Tuesday, November 14, 2017

Servis Edit Blog Murah by Sis Hawa

Sebelum ni, saya godek-godek blog sendiri, kecuali header sentiasa tempah dengan Suhaida (suesukasusun). Konon nak blaja buat design sendiri, tapi kemalasan ya hampunn. So, tempah ajer lah. Setel hehhee.

3 bulan lepas lebih kurang, saya rasa saya kena tukar template blog kepada yang mesra SEO. Then, ada kawan rekemen Siti Awadah atau nama popular beliau sebagai blogger Sis Hawa. So, bermulalah sesi Add Friend Awa kat FB, pastu ber-PM dan ber-WA.




Mulanya nak edit blog untuk blog www.ayurashid.com ajer. Pastu, saya rasa selesa berurusan dengan Awa, terus tamak nak edit sekali untuk blog Dexandra. Bukan takat edit jer blog Dexandra ni tau, malah mintak Awa uruskan 'pembelian' domain. Haaa, punyalah ko malas kan Ayu, padahal boleh jer buat sendiri urusan domain tu hahaha. Well, makcik bizi uols. Dah Awa tawarkan pakej baekkk punya, teruslah sambar, buat sekali harung :P



Masa Awa cakap berapa caj edit blog tu, tanjat gegirl tau (gegirl purbakala hahha), harga dia cuma RMxx ajer. Dengan bayaran RMxx tu, korang akan dapat servis dari Awa untuk:

  • Tukar whole blog template dari yang biasa KE template mesra SEO
  • Header 
  • Gadjet-gadjet diletakkan upon request 
  • Advise berkaitan blog (jika kita tanya, tapi jangan la lelebih, kesian Awa hehe)

Selain edit template segala tu, Awa jugak bagi servis uruskan pembelian domain. Korang bagi info dan payment jer, Awa akan uruskan. Gigih saya dan Awa dok fikir dan search domain name available dengan perkataan dexandra. Hihi, akhirnya wujudlah domain nama www.dexandralover.com dengan Tagline Oh Wanginya Dexandra.


Saya rekemen jika korang nak tukar template blog, bolehlah contact awa. Dah 2 orang kawan saya dah amik servis Awa. Alhamdullilah, happy for them dan dalam masa sama dapat bantu Awa untuk tambah client. 

Ni saya bagi contact Sis Awa untuk korang terus contact:
Facebook: Siti Awadah


Last but not least. Thank you Awa for the great service & for the friendship. Dah jadik kawan ngadu susah senang dah hihihi. Eh, Thank you jugak jemput Kak Ayu join Team Blogger Pantai Timur

Ada lagi nak share tentang 1 lagi servis yang Awa tolong buatkan untuk saya. Next entry ya :)


8 comments:

Shikin Razali said...

Design yang dibuat oleh Sis Hawa memang tip top.. Saya pun satu hari nanti nakkan perkhidmatan dia.. Anyway, blog sis memang cantik dan clean jea..

Rahayu said...

Hi Shikin 😀
Cepat-cepat ambik. Berbaloi-baloi. Nanti makin semangat nak blogging 🤗

Rahayu said...

Hi Shikin 😀
Cepat-cepat ambik. Berbaloi-baloi. Nanti makin semangat nak blogging 🤗

Cik Rose said...

wahh terbaik kan.. CIk Rose pulak yang tergoda ni. macam nak buat baju baru jugak untuk blog. hihi

sis gee said...

air tangan Sis Hawa tak pernah tak cantik! blog gee pun Sis Hawa make overkan..hehe

Rabiahtul Adawiyah said...

Rasa mcm nk tukar domain jugak

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Ramai yang pakai servis blog makeover sis hawa ni .design2 dia memang meletoppp

Cik Ash said...

ramai berpuashati dengan servis sis awa