Tuesday, December 5, 2017

Beli PC "Preloved"

Wah! PC pun preloved tu, ingatkan pakaian jer nak sebut perkataan preloved hehhehe. Al-kesahnya dah lama dah saya berangan nak beli PC, dan tu antara wishlist 2017. Tak kesah la yang baru atau secondhand ajer. Tapi, tak berkesempatan nak pegi survey. Dah ada baby, nak kuar jejalan tempat jual PC memang malas la. 



Pastu, bila laptop dah makin cepat panas, dan bila ON pulak kalau Ayra tak tidur, saya dapat duduk ngadap laptop kejap-kejap ajer. Dah, kena biarkan laptop terpasang dalam keadaan panas pulak. Letak table fan kat tepi meja dan guna labtop fan pun tak bagi kesan sangat. Bila lama sikit menaip, panas kat tangan. Sakit jugak lama-lama. Kang mati sel-sel badan i tau huhuhu.

Pastu, ada satu hari minggu lepas tu saya up status kat FB tanya kat mana nak beli laptop yang harga below 1K. Hhahhaa, bajet ciput ngkooo. Sebab masa ni memang fikir, kalau dapat yang secondhand pun ok dah. Takat penggunaan biasa jer pun, bukan nak guna untuk buat system programming ke apa kannnnn. 

Pastu, ada kawan PM, kata kat opis dia ada nak jual PC yang sewa-beli punya dah abes tempoh kontrak. RM450 ajer, jenama HP. 

Wah... terus wasap nizam tanya, boleh tak beli. Yer, walaupun pakai duit sendiri, kena mintak pendapat jugak. Nanti dia jugak nak kena pegi ambik, pastu kalau nak guna meja ke apa nak letak, dia jugak kena jadi Badang tukang angkat meja. Ni dok pikir dah, muat ke idok nak letak atas console table? Rasa macam tak sesuai jer. Pastu, nak kena angkut bawak turun semula meja putih kat bilik SOHO atas tu? Wahhh, ada aku kena bebel ngan nizam sebab meja tu berat gila wehhhhh!



Then, dia kata OK. 

Terus bagitau kawan saya nak beli, then esoknya terus transfer duit. InsyaAllah hari ni PC tu siap kawan opis format dan install applications yang saya nak. Pastu, tunggu Nizam balik dari outstation boleh la pegi ambik kat rumah kawan di Putrajaya. 

Semoga lepas ni, dapat la buat kerja dengan lebih selesa. Screen besor tuuuu hahahhaa. Pastu, bila guna PC, tak risau la ON lama-lama pun. Kalau laptop, saya risau kepanasan sangat takut rosak. Saya tak kesah documents lain hilang, sebab dalam laptop ni bukan banyak documents pun, cuma saya risau gambar-gambar jer hilang.


Emmmm, macam mana ni, mana nak letak. Kalau bawak turun meja putih, console table ni mana nak sumbat, aduiii. Kang ada aku sedekah kat sesaper meja ni, sebab beli pun tak mahal RM150 jer. Letak kat beranda ok jugak, cuma sekarang ada 6 ekor kucing. Haaa, kan jadik tempat depa landing pulok.



Lepas ni la pikir macam mana. Yang pasti, tak sabar nk update blog dan buat kerja guna PC. Boleh la feeling keje opis macam dulu hahhaha (walaupun anak dok bergayut kat kaki atau melalak-lalak buat konsert!).

Till then, jumpa lagi!


P/S: 
Dexandra Clearance Sale & YES 2017 masih lagi berlangsung. Harga cuma RM45 sahaja. Berminat boleh WA saya 019 - 989 8341

4 comments:

Mizz'strawery Smile said...

Ayah Hana ada pakai preloved pc,sampai skarang boleh guna.

Zuhaira Nasrin said...

murah tu laptop dapat harga tu, alhamdulillah under budget sangat kan :D

sis gee said...

pos sini console table tu kak ayu..setel masalah!kikikikiikikki..

Kak Su @KakSu Membantu ibu2 membina bisnes online said...

Cantik nya Bilik pengantin cum Soho hihi