Thursday, November 23, 2017

Penyelesaian Entry Dekorasi Tak Keluar Gambar

Masa edit Labels kat blog, patahnya hati bila tengok ruang gambar-gambar kat entries blog banyak yang 'lopong'. Takder gambar. Hanya ada kotak saja. Kecewanya rasa. Saya dah pernah share kan masalah ni kenapa jadik. Huuhhu.

Dah la kebanyakan gambar saya tak save atau dah delete. Ada jugak gambar yang dah hilang masa laptop di-format. Memang takleh buat apa dah.

Tahun 2016


Nak taknak, kalau nak entries semua tu ada gambar lagi, saya ada 2 options:

  • Edit semula entries
  • Buat entry baru

Mana-mana gambar untuk entries yang masih ada dalam simpanan, boleh la edit (re-upload). Tapi, kalau yang dah takder? Terpaksalah biarkan melopong ajer, atau edit the whole entry, supaya takder tele- dengan gambar yang takder.

Oh tidak!

Saya tak sanggup nak hadap entry yang dah basi, malah ada yang dah bertahun-tahun punya. Lagi pun, rasa macam buang masa pulak. Sebab entries dah lama, macam tak worth it nak hadap semula. Dah la dengan kebizian dengan urusan lain kat umah ni.

Tahun 2013


So, saya decide untuk buat option kedua, iaitu buat entry baru.

Mana-mana ada gambar yang masih dalam simpanan, saya akan buat entry baru dengan feel dan style yang lebih segar. Gitewww. Hahhahaa.

So, harapan saya, janganlah muntah ijau bila tengok gambar-gambar berkurun lama ku rahsiakan cintaku padamu saya share semula kat sini tau hihihi.

Tahun 2011

Takper, kita anggap jer entry tu sebagai #DownTheMemoryLane gitu hehehe. Boleh kan? So, senang sikit kerja saya nak sharing pasal dekorasi lepas ni. Up ajer gambar lama, buat pengisian baru sebagai entry.

So, buat masa ni saya masih lagi dalam proses revamp blog, supaya lebih interaktif untuk pembaca yang saya kasihi sekalian. InsyaAllah, niche blog ni akan lebih kepada dekorasi. Sebab, saya tau, ramai yang baca blog ni adalah pencinta dekorasi. 


Till then, tunggu entry-entry Dekorasi bersama Ayu Rashid :D


P/S:
Dalam ketiga-tiga gambar saya letak tu kannn. Apa PERSAMAAN yang ada dalam gambar tu? Sila tinggalkan komen untuk jawapan korang hehehe. 

4 comments:

Zie Azi said...

lama perasan dah, sy ingt laptop sy pob tak boleh loading gambar, bila bukk blog org lain bolh pulk view gambar.. suka tgok deco2 ayu..

Anonymous said...

Memg perasan sgtlah tiga2 entry ada pokok bunga..money plate tu..hihi..ayukn memg suka pokok bunga..kat mna2 pun dlm umh ayu msti ada kan..

Rahayu said...

Huhuu...mula2 saya pun ingat internet saya yg problem. Sedihnya rasa 😑

Rahayu said...

😁 kebetulan saya amik gmbr ada pokok tu untuk entry ni. Tapi semua dah arwah haha