Friday, November 10, 2017

Resepi sambal petai ikan bilis rangup, sedap dan mudah

Minggu lepas, mak kawan tadika Hariz buat jualan amal petai untuk patient beliau. Maka, meriahlah whatsapp group tadika dengan aktiviti order-mengorder heehe. Saya beli 2 ikat. Tak tau la bila nak abes ni, luak seikat jer saya buat sambal ikan bilis petai.

Saya nak share resepi style saya. Sambal petai ikan bilis rangup, sedap dan mudah. Haaa, sedap tu mesti tulis yer, sebab pada tekak saya memang sedap hahaha.

BAHAN-BAHAN:

Ikan bilis
Petai
Minyak untuk menumis
Garam
Gula
*saya masak tak guna Ajinomoto, Ajinomoto hya utk baja pokok hah hahhh!

Bahan untuk sambal (blender)
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering




Kopek kulit petai dengan penuh kasih sayang



Goreng ikan bilis dengan api perlahan sampai garing.

Nak goreng ikan bilis ni, kena sabar. Kalau guna api besar cepat hangus nanti, memang konfemlah tak sedap masakan nanti. Ingat tu, sabar sebelum dapat makan sedap :P

Dah garing, cepat-cepat tos-kan.
Jangan buang minyak yang buat goreng ikan bilis tu, gunakan untuk menumis sambal.

KEMUDIAN:
Tumis sambal sama macam kita tumis sambal nak buat nasik lemak.

Garam & gula masukkan masa proses menumis ni atau masa dah letak petai.

*takder gambar yang masa proses buat sambal ni, terus skip gambar kat bawah yang dah letak petai

Bila sambal dah garing, masukkan petai.
Goreng petai ni ikut suka selera masing-masing.
Kalau suka petai masih rangup, goreng kejap ajer. Begitu jugak sebaliknya.

Dah siap tu, masukkan dalam pinggan kangkung yang mak mertua kasik.
Haa, ni menantu hantu, tengok mak mertua ada pinggan kangkung, dia mintak sebijik haha.
"Mak, nak pinggan kangkung 1, nak guna buat ambik gambar makanan Ayu masak"
Haaa... ko mampu mintak pinggan ngan mak mertua hihihi.

Ni la rahsia dan tips nak kekalkan ikan bilis rangup walaupun dah letak dalam sambal.
Gaul ikan bilis bila sambal dah suam atau sejuk.

Sebab, bila kita gaul atau masukkan masa sambal masih atas dapur, atau masih panas.
Ikan bilik akan jadik lemau. Seksa nak makan. 

Dah sejuk atau suam, baru gaul dalam mangkuk.
Haa, begitu yer tipsnya Cik Jah & Cik Kiah sekalian
(muncung mulutt sketttt hahaha)

Yer begini caranya.



Gaul sampai ikan bilis dan dan sambal yang dah berisi petai tu sehati berdansa di dalam pinggan kangkung.



Dah siap!



Selamat mencuba!

P/S: 
Saya ada baca petua nak kasik ikan bilis goreng kekal rangup. Caranya rendam ikan bilis yang dah dibasuh dengan air yang dicampur sedikit cuka. Lepas tu basuh, then baru goreng. Cubalah!

1 comment:

Zuhaira Nasrin said...

nampak sedap!
btw, ni aira, www.airanasrin.com dari blogger pantai timur juga :)