Thursday, November 2, 2017

Tips Pantas Kemas 5 Bahagian Rumah Setiap Hari

Tips ni sesuai untuk semua golongan wanita, tak kiralah kita ni surirumah, wahm, wanita bekerja atau orang bujang yang duduk menyewa. Haaa, bujang pun jangan nak malas kemas rumah. Harapkan jer bergaya melaram sakan, tapi bila tengok rumah, ya ampuuunnnn, kenapa pemalas sangat kamu semua ni, hahhaha. Ni contohhhh. Jangan ada yang terasa pulak heheeee.

Tips pantas kemas 5 bahagian rumah setiap hari yang saya nak share merangkumi ruang tamu, dapur, bilik tidur, toilet dan beranda atau balkoni.


1. Ruang Tamu
  • Jumlah perabot, saiz dan susun atur perabot di ruang tamu mainkan peranan. Sesuaikanlah dengan saiz ruang tamu kediaman kita. Kalau kita ni jenis sentiasa busy dan taknak bebankan badan berkemas dan sesakkan otak tengok rumah bersepah, konsep minimalis atau less is more adalah pilihan terbaik.
  • Minimunkan hiasan, takyah la pasu-pasu atau frame kecik banyak sangat. Sikit sudahla.
  • Jika ada throw cushion atas sofa, janganlah terlalu banyak. Cukup beberapa bijik untuk naikkan seri ruang tamu tu.
  • Jika anak bermain di ruang tamu, didik mereka, lepas main terus kemas. Kemas sama macam kita sebagai mak kemas. 
  • Kemas ruang tamu setiap malam sebelum kita tidur. So, bila bangun pagi esoknya tu, satu kerja kita dah takyah buat: mengemas ruang tamu.



2. Dapur
  • Terapkan disiplin: lepas makan minum, dipersilakan cuci pinggan cawan mangkuk ayun segala yang masing-masing guna. Tak payah ngada malas sangat nak longgok kat sinki tunggu mak atau orang lain basuh. Apa, tangan tu berkudis ke kalu cuci sendiri? 
  • Rules bila masak: siap masak, siaplah berkemas segala peralatan dapur yang kita guna untuk masak. Sesambil masak tu, boleh jer kita terus basuh benda yang kita guna, contohnya besen, pisau dan mangkuk.
  • Sampah tetiap hari buang. Kalau boleh 2x sehari, dan malam WAJIB pastikan tiada sampah dalam tong sampah. Lagi pun, dalam Islam pun dah cakap, tak elok ada sampah dalam rumah waktu malam. Jangan nak sayang plastik sampah pulak, nak tunggu penuh sampahnya baru nak buang. Haiiihhh, kedeks sangat pun tak boleh jugak hehehe.
  • Susun pinggan mangkuk cawan di tempatnya atau rak dengan kemas. Tak perlu sampai tahap nak jadi OCD pun, asalkan kemas tersusun sudah ler. Sebab tu saya tak suka banyak pinggan 
  • Letak kat ruang terbuka peralatan yang hari-hari kita guna ajer. Kalau contoh kita ada 10 kuali Tefal, 9 atau 8 simpan la dalam ruang tertutup macam kitchen kabinet. Kuarkan yang kita akan setiap hari guna sudaaaa.
  • Seperti jugak ruang tamu, kemas dapur sebelum masuk tidur.



3. Bilik Tidur
  • Gunakan konsep minimalis is better
  • Kemas bilik setiap pagi bila bangun dari tidur. Ni takyah nak ajar la caner kan. Penat saya nak taip. Hahhahhaa
  • Basuh cadar setiap minggu. Kalau rajin, 2x seminggu especially yang ada anak kecik. Walaupun dorang tak poo poo atas katil tu, tapi untuk tujuan hygiene dan keselesaan.
  • Letak sepasu pokok hidup, untuk kekalkan pengudaraan yang segar dan ceria. Pokok money plant pun boleh. Heh, nak jugak money plant tu :P



4. Toilet
  • Susun toilettories dengan kemas. Pastikan setiap ahli dalam rumah disiplin. Amik situ, simpan situ semula dengan elok.
  • Takyah tunggu seminggu sekali baru nak cuci toilet, nampak jer cam tak berapa bersih, terus ambik berus sental. Sesambil mandi tu haaa, sempat ajer menyental.



5. Beranda atau Balkoni
Ini saya pun selalu failed haha, tapi nak jugak bagi tips. Maklumlah beranda dah kemas sekarang hehhee.
  • Rak kasut pastikan sentiasa kemas. Ambik-simpan kasut selipar dengan teratur
  • Sapu beranda bila nampak ia dah perlu disapu
  • Jika ada letak pasu bunga di beranda, jangan siram terlalu kerap dengan air yang banyak, nanti cepat berlumut lantai beranda
  • Jika ada basikal, motorsikal atau apa-apa barang kat beranda, pastikan ia sentiasa tersusun.

Haaaa... selamat meng-aplikasi-kan tips-tips ni. Ni cara saya buat dan ada terbaca jugak orang lain buat. Bila kita dah buat tetiap hari, so takder la bila sebulan sekali atau setahun sekali masa nak raya tu macam nak pengsan mengemas. Sikit-sikit sudah, dengan kata lain kita maintain ajer kemas rumah. So rumah akan sentiasa nampak kemas dan teratur. 

Till then, semoga tips ni bermanfaat dan feels free to share :)

Images source: Google Image

4 comments:

adianiez AIDA said...

menarik tips yg dikongsi.

amirulfaiz said...

Baik, saya nak mulakan dengan ruang tamu dulu lah.

Nik Khazami Nik aziz said...

lagi best kalau pasang music masa tgh mengemas. baru seronok. hehe

Cik Puan Ena said...

nasib rumah kecik..kalau besar jenuh nk kemas..hehe. yg pnting ruang tamu..org masuk2 rumah jumpa ruang tamu kn. 1st impression. tp dapur faveret sy.. kalau bsepah xde feel nk masak.