Sunday, December 24, 2017

7 Hari Lagi Dalam Tahun 2017

Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin

Lagi 7 hari jer kita berada dalam tahun 2017. Hari Isnin depan dah masuk tahun baru 2018. Sedia ke tak, bila dah sampai waktunya, kena redah jugak. Gitu la kehidupan. Putaran alam tak tunggu kita sesaat pun. 


Dalam masa 7 hari ni, semoga sempatlah kita muhasabah balik, buat throwback, apa yang kita dah buat dan capai sepanjang tahun 2017. Impian, wishlist... semua la. Takat mana capainya? Kalau tak capai lagi, carry forward ke tahun depan ekk? hehhehe.

Takpelah, yang berlalu tu, biarlah berlalu. 

Masa yang lepas tak boleh nak ulang semula dah. Yang penting, kita ambik sebagai pengalaman dan pengajaran. Tak perlu tunggu tahun baru pun untuk kita revised dan improved apa yang kita nak capai. Selagi ada usia Allah pinjamkan, itulah kesempatan yang kita mesti rebut untuk berubah dan jadi lebih baik.

Tak perlu bersaing dengan orang lain. Bersaing jer dengan diri sendiri. Adakah hari ini lebih baik dari semalam? Apa perlu kita buat kalau nak jadi lebih baik dari semalam?

Hidup ni singkat jer.

Jangan bazirkan untuk perkara yang tak termampu kita buat, sampai tahap kita jadi stress. Jadi diri sendiri, enjoi setiap detik yang Allah kasik, dan sentiasa bersyukur.

Hmmm... rasa nak buat recap 2017, tengok la kalu berkesempatan. Boleh la buat kenang-kenangan, apa agaknya yang berlaku pada tahun ni kat saya dan family. Korang, jom buat recap 2017 :)


2 comments:

Etuza Etuza said...

betul nice entri..sekelipa mata dah tahun baru..
Etuza done follow blog puan ya

Husniey Husain said...

Mana yang tak tercapai tu boleh diforward tahun depan :)
Alhamdulilah impian husniey tahun ni kebanyakkannya tercapai