Monday, December 25, 2017

Kain Cotton Cadar Baby di Spotlight Malaysia, The Mines

Masa birthday Dania pada bulan September lepas, kami sekeluarga pegi ke The Mines. Dah 3  bulan peram gambar, baru berkesempatan nak share hehhe.

Dah kenapa tetiba ke The Mines? Sebabnya saya nak pegi ke Spotlight!

Tujuan utama pegi tu, nak beli Matilda Basket. Tapi, ehh, terbeli sekali kain cotton untuk buat sarung bantal Ayra. 





Kat Spotlight, ada macam-macam jenis kain dijual,  termasuklah kain cotton yang sesuai untuk buat cadar baby, sarung bantal dan tilam, buat quilt, dan sukahati kita la nak jahit jadikan apa pun hehe. Asalkan ada bajet, haa silalah borong.



Kain semua cantik-cantik! Memang rambang mata menengoknya. Terus saya handover Ayra kat papanya suruh jaga hehe. Dania & Hariz takper, dah besar. Haaa, baru aman damai nak cuci mata menengok dan membelek kain cotton yang cecantik sekalian.



Pattern macam ni semua memang sesuai sangat untuk kegunaan barang-barang baby. Mau tak rambang mata nengok. Saya ni memang dah spesis gila kain, haaaa... apalagi bila tengok kain cenggini kan? Tapi bila tengok harga tu, gulpppppp! hahaha.
  




Kaler-kaler terang macam ni pun ada. Menarik jugak untuk variasi-kan. Takder la asik nampak pakai yang sama jer kan. Tapi, saya tak minat kaler-kaler merah macam ni. Kalau pink, ok!





Syorga la kalau korang peminat monochrome. Memang banyak pilihan corak kat sini. Semua design latest yang tengah trending.


Saya beli 1 meter jer untuk buat sarung bantal Ayra. Sebab dah terbeli bakul Matilda 2 bijik dan barang deko lain sikit. Kang lari bajet i yang ciput tu hehehe. 

So, kalau korang nak beli kain cotton untuk baby, boleh la ke Spotlight berhampiran. Nak alamat Spotlight The Mines? Okey, boleh tengok kat bawah ni yer.


Spotlight The Mines 
AddressThe Mines Shopping Centre, Jalan Dulang, 43300 Mines Resort City, Selangor


Atau nak cuci mata kat website?

Selamat bershopping di Spotlight, macam-macam ado. Geng #KakiDeko memang heaven sangat la kalau dapat pegi Spotlight #MeracunKorangShopping :P

1 comment:

Shikin Razali said...

Wah, pattern kain kat kedai nie memang menawan hati.. kena pegi ke sini nie..