Monday, December 18, 2017

Dekorasi Ringkas Bilik Anak Perempuan

Menjelang sebelum bermulanya sesi persekolahan 2018 yang lebih kurang lagi 3 minggu, mesti ibu-ibu ambik peluang nak mengemas dan menyusun atur bilik anak-anak. Masa ni la ada kelapangan dan semangat nak deko terus bilik anak-anak. Kasik mereka semangat nak belajar dalam suasana yang lebih kemas, teratur dan cantik.

Tak perlu berbelanja besar atau membeli barangan deko baru. Cukup sekadar kita cuba jadi kreatif dan buat sedikit kelainan berbanding biasa. 

Ni saya nak share deko bilik anak perempuan saya. Ni kompilasi gambar-gambar yang melintas di memory facebook saya. Saya save then upload semula dalam blog ni untuk inspirasi kita bersama. Sebab tu ada gambar dengan cadar dan langsir berbeza, sebab bukan gambar yang snap dalam waktu yang sama :D


Items deko yang paling jimat, mudah tetapi cantik ialah bila kita letakkan pokok hidup seperti money plant. Just letak jer dalam pasu atau bekas yang nampak menarik dan presentable. Serikan lagi dengan frame gambar anak disebelahnya. Senang kan?




Pemilihan warna untuk dinding bilik, perabot, cadar, sarung bantal, langsir dan karpet juga memainkan peranan untuk menyuntik seri bilik. Gabungan warna senada pasti memberikan suasana yang damai untuk anak berehat, tidur dan belajar. Jangan guna terlalu banyak warna, nanti nampak serabut pulak :P


Nak lagi menarik dan ruang bilik terasa segar dan sejuk mata memandang? Hiaskan dengan sepokok fiddle leaf fig atau ketapang brazil. Pokok hidup tau heheh. Pokok artificial pun banyak dah jual sekarang, boleh jugak nak guna yang aritificial pun. Tetap nampak cantik dan menarik. Cuma, takder la kitaran proses pertukaran gas oksigen - karbon dioksida antara kita dan pokok. Boleh laa, asalkan cantik :)

Hiasan di wall juga mainkan peranan. Selain lukisan bergambar macam ni, kita boleh letak frame ayat kufi, frame tulisan-tulisan macam yang banyak dijual kat Kaison. Semuanya boleh kita pertimbangkan untuk dijadikan hiasan wall. Hiasan tak perlu sarat, nanti berserabut pulak mata melihatnya.


GAMBAR BAWAH:

Ini pulak gambar bilik yang sama, tapi pada masa yang lain daripada gambar-gambar kat atas. Dekorasi ni nampak agak serabut sebab penggunaan cadar, langsir, roman blind, sarung bantal, throw cushion dan hamparan tikar yang macam-macam corak dan warna adoooo. Sebab tu la saya kata kat atas tadi, kombinasi warna penting dalam dekorasi.


Less is more. 

Yang ni, cukuplah sekadar kita cuci mata saja. Sebab saya rasa, sekejap jer dekorasi saya macam ni, sebab saya memang suka tukar-tukar deko dalam rumah. Cepat bosan dengan keadaan yang sama. Dapat tukar cadar dan langsir pun dah ok untuk nampakkan kelainan. 

  


Jika ada gambar dekorasi bilik anak, saya akan share lagi. Till then, selamat mengemas dan bersedia untuk sesi persekolahan 2018. Dah beli ke persiapan sekolah anak?

9 comments:

SITI AWADAH said...

Wah,.. tetiba rasa semangat bila nampak bilik gegurl.. kikiki... nanti nak wat ruang khas untuk Kasih juga la. pink colour!

Shikin Razali said...

Nampak cantik dan kemas, disesuaikan lagi dengan pokok hidup.. keep it up kak Ayu..

Pok_Ucu HELMI said...

Cntik dan kemas....

Rahayu said...

Yeay! Mesti comel jer nanti

Rahayu said...

Gambar lama ni. Now bilik ni dah jadi lain heh hehh... yes kipidap jgn malas 😂

Rahayu said...

Kena sentiasa kemas sbb kak ayu tak suka umah sepah nanti stress 😉

irazulkeffele said...

Untuk dapat mak yang rajin deko deko kita pulak kena deko bilik sendiri je sejak dah besar ni 😂😂

Normi Nieza said...

Cantiknya ayu deko2😊

Husniey Husain said...

Rajinnya kak ayu deco bilik anak anak.. 😍