Tuesday, November 28, 2017

Resepi Nasi Goreng Ikan Ringkas dan Sedap

Biasanya, bila ada lebihan ikan goreng, kita bagi kucing kan? Hehehe. Tapi bila dah takder idea nak masak apa untuk breakfast atau dinner, meh la kita kongsi ikan goreng tu dengan kucing. Sekor untuk kau, 2 ekor untuk kami sekeluarga 😋

Cara dan bahan nak masak nasil goreng ikan ni senang jer. Tak perlu letak telur dan sayur pun okey.

Kalau nak meletops rasanya, buat la pedas-pedas letak cili kering atau cili padi. Memang lupa terus azam nak diet nak kurus macam Maya Karin & si pengantin baru Pajurah.

Okey, membebel tak abes-abes. Resepi mana?

Ni dia.

Bahan-bahan:
Nasi
Bawang merah *
Bawang putih *
Cili padi @ cili kering *
Ikan goreng *
Minyak untuk menumis
Garam
Gula

Cara-cara:

Tumbuk bahan bertanda (*)

Ikan goreng tu asingkan tulang, jangan letak sekor camtu pulak hehee.

Tumis bahan ditumbuk tadi sampai garing


Nasi yang dah sedia untuk digoreng


Masukkan nasik dalam bahan ditumis tadi


Masukkan garam & gula. 
Goreng sampai garing. Nak masukkan sayur pun boleh.


Dah siap!

Selamat mencuba 😎

2 comments:

Zuhaira Nasrin said...

aira pun selalu jugak guna ikan goreng yang lebih buat nasi goreng :D

rabiahtul said...

Sedapp.umi rabia pun suka masak nasi goreng letak ikan..sedapp