Tuesday, December 19, 2017

5 Tips Bercuti dan Bermalam di Hotel Bersama Bayi

Bercuti dan bermalam di hotel dengan membawa bayi, mesti rasa mencabar kan? 

Jom kita sama-sama baca tips bawa bayi bercuti dan bermalam di hotel. Manalah tau, ada rezeki nak jejalan duduk hotel kan hehee.


1. Pilih bilik hotel yang selesa ikut berapa orang ahli keluarga yang kita nak bawa. 
Ini memang melibatkan bajet la kan. Sebab saiz bilik dan facilities yang kita akan dapat bergantung jugak pada bajet yang kita sanggup leburkan keluarkan. Tapi, bila ada bayi, kenalah extra lagi perkara yang kita perlu fikirkan, agar semua ahli keluarga yang pergi rasa selesa.




2. Bawa extra keperluan khusus untuk bayi.
Contohnya seperti comforter atau quilt, bantal bayi dan tuala. Takmau la kasik bayi guna tuala hotel. Saya kalau duduk di hotel masa takder baby pun, saya akan sentiasa bawa selimut, cadar dan bantal. Sebab kita mungkin perlukan lebih dan jika anak-anak jenis cerewet dan bantal hotel mungkin terlalu tebal untuk anak-anak, apalagi bayi. 

Jangan lupa bawak minyak telon, manalah tau kang kembung perut atau kesejukan pulak dok dalam ekon. Balm bayi pun jangan lupa bawak siap-siap. Pakaian tidur yang selesa dan stoking pun mesti ada, maklumlah dalam hotel kan ber-ekon. Kalau baby tak biasa tidur dalam ekon kat rumah, kesian dia tetiba bersejuk sampai ke pagi. Kalau tak selesa, mau baby menanges. So, prepare semuanya elok-elok. Buat list sebelum pergi, senang nak buat senarai semak.




3. Aplikasi HP atau laptop install siap-siap bacaan MP3 surah-surah pilihan, terutamanya Surah Al-Baqarah.
Yang ni, saya tak perlu ulas, kita mesti tau sebabnya kenapa kan? Seeloknya, jangan bagi bayi masuk dalam bilik dulu sebelum orang dewasa masuk. Orang dewasa yang mula-mula masuk tu (biasanya si ayah la kan?). Pastikan bagi salam sebelum masuk, baca surah-surah yang perlu dan pasang siap-siap surah Al-Baqarah. Lepas tu, baru bawa bayi masuk bilik.




4. Check-in hotel sebelum waktu Asar.
Rancang perjalanan supaya kita sempat check-in hotel sebelum waktu Asar. Biasanya pukul 3pm kita dah boleh check-in. So,  bila dah masuk bilik tu, cubalah untuk tidak keluar dari bilik sehingga lepas waktu maghrib. Pasti kita tau kenapa kan?




5. Pastikan bayi sihat, kenyang, dah mandi dan rasa selesa
Bila bayi dalam keadaan yang selesa, InsyaAllah semuanya akan ok. Percutian kita pasti lebih menyeronokkan dan memberikan kenangan yang manis.



Saya pernah kena, masa tu anak sulung saya umur dalam setahun lebih. Bawak pergi Port Dickson. Check-in hotel dah malam. Haaa, malamnya dia melalak-lalakkkk. Nasib baik pergi tu sekali dengan family kakak nizam. Kalau kitorang 3 beranak ajer, memang time-time tu jugak kami check-out hahahhaa.

So, apa saya tulis ni berdasarkan pengalaman tu la. Sebab tu saya banyak kali tekankan tentang bacaan surah dan waktu check-in biarlah sebelum waktu asar. 

Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah walau di mana jua kita berada. Selamat bercuti kepada anda yang hendak bercuti! 

1 comment:

Zuhaira Nasrin said...

bagus tips ni, bila ada bayi kena extra careful kan :)