Saturday, December 2, 2017

Ayra 10 Months Today!

Alhamdulillah. Pejam celik, tak cukup tidur, huru-hara macam baru ada anak sulung, hari ni genap umur si bongsu kami 10 bulan.

Dah 10 bulan perut saya dibelah sebagai kek hepi besday to youuuu, baby dah makin membesar, seiring dengan  badan mamanya yang ikut sama membesar. Wawaaaa, ini tidak cool okeh. Sekarang berat 55kg. Saya nak turunkan jadi 50kg pun jadikkkk ler. Tapi, asik nak makan jer huhuhu. Camner ni?

Sebolehnya setiap 2hb mama Ayra nak snap gambar Ayra siap bertulis dan ber-prop bagai. Tapi, ada bulannya yang tak sempat, atau buat sekadar boleh ajer. 

Hari ni pun, kebetulan nak keluar jalan, pakai la elok sikit. Kalau tak... pakaian harian Ayra ialah baju lobang-lobang ajer haha. Takpelah tak gojes pun, asalkan selesa nak "mop" lantai hihi. Dah besar baru pakai gojes-gojes yer, itu pun kalau papa mama ada lebihan bajet rezeki turun dari lagi hehe.


Susah sangat nak snap gambar di elok-elok sebab asik nak terjun tiruk jer dari sofa tu kan. Nah, tangkap sekor anak Ara, letak depan dia. Suka sangat laaa dapat kucing. Sebab biasanya kami tak bagi pun dia sentuh kucing.

Tengok, suka sampai ternganga mulut tu. Tapi, takyah berangan nak pegang lama-lama. Tamat sesi bergambar, letak semula kucing kat luar rumah hihi.



Progress Ayra 10 bulan?


Merangkak: 
Belum boleh merangkak sepenuhnya lagi. Angkat-angkat bontot dan tegakkan lutut jer, merangkak la 3,4 tapak... pastu dia meniarap semula. Moral dia, macam penakut dan malas jer haha. Bak kata kakaknya. "Tu la Ayra, gemuk lagi, kan berat bontot tu". Amboi kakak... laser sangat ni :P

Gigi: 
Belum tumbuh lagi. Takpelah tumbuh lambat pun, lambat tumbuh insyaAllah lambat la rosak hahaa. Alah, tumbuh awal pun bukan boleh makan makanan pejal lagi kan. Suka la tengok gusi dia bila dia senyum dan gelak besor.

Makan:
Sumbat jer apa pun, semua telan hahaa. Memang mudah dan best bagi dia makan, sebab suka makan. Pantang tengok orang pegang cawan atau pinggan, segera dia datang buat muka kesian sambil capp capppp bunyik mulut tu. Pandai ngendeng ni, kalau dengan Nek Jah, bila Nek Jah ada makanan, terus dia jadi mesra alam dengan nenek. Selalunya bubur pun Nek Jah suapkan. 


Suka kucing:
Okey, ni memang tetiga anak kami suka kucing. Ikut papanya!

Manja dengan papa:
Walaupun papanya jarang ada kat rumah, dia manja dengan papa. Kalau time papa jaga dia, elok jer dia duduk main depan papanya. Saya ni, dia tak heran dah. Bahagianya rasa dapat rehat kejap dan buat kerja lain dengan aman damai.

Dah kurang takut dengan strangers:
Dunia Ayra cuma kami 5 beranak jer. Sebab saya WAHM, tak bergaul dengan jiran, ada 2 adik-beradik nizam dekat sini pun jarang jumpa. So, dia pelik dan akan nanges bila jumpa orang lain selain kami. Ni dah makin ok, tapi jangan harap la dia senyum walau macam mana orang agah pun hahhaa. Muka masam ajer, sebijik macam kakaknya dulu. Tapi, Ayra ni takder la muka baby sombong macam kakaknya dulu, dia sikit friendly la, cuma tahapnya jinak-jinak merpati :D


Semoga Ayra membesar dengan sihat. Kuranggggg nak merappp dengan mama ajer. Susah mama nak buat keje huhuhu. Kalau ada pengasuh yang boleh dipercayai, nak jer hantar 4 jam sehari. Tapi, tak berani lagi. Hmmm, redho jer lah kan. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin. 



No comments: