heater. Tak sanggup nak mandi air sejuk. Kekambingan sangat kitorang 3 beranak (saya, dania, alish). Ayra lagi la, basuh bontot guna air paip pun melalak sejukk :P


Mood cuti sekolah dah on sangat-sangat. Nasib baik anak-anak jenis suka pegi sekolah. Tetiba rasa sebak sebak sebab lagi 2 minggu tamatlah Alish ber-tadika kat tadika. Dia seronok sangat kat tadika ni. Banyak improvements sejak dia blaja kat sini. Boleh laa, untuk budak yang kat umah asik layan tv ajer huhu.


Apa nak buat hari minggu yang sejuk macam ni? 

No comments: