Thursday, December 21, 2017

3 Tips Asas Hias Rumah Flat

Saya suka tinggal di rumah flat. Sebab saya rasa dengan keluasan yang tak seberapa, rumah senang nak dijaga dan diuruskan. 

Jangan pedulikan jika persekitaran luar tak secantik, tak se-gah dan mungkin tak sebersih apartment atau kondominium, namun kita masih boleh jaga dan hias rumah kita dengan sebaik dan secantik yang mungkin tanpa perlu keluarkan bajet yang besar. 

Fokus saja kepada 3 tips asas hias rumah flat yang saya nak share dengan korang berdasarkan pengalaman saya dan suami tinggal di 2 buah rumah flat semasa tinggal di Flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam. 


1. Cat rumah dengan warna PUTIH
Warna dinding memainkan peranan yang sangat penting. Warna yang paling selamat ialah warna putih. Elakkan pasang wallpaper walau dengan corak minima sekalipun. 

Bila dinding berwarna putih, bonus yang kita akan dapat ialah kita mudah nak mix & match perabot, langsir dan pelbagai decor items untuk menaikkan seri rumah, dan dalam masa yang sama ruang masih nampak luas dan selesa. 


2. Perabot dan hiasan yang berkonsep minimalis atau less is more
Tak perlu semua benda nak sumbat letak dalam rumah yer. Jangan rambang mata membeli dan men-deko. Beli atau letakkan perabot yang bersaiz sederhana, minimalis dalam keseluruhan decor items dan tak perlu berlebih-lebih. Hiasan kecik-kecik macam pasu, frame, atau apa-apa jer lah yang boleh sesakkan mata, tak perlu letak. Cukup satu atau dua decor items yang kelihatan outstanding jer kita letak. 

Kalau rasa nak tambah, selalu zikir: less is more... less is more... less is more :P

Contoh idea dekorasi dengan dinding warna putih, perabot yang minima dan decor items yang ringkas. Lawa giler kan?

Sepasu pokok kat sudut tu dah cukup outstanding untuk menyerlahkan ruang. Cuba bayangkan sudut ni tanpa pokok sepasu tu. Mesti kurang serinya.


Ruang ini didominasi warna putih. Throw cushions warna biru atas sofa tu menjadikan ruang ni terus woww!

Sejuk mata memandang. Suasana jadi nampak lapang dan tenang.
Dekorasi ringkas yang terserlah dan stylish.


3. Langsir
Langsir ni umpama jantung hati rumah. Untuk rumah flat, kita just gunakan langsir bercorak minima atau lagi elok langsir polos. Warna pulak, pilihlah yang serasi dengan warna items decor yang lain (sofa, throw cushion dan karpet)

Langsir gantung dari siling untuk ilusi rumah tinggi dan lapang. Langsir mesti labuh sampai lantai. Orang jer pakai skirt, tingkap takyah ber-skirt bagai okey hehehe. Memang cacat terus penampilan kalau langsir kemetot jer. 

OPSSS... takpayah nak langsir ada ropol atau kerawang kat kepala tu yer, crowded nanti. Less is more... less is more. Ingat tuh!

Contoh langsir yang sesuai dan cantik untuk rumah flat:






Semoga 3 tips yang saya kongsikan ni dapat berikan idea dan inspirasi untuk kita mendeko rumah flat. Biar rumah kecik, asalkan kemas, selesa dan cantik dimata kita. Semoga rumah kita adalah syurga dunia yang didalamnya penuh cinta dan kasih sayang.


Selamat berdeko-deko :D

IMAGES SOURCE: Google Image


2 comments:

Zie Azi said...

rumah nmpk luas klu sesuai degn cat yg kita paki, rumah sy pun banyak paki warna putih.. ruang tak besar.. hihii

SITI AWADAH said...

cat putih nmpk ruang jdi luas... lawa!! awa suka konsep simple minimalis cm atas tu. tak serabut