Thursday, November 30, 2017

Resepi Cekodok Pisang Makan Bersama Vanilla Aiskrim

Makin nak turunkan berat badan (5kg), makin menjadi-jadi selera makan. Pastu, ehhh pantang tengok orang share resepi atau tengok gambar makanan (especially kat Instagram), makin menjadi-jadi nak cuba masak jugak. 

Semalam, tengok IG @zazathevogue share dia makan cedokok pisang dengan vanilla aiskrim. Katanya Keknis Hanis Zalikha share resepi ni. Eh, terliur pulak tengok, sebab zaza siap share video lagi. Melting tengok!

Terus hari ni beli pisang dan aiskrim vanilla dan terus buat. Korang mesti cuba, senang dan sedap giler, rasa macam makan kat Secret Recipe haaahah.

Meh, saya share resepi Cekodok Pisang Makan Bersama Vanilla Aiskrim. Kalau nak gemuk, biar bersama-sama hehehe.

Bahan-bahan untuk buat cekodok pisang, takkan korang tak tau kottt ehehhee. Takper, sebab saya dah kenyang makan ni, saya share jugak resepinya dengan korang. Ini version saya punya resepi tau, kalau tak rangup tak sedap, nasib la. Tapi, kat tekak saya ni, mavelesss!

Bahan-bahan:
Pisang
Tepung gandum
Tepung beras (letak sikit jer, supaya cekodok rangup diluar)
Air
Garam
Gula
Minyak masak

Cara-cara buat cekodok:
Bancuh dan adun semua bahan-bahan di atas.
Goreng cekodok 


Dah siap tu, apa lagi... ambik pinggan. Amik cekodok dan aiskrim vanilla letak dalam pinggan. Ambik sudu. Baca bismillah. Baca doa makan. Ngapppp. Ya Allah, sedapnyaaaaa. Serius macam rasa makan kek coklat dengan vanilla ice cream kat Secret Recipe. Ini, tahap jimat giler untuk membahagiakan tekak, meredakan stress dan menambah berat badan hihi.



Saja letak gambar lagi, kasik korang terliur dan  terus pegi kedai beli bahan-bahan nak buat cekodok ni hehehe. 


 Selamat mencuba!

6 comments:

Zuhaira Nasrin said...

selalu nampak keknis makan macam ni. hehe teringin nak cuba!

Rahayu said...

Try la aira. Memang sedap 😀

Angel~Yun Ying said...

Saya dapat byk pisang dari kampung. Boleh try nanti

Sheila Adziz said...

Wow. Cam menarik jer. Akak xpernah cuba lg mkn ngn aiskrim vanila

Rabiahtul Adawiyah said...

sedapnya

amirulfaiz said...

Wah, tak payah pergi Secret Recipe lagi macam ni.. 😊